Tajuk Cerita: PROMISE
Genre: Angst, Romance, Slice Of Life, Family
Genre: Angst, Romance, Slice Of Life, Family
Jenis Cerita: One-Shot
Pengarang: Darla Carolina
Status: Akan Datang
RINGKASAN CERITA
Jimin hanya berusia lapan tahun
ketika ibunya membawa pulang Sehun yang berusia sepuluh tahun ke rumahnya. Ibu
Jimin memperkenalkan Sehun sebagai anak salah seorang rakannya yang telah
meninggal dunia. Oleh kerana ketiadaan tempat tinggal, ibunya membawa Sehun
untuk tinggal bersama mereka. Setelah tinggal di bawah satu bumbung selama
hampir sepuluh tahun, hubungan mereka menjadi sangat akrab sehinggakan tiada
rahsia diantara mereka. Malahan mereka turut menyimpan janji sesama mereka.
Luhan merupakan rakan sekelas Jimin sekaligus teman lelakinya sejak dua tahun
yang lalu. Malang tidak berbau, Sehun ditimpa kemalangan dan kerana kejadian
itu jugalah Jimin menyedari bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Sehun.
Setelah itu, mereka bercinta secara rahsia tetapi akhirnya diketahui oleh ibu
Jimin. Hubungan mereka dilarang keras oleh ibu Jimin. Dapatkah percintaan
mereka diteruskan? Bagaimana pula dengan janji yang telah mereka bina? Dapatkah
Sehun dan Jimin mengotakan janji mereka?
Segalanya dalam "PROMISE"
PREFACE
Jalan cerita bagi fiksyen ini agak berlainan
dengan penulisan sebelum-sebelum ini. Dengan menggunakan genre berunsurkan
kehidupan, saya turut menyelitkan beberapa adegan romantik dan juga adegan yang
menyentuh hal kekeluargaan. Dengan keinginan untuk menghasilkan karya berbentuk
melodrama, saya berharap agar cerita ini mampu menyentuh hati para pembaca.
Terima kasih tidak terhingga buat anda yang sentiasa menyokong dengan membaca
hasil penulisan saya selama ini. Tak lupa juga untuk adik saya dan juga
Whoopers Family yang banyak memberikan idea, sokongan, dan juga pendapat yang
membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk terus menulis.
WATAK DAN PERWATAKAN
Oh Sehun
Berusia 20 tahun, rupanya kelihatan dingin, tampan, mempunyai rupa paras perawan, sukar bergaul dengan orang lain, mengambil berat akan Jimin, dibawa tinggal bersama Jimin semenjak usia sepuluh tahun, menyimpan perasaan terhadap Jimin tetapi merahsiakannya kerana ingin menjaga hubungan Jimin dan juga Luhan.
Shin Jimin
Berusia 18 tahun, berhubungan akrab dengan Sehun, berkawan dengan Luhan seawal usia remaja, lebih suka berkongsi masalah dan juga rahsia kepada Sehun, teman wanita Luhan, seorang yang periang, lebih mengutamakan Sehun berbanding hal yang lain
Luhan
Berusia 18 tahun, mempunyai rupa paras yang hensem serta kecomelannya mampu menggetarkan hati para gadis, mengenali Jimin semenjak usia awal remaja, teman lelaki Jimin, lebih banyak bergelak ketawa berbanding serius.
No comments:
Post a Comment