Babak sebelum ini >Soal Hati<
Hwa Na POV
Pakaian pengantin tradisional Korea yang berada di atas
katil itu aku kerling lewat mata. Tangan kanan menggaru-garu kepala yang tidak
gatal. Perkahwinan aku dan Seung Hyun yang bakal berlangsung pada esok hari
sudah menjadi perbualan hangat semenjak minggu lalu. Reaksi aku terhadap orang
lain masih lagi sama seperti kebiasaannya. Cuma Seung Hyun sahaja yang suka
melebih-lebih ketika di sekolah. Tidak kiralah ketika waktu rehat, pulang dan
juga ketika pergi ke sekolah.
Jam dinding menunjukkan sepuluh minit sebelum pukul
sebelas malam. Aku masih berkira-kira untuk menemui Myung Soo ataupun tidak.
Semenjak Myung Soo mengetahui akan hal perkahwinanku, dia sering sahaja
mengelak setiap kali bertemu atau berselisih denganku. Malahan pesanan
ringkasku turut tidak dibalasnya. Skrin telefon bimbit yang berada pada
tanganku ditenung lagi.
‘Oppa ada hal sedikit nak cakap dengan Hwa Na. Tunggu
di taman depan rumah Hwa Na malam ini. Jam sebelas malam.’
Tanpa memberikan sebarang jawapan, aku hanya mampu
berkira-kira untuk pergi bertemu dengannya ataupun tidak. Sejujurnya aku merasa
bersalah pada Myung Soo. Dia menantikan jawapan dariku tetapi hal perkahwinanku
pula yang menjadi penamat kepada soalan tersebut. Lebih baik aku pergi bertemu
dengannya daripada hal ini berpanjangan. Tapi bagaimana pula jika ada yang
salah faham dengan pertemuan kami? Tak mungkinlah. Lain la kalau macam drama
yang dimainkan di kaca tv tu.
********
Myung Soo POV
Buaian yang diduduki aku hayun perlahan. Sesekali mataku
menjeling pada jam yang terlilit di pergelangang tanganku. Mana pula Hwa Na ni.
Tidak dibacakah mesej yang aku hantar petang tadi? Jam sudah melepasi sebelas
malam. Perasaan hampa mula bermain diseluruh hatiku. Sehinggakan hari
perkahwinan mereka tiba, Hwa Na tetap tidak memberikan jawapan sepertimana yang
aku mahukan.
“Oppa...”
Suara Hwa Na menampan gegendang telingaku.
Pantas aku menoleh ke arah datangnya suara tersebut.
“Hwa Na, duduklah dulu.”
Aku mempelawa Hwa Na untuk duduk di buaian bersebelahan
denganku.
Hwa Na mengangguk tanda akur sebelum duduk di atas buaian
tersebut. Wajahnya sedikit suram. Daripada riak wajahnya jelas menyatakan
bahawa aku bakal menerima berita yang tidak mahu aku dengari.
“Dah lama ke oppa tunggu?”
Tanya Hwa Na.
Aku menggeleng.
“Tak adalah. Oppa baru juga sampai ni.”
Aku berdalih.
Tidak mahu Hwa Na rasa bersalah kerana membuatkan aku
tunggu agak lama di sini.
“Apa hal yang oppa ingin katakan tu?”
Hwa Na terus mengajukan soalan.
“Oh, hal itu. Tahniah ya atas perkahwinan Hwa Na dan juga
Seung Hyun esok hari.”
Ucapku.
“Ermmm terima kasih. Oppa jangan tak datang pula ya esok.
Itu je ke yang oppa nak bagitahu?”
Dia bertanya lagi.
“Itu je la yang oppa nak cakap. Oppa ingatkan Hwa Na ada
nak cakap apa-apa dekat oppa. Sebelum Hwa Na berkahwin. Jawapan kepada
pertanyaan tempoh hari.”
Wajahku ingin tahu.
Hwa Na mengetap bibir. Cermin mata yang terletak pada
batang hidungnya ditolak supaya rapat dengan matanya lantas menggaru-garu
kepala. Aku sempat mendengar keluhan berat yang terlepas daripada mulutnya.
Seperti yang telah diduga, pasti aku bakal kecewa. Sudah terang lagi bersuluh.
Tentu sahaja Hwa Na akan memilih Seung Hyun sedangkan mereka ingin berkahwin
pada keesokan hari.
“Oppa, maafkan Hwa Na ya. Tak tahu la kenapa jadi macam
ni. Semuanya macam cepat sangat. Saya nak bagitahu oppa daripada hari tu tapi
oppa asyik mengelak je daripada saya.”
Jelas Hwa Na.
