AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

One-Shot | PROMISE



-------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih lanjut mengenai pengenalan, watak dan perwatakan klik >sini<
-------------------------------------------------------------------------------------------


“Jimin, mulai sekarang Sehun akan tinggal dengan kita.”
 “Nama awak siapa?” tanya Sehun pada kanak-kanak yang berada di hadapannya itu.
“Jimin. Shin Jimin.”
Sehun meletakkan tangannya di atas kepala Jimin sebelum menyelerakkan rambut kanak-kanak itu.
“Oh Sehun,” dia memperkenalkan dirinya.

********

Cahaya mentari pagi menerobosi ruang jendela membuatkan seluruh ruang genap bilikku kelihatan lebih cerah. Jelas kedengaran kicauan burung di atas pepohon sedang menyanyi riang. Namun hatiku gundah tidak seperti suasana yang digambarkan. Aku baru sahaja bertengkar dengan Sehun malam tadi. Sejak dua-menjak ini ada saja perbuatanku yang tidak kena di mata Sehun.
Aku hanya sekadar baring di atas katilnya sahaja. Ditengkingnya aku secara tiba-tiba. Hati siapa yang tidak sedih apabila dimarah tanpa alasan yang munasabah.
Tok.. tok..
Mama menjengulkan kepala di muka pintu.
“Jimin-ah, Luhan datang tu,” ujar mama sambil menunjuk ke arah pintu hadapan.
“Luhan dah datang? Awalnya dia.”
Aku menyambut Luhan di pintu hadapan dan menjemputnya masuk. Kami telah berjanji untuk berkunjung ke pameran akuaria bersama-sama pada petang ini. Tak tahu pula aku yang Luhan akan ke sini sebegini awal.
“Jimin, Sehun mana?” tanya Luhan.
“Tak tahu. Dekat bilik dia kot.”
Tanpa melihat sama ada Sehun berada di bilik ataupun tidak, aku terus memberikan jawapan. Geram apabila memikirkan kejadian malam tadi. Luhan cuba untuk mencari Sehun.
“Tak ada pun,” ucap Luhan setelah ke bilik Sehun.
“Dah pergi kampus agaknya,” jawabku acuh tak acuh.
“Selalunya bukan ke awak tahu setiap benda yang Sehun buat. Bergaduh ke?” tanya Luhan.
“Mana ada. Tak ada masa saya nak bergaduh ni okay.”
Aku menjeling Luhan sebelum kembali semula ke bilikku.
“Tunggu kejap, saya nak salin pakaian,” pintaku.
Pada awalnya, kami bertiga telah pun berjanji untuk ke pameran akuaria tersebut bersama-sama tetapi memandangkan Sehun bersikap dingin terhadapku, lebih baik aku lupakan sahaja niat tersebut.

********

“Sehun, I just feel like I’d fall in love!” akhirnya aku memberitahu Sehun mengenai perasaanku terhadap Luhan.
“Fall in love? Siapa lelaki yang malang tu?” tanya Sehun.
“Guess who? It’s Luhan,” aku membalas.
Matanya masih lagi menatap buku yang sedang dibacanya sedari tadi. Pantas aku memeluknya dari arah belakang. Kaku. Sehun langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Tubuhnya masih lagi kekal di atas kerusi itu. Pertama kali aku terasa diabaikan. Buku di atas meja itu aku tarik.
“Jimin, apa ni kacau orang. Kan saya tengah baca buku ni.”
Lidah dijelirkan sebelum melarikan diri daripada Sehun. Buku itu masih lagi berada di tanganku. Perkara yang paling pantang dalam hidupku adalah jika ada orang mengabaikanku lebih-lebih lagi apabila aku sedang bercakap.
“Bagi balik buku tu.”
Bilik Sehun menjadi riuh seketika apabila aku menjerit-jerit sambil melarikan diri daripada ditangkap oleh Sehun. Dek kerana ketinggian Sehun, adegan perebutan hanya berlangsung sekitar kurang lima minit sahaja. Setelah mengambil kembali buku tersebut, dia kembali semula ke meja belajarnya. Aku menghentakkan kaki menuju ke arah Sehun. Geram. Wajah Sehun  aku tarik rapat ke arah mukaku.
“Sehun! Lain kali kalau Jimin tengah cakap, tolong la bagi perhatian,” ujarku lalu merenung ke dalam anak mata Sehun.
Pandangan kami bertaut.
Lama.
“Jimin....”
Perlahan tangan aku  dialihkan.
“I got an exam tomorrow. Sorry.”
Pantas Sehun berdiri lalu menolak perlahan tubuhku ke muka pintu. Aku sekadar mampu menganggukkan kepala sebelum beredar kembali ke bilikku.