“Bukan oppa saja nak mengelak dari Hwa Na. Cuma... erm
cuma oppa tak nak ganggu hubungan Hwa Na dan juga Seung Hyun.”
Aku memberikan alasan.
“Tapi tak perlu sampai mengelak macam tu sekali. Hwa Na
nak cakap pun tak ada peluang. Perkahwinan ni bukan saya yang nak. Arabeoji dah
janji dengan kawan dia. Tak mungkin untuk saya lukakan hati arabeoji saya tu. Lagipun
saya tak pernah anggap Seung Hyun tu tunang saya. Sebetulnya saya sendiri tak
tahu perasaan saya terhadap Seung Hyun. Macam tu juga dengan perasaan saya
terhadap oppa.”
Ucap Hwa Na panjang lebar.
“Perasaan Hwa Na terhadap oppa?”
Aku merenung ke dalam anak matanya.
“Oppa, mianhaeyo. Memang saya pernah sukakan oppa. Bagi
Hwa Na oppa memang perfect. Tapi perasaan tu tak macam yang Hwa Na
gambarkan. Saya cuma suka je. Macam satu kepuasan, bila pergi sekolah nampak
muka oppa je saya dah rasa cukup. Bila nampak oppa duduk membaca dekat bawah
pokok dari jauh pun saya dah rasa puas. Saya tak boleh nak tipu perasaan tu.”
Aku tidak faham dengan penjelasan Hwa Na.
“Tapi oppa tak faham apa maksud Hwa Na.”
Ujarku.
“Tak apalah. Lupakan je apa yang Hwa Na katakan tadi.”
Ucap Hwa Na.
Dia menunduk memandang tanah. Kakinya menyepak-nyepak
batuan kecil yang berada di situ.
“Hwa Na, mungkin Hwa Na tengah keliru dengan perasaan Hwa
Na. Tapi tak apa, perasaan itu boleh dipupuk. Oppa tak akan salahkan awak.”
Aku menguntumkan senyuman.
“Oppa jangan la fikir terlalu jauh. Saya cuma kahwin
dengan Seung Hyun sebab perjanjian sahaja. Kehidupan Hwa Na akan tetap sama
macam sebelum ni. Oppa tak perlu la nak larikan diri macam tu ya.”
Pinta Hwa Na.
Aku menggosok rambutnya sebelum mencubit lembut pipi Hwa
Na. Walaupun jawapannya sedikit mengecewakan namun aku tetap puas setelah
mendengar bahawa dirinya tetap akan kekal seperti Hwa Na yang sama dengan
dirinya ketika ini. Ya, apa yang perlu aku risaukan lagi jika Hwa Na sendiri
telah berkata begitu. Sedangkan perkahwinan tersebut berlangsung hanya kerana
permintaan orang tua mereka.
********
Sepasang sut hitam yang tersarung pada tubuhku membuatkan
aku kelihatan lebih matang dan berumur. Jika aku sering berpakaian seperti ini,
pasti ada yang menganggapku sebagai seorang pekerja pejabat. Aku memperbetul
tali leher yang tergantung pada leherku sebelum melangkah masuk ke dalam
perkarangan rumah Seung Hyun. Ramai sungguh tetamu yang hadir pada majlis
perkahwinan mereka. Jika begini sekali keadaannya, perkahwinan mereka sudah
tentu dianggap serius.
“Myung Soo oppa!”
Ji Eun melambaikan tangannya.
Dia berlari anak menuju ke arahku sambil menarik lengan
seorang lelaki yang berdiri bersebelahan dengannya tadi.
“Oppa! Baru sampai ke? Majlis dah nak mula dah ni.”
Ucap Ji Eun.
“Tadi oppa ada dekat depan. Berbual dengan cikgu. Ni
siapa?”
Aku bertanya.
“Nae namchin!”
Balas Ji Eun.
“Namja chingu? Jinjja? Anyeong haseyo.”
Aku memberikan salam.
“Nae, annyeong haseyo. Sunggyu imnida.”
Dia memperkenalkan dirinya.
Aku turut memperkenalkan diriku. Kami sempat berbual
untuk seketika sebelum gong dibunyikan sebagai tanda ketibaan pengantin.
Kedua-dua mereka mengenakan pakaian pengantin tradisional dan Hwa Na kelihatan
cantik dalam pakaian tersebut tanpa cermin matanya .
********
Seung Hyun POV
Hatiku sedikit tercuit apabila melihat Hwa Na mengenakan hanbok.
Zaman yang maju macam ini pun ada lagi yang memilih perkahwinan tradisional.
Tapi aku tidak berkira dalam hal sebegini. Asalkan dapat berkahwin dengan si
hodoh sudah cukup buatku.
“Seung Hyun, tahniah untuk perkahwinan kau.”