********

“Mulai sekarang Shin Jimin adalah isteri Oh Sehun.”
Kata-kata tersebut masih lagi jelas terlekat di dalam fikiranku walaupun ayat itu diungkapkan ketika aku dan Sehun sama-sama berada di alam kanak-kanak. Mungkin aku sahaja yang masih mengingatinya.
“Jimin, awak termenungkan apa tu?” tanya Luhan yang baru sahaja muncul di belakangku.
“Tak ada apa pun,” ucapku.
Di tangannya terdapat beberapa buah buku yang perlu di bawa ke kelas. Pasti dia baru sahaja keluar daripada pejabat guru. Aku menghulurkan bantuan untuk membawa sedikit buku tersebut tanpa dipinta.
“Awak fikirkan Sehun ke? Kebelakangan ni dia kelihatan dingin dengan awak,” Luhan cuba untuk membuatkan aku bercerita.
“Erm, tak adalah. Tapi, macam mana awak tahu?” tanyaku.
“Saya mengenali awak, Jimin. Cukup kenal untuk tahu apa yang awak fikirkan. Lagi pun awak hanya akan murung macam ini apabila mempunyai masalah dengan Sehun. Saya tahu awak macam mana. Saya kan boyfriend awak,” jelas Luhan menunjukkan sengihnya.
Apa yang dikatakan oleh Luhan ada benarnya. Sejak akhir-akhir ini Sehun seperti mahu mengelakkan diri daripadaku. Dia tidak pernah bersikap dingin seperti itu. Apabila aku mahu bertanya sesuatu dan datang ke biliknya, Sehun memberikan alasan bahawa dia sibuk, letih, dan juga mengantuk. Ada sahaja jawapan yang diberi agar aku tidak lagi mengganggunya.
“Saya tak marah kalau awak rapat dengan Sehun memandangkan awak dengan dia membesar bersama. Tapi kenapa saya rasa cemburu ni?” Luhan memuncungkan bibirnya.
“Awak ni Luhan, janganlah fikir yang bukan-bukan,” balasku lalu menyinggung pinggang Luhan.

********

Anak mataku melilau mencari kelibat Sehun. Aku ke kelasnya tadi. Rakan sekelasnya memberitahuku bahawa dia mungkin berada di atas bumbung sekolah. Sudah menjadi kebiasaannya berada di sana pada setiap kali waktu peralihan dan juga waktu rehat.
“Sehun!” jeritku setelah melihat Sehun yang sedang berbaring di atas kerusi panjang.
Senyap.
Aku sudah biasa dengan sikapnya yang tidak mengendahkan persekitaran itu. Pantas aku menuju ke arahnya. Aku tatap wajah itu. Matanya dipejamkan sedari tadi. Tidurkah dia? Atau Sehun hanya sekadar merehatkan matanya sahaja? Wajah itu aku usap perlahan. Rambutnya aku rapikan.
Tapp.
Tanganku disentap Sehun.
“Yah Oh Sehun!” jeritku.
Matanya masih lagi dipejamkan.
“Jangan usik la,” arah Sehun.
“Cehh! Bila pula orang usik dia,” ucapku lalu duduk bersebelahan pembaringannya.
“Tahun depan mesti bosan. Sebab kat sekolah ni dah tak ada Oh Sehun,” nada ku hampa.
“Luhan kan ada,” balas Sehun pendek.
“Tapi ada Luhan tak sama macam ada Sehun.”
“Apa yang tak sama?” tanya Sehun.
“He’s Luhan and not Sehun. Sehun is Sehun, Luhan is Luhan. Mana sama,” ucapku tegas.
“Alaaaa kan kita boleh jumpa dekat rumah. Bukannya langsung tak jumpa,” balas Sehun.
“Dah la! Malas dah nak cakap!”
Aku menghentakkan kaki lantas berdiri untuk beredar. Pantas Sehun menarik tanganku.
“Jimin, jangan macam tu. Kan saya dah janji untuk jaga awak sampai bila-bila.”
Entah mengapa hatiku tersentuh setelah mendengar perucapan Sehun itu.
“Tak payah susahkan diri awak tu. Luhan kan ada. Dia boleh jaga saya,” ucapku tanpa menoleh ke arah Sehun.
Langkah diatur laju menuju ke arah tangga. Biarkan Sehun tahu bahawa aku sedang merajuk dengannya. Sering sahaja dia meletakkan Luhan dalam perbualan kami. Memang benar Luhan adalah teman lelakiku tetapi Sehun lebih istimewa jika mahu dibandingkan dengan Sehun.