Myung Soo menghulurkan tangannya.
“Gomawo. Dah lama ke kau datang? Aku tak nampak pun
tadi.”
Aku menyambut hulurannya untuk berjabat tangan.
“Awal lagi aku dah datang. Kau tu je yang busy layan
tetamu.”
Balas Myung Soo.
Dari jauh aku terlihat si hodoh berlari-lari anak sambil
mengangkat sedikit hanbok yang dipakainya menuju ke arahku.
“Oppa, ingatkan tak datang tadi.”
Ucap si hodoh sejurus berdiri di sebelahku.
“Oppa datang awal lagi.”
Ujar Myung Soo.
Kelihatan bercahaya muka si hodoh bila bercakap dengan
Myung Soo. Haih lupa agaknya yang dia dah jadi isteri aku sekarang. Pantas aku
memaut pinggangnya lalu menarik tubuhnya agar berada dekat denganku. Hwa Na
kaget diperlaku sebegitu.
“Si hodoh, jangan nak menggatal dengan lelaki lain. Mulai
sekarang kau cuma boleh menggatal dengan aku seorang je.”
Arahku.
“Ehh apa ni Seung Hyun! Lepaslah. Malu je orang lain
tengok. Dasar si gila! Eeeee geram betul la.”
Si hodoh bergelut untuk memboloskan diri daripadaku.
“Buat apa nak malu. Kan kita ni suami isteri. Kau nak
jadi isteri derhaka ke si hodoh?”
Aku menguatkan lagi peganganku.
“Lepas la. Aku nak pergi dekat Ji Eun. Cepat la!”
Si hodoh menampar tanganku berulang kali.
“Dah la. Pergi la sana dekat Ji Eun tu. Jangan lupa
sampaikan salam sayang oppa untuk Ji Eun ya hehe.”
Aku melepaskan pinggang si hodoh dari peganganku.
Myung Soo yang berada di hadapan kami hanya melihat
sahaja adegan pengantin baru yang boleh dikatakan agak sweet untuk
ditonton. Mataku menghantar si hodoh pergi. Sempat si hodoh memalingkan mukanya
lalu menjelir lidah padaku sebelum menghilangkan diri daripada pandanganku.
“Sorry la Myung Soo. Aku cuma jealous sikit
bila si hodoh tu senyum-senyum dekat lelaki lain. Lagi-lagi kau ni. Kau bukan
tak tahu yang si hodoh tu dulu bukan main suka dekat kau.”
Jelasku.
“Tak apa. Aku tak kisah. Kau pun janganlah panggil dia si
hodoh lagi. Nama pun dah jadi suami isteri.”
Ucap Myung Soo.
“Hahahhaha aku lagi suka panggil dia si hodoh la. Baru
mesra namanya. Lagi pun dia sendiri panggil aku si gila. Layak la kalau aku
terus panggil dia si hodoh. Baru betul sweet couple. Ada nickname sendiri.”
Terburai tawaku apabila memikirkan tentangnya.
“Suka hati kau la Seung Hyun.”
Balas Myung Soo.
“First time rasanya aku nampak kau tanpa buku.
Mana pergi buku kau? Selalu ada je sekali dengan kau.”
Tanyaku.
“Perli aku la tu.”
Myung Soo melepaskan tumbukan perlahan ke dadaku.
“Hoi mana ada. Aku cuma cakap benda betul je.”
Sekali lagi aku tertawa.
“Dah la. Kau pergi la layan tetamu kau. Aku kejap lagi
nak balik dah.”
Ucap Myung Soo.
“Laaaa awalnya kau nak balik. Okay la. Esok aku tak
datang sekolah tau. Cuti honeymoon seminggu. Jangan rindu aku ya
sayang.”
Aku mengenyitkan mataku pada Myung Soo sebagai hadiah
pelepas rindu.
“Tak ada maknanya aku nak rindu kau.”
Myung Soo menggelengkan kepalanya.
Hwa Na POV
Tiba-tiba sahaja tangan Seung Hyun melingkari pinggangku
lalu menarik kuat ke arah tubuhnya. Apa pula la yang ingin si gila ini lakukan.
Dah la hanbok yang aku pakai ni bukan main lagi beratnya. Boleh pula si gila
nak ajak aku bergurau.
“Si hodoh, jangan nak menggatal dengan lelaki lain. Mulai
sekarang kau cuma boleh menggatal dengan aku seorang je.”
Si gila bersuara.
“Ehh apa ni Seung Hyun! Lepaslah. Malu je orang lain
tengok. Dasar si gila! Eeeee geram betul la.”
Aku cuba melepaskan diri daripada pegangannya.
“Buat apa nak malu. Kan kita ni suami isteri. Kau nak
jadi isteri derhaka ke si hodoh?”
Seung Hyun cuba untuk mengugutku.
Aku tak pernak termakan ugutannya. Apa sangat yang hendak
difikirkan dengan isteri derhaka. Aku bukannya nak sangat kahwin dengan si gila
ni. Makin kuat pula dia menarikku ke arah tubuhnya.
“Lepas la. Aku nak pergi dekat Ji Eun. Cepat la!”
Tangan si gila ku tampar berulang kali.
“Dah la. Pergi la sana dekat Ji Eun tu. Jangan lupa
sampaikan salam sayang oppa untuk Ji Eun ya hehe.”
Ujar si gila sebelum melepaskanku.
Cepat aku berlari anak untuk menjarakkan diriku
daripadanya. Langkah diatur menuju ke dalam rumah untuk mencari Ji Eun. Mana
pula budak seorang ni pergi. Sudah la rumah si gila ni ramai dengan tetamu yang
entahkan dijemput entahkan tidak. Boleh dikatakan hampir separuh daripada
pelajar perempuan di sekolahku datang ke majlis kami. Siap membawa placard lagi. Ada juga yang menangis kerana pelajar popular
merangkap crush kesayangan mereka telah pun berumahtangga. Lebih tepat
lagi, si gila itu telah pun mengahwini aku yang sering dikatakan hodoh olehnya.
Aku sempat berpaling lalu menjelirkan lidah kepada si gila sebelum masuk ke
dalam rumah.
“Yah, Lee Ji Eun!”
Aku menjerit memanggil Ji Eun yang sedang asyik membelek
perhiasan rumah Seung Hyun.
“Hwa Na, sini sini cepat.”
Arah Ji Eun.
“Kau ni belek apa? Rumah orang la weyh.”
Ucapku.
“Rumah orang? Hello Mrs Song Seung Hyun, ni rumah
kau juga okay.”
Balas Ji Eun.
Betul juga kata Ji Eun. Bukankah pengantin perempuan
lazimnya akan tinggal bersama suami selepas berkahwin. Maknanya aku akan
tinggal dengan si gila tu la. Oh tidak! Tak mungkin la aku nak hidup serumah
dengannya.
“Tak nak aku duduk dengan si gila tu!”
Bentakku.
“Kau tak nak tapi itu kenyataan. Mana ada isteri duduk
asing dengan suami.”
Ji Eun mengangkat-angkat keningnya.
Malas pula aku hendak memikirkannya. Mengapa pula aku tak
boleh tinggal bersama arabeoji. Macam
manalah nanti kehidupan aku. Pasti si gila tu akan selalu muncul dalam hidup
aku. Haih. Aku hanya mampu untuk mengeluh.
“Hwa Na, berehat la dulu kalau dah letih. Biar omma yang
layan tetamu ni. Malam nanti kamu dengan Seung Hyun nak ke Jepun pula.”
Pinta ibu Seung Hyun yang baru muncul di hadapanku.
“Jepun? Kenapa pula saya dengan Seung Hyun tu pergi Jepun
malam nanti?”
Tercengang mendengar kata-kata ibu Seung Hyun.
“Untuk apa lagi, bulan madu kamu berdua la. Dah, pergi
rehat kat atas. Ganti pakaian tu dulu. Kalau ada apa-apa, panggil je omma.”
Ujarnya lagi.
Baru sahaja tadi Ji Eun mengejutkanku dengan ayatnya yang
membawa maksud tinggal bersama. Sekarang, aku kena ke Jepun pula. Sudahlah aku
akan ke Jepun bersama si gila tu. Bagaimana agaknya nanti setelah sampai di Jepun. Hidup sehari bersamanya pun aku sudah tidak
betah lagikan pula berhari-hari.
--------------------------------------------------------------------------------
//Atas permintaan, fanfic ini telah pun di update. Abaikan kesalahan ejaan. Terasa kemalasan yang teruk sedang menjelma. Maklumlah kepala hotak tengah bertungkus lumus fikir one shot baru hehehe. Terima kasih banyak banyak banyak banyak sebab sudi baca. Kalau tak best jangan marah TT-TT
4 comments:
★_____★ setiap kali baca ni macam alahai omeynya seunghyun ♡♥♥♥♥♥♥ Mekasih unnie sebab update >3< best !!
@Wana Seoby - Aaaaaa dia mmg comeeeyy >o< sesama kasih. thanks jugeeekk sbb baca \o/
haha sempat selit sunggyu pulakkk lol . hmmm siannya myungsoo !!! bg aku jelah myungsoo tuu :'(
@anishiya hahaha kau amek je la myungsoo xD ofc la! Gyugyu kan buah hati aku xD
Post a Comment