********

“Jimin, nanti Sehun nak jadi doktor. Jadi doktor best. Papa Sehun dulu kerja doktor. Boleh selamatkan ramai orang. Bila dah besar nanti Jimin nak jadi apa?” tanya Sehun.
“Kan kita dah janji. Shin Jimin akan jadi isteri Oh Sehun. Bila besar nanti Jimin nak jadi isteri Sehun.”

********

Buku latihan matematik masih lagi berada di tangan. Aku berkira-kira untuk bertanya Sehun ataupun tidak. Takut juga jika aku dimarahi secara tiba-tiba seperti tempoh hari. Perlahan aku menghendap perbuatan Sehun. Dia sedang tekun membaca dan mencari bahan rujukan daripada buku teks.
“Sehun...” panggilku perlahan.
I’m busy right now. Please,” ucap Sehun tanpa menoleh ke arahku.
Aku hanya mampu mencebik. Tanpa bergerak walaupun seinci, aku kekal setia berdiri di muka pintu bilik Sehun.
“Jimin nak apa?” tanya Sehun masih tidak menoleh.
“Nak suruh tolong buatkan kerja ni,” balasku.
“Masuklah,” arah Sehun.
Dengan hati yang berbunga-bunga, aku melangkah masuk ke dalam bilik Sehun dan terus menuju ke arahnya. Pantas aku meletakkan buku yang dipegang sedari tadi ke atas meja.
“Yang ini, ini, ini, ini, dengan yang ini.”
Aku menunjukkan masalah yang tidak mampu diselesaikan pada Sehun. Dia menganggukan kepalanya lalu mengambil sehelai kertas untuk menunjukkan penyelesaiannya kepadaku.
“Benda mudah macam ni pun tak boleh buat ke, Shin Jimin?”
Pertanyaan Sehun lebih kepada memerliku. Aku hanya menjadi pemerhati yang tekun di sebelahnya. Pantas sungguh dia menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Nah, dah siap,” Sehun menghulurkan jawapan tersebut padaku.
“Aaaaaaaaa terima kasih!” ucapku lalu mengucup pipi Sehun.
Sehun tergamam setelah aku mencium pipinya.
“Yah, Jimin!”
“Kenapa? Kenapa? Kenapa?”
Aku mengelipkan mata berulang-ulang kali. Tak mungkin Sehun marah kerana aku menciumnya. Ini bukan kali pertama aku mencium pipi Sehun. Jika perbuatan itu pun menyebabkan aku dimarahi pada kali ini, ianya memang tidak masuk akal.
“Lain kali jangan buat macam tu,” ujar Sehun.
“Buat macam tu yang macam mana?” tanyaku kurang pasti.
“Yang macam tadi tu la,” balas Sehun.
“Kenapa pula?” aku bertanya lagi.
Just... please don’t do it ever again,” jawab Sehun dengan nada perlahan.
Aku menampakkan riak muka kecewa dengan permintaan Sehun itu. Buku latihan di atas meja aku capai sebelum berlalu untuk beredar kembali semula ke bilikku. Langkah penuh hampa mula diatur.
“Jimin...”
Aku kembali menoleh ke arah suara itu.
“Duduk sini kejap, ada benda sikit nak cakap ni,” pinta Sehun.
Aku hanya akur dengan arahan Sehun lalu melangkah ke arah katilnya. Dengan tubuh yang lemah, aku menghenyakkan punggungku di atas katil tersebut.
“Rasanya kita dah sama-sama dewasa,” Sehun memulakan perbualan.
Wajahnya serius.
“Uhmmm... okay, yang tu Jimin dah lama tahu. Jadi?”
“Mungkin dah sampai masanya untuk saya cakap tentang perkara ni,” jelas Sehun.
“Jimin, saya tak nak rosakkan hubungan Jimin dengan Luhan. Lebih baik saya berterus terang sahaja,” tambahnya lagi.
Pandangan dialihkan ke arah Sehun. Wajahnya aku amati. Serius. Langsung tidak mengukirkan senyuman.
“Apa dia? Kenapa dengan Luhan?”
Dahi mula dikerutkan.
Kini perbualan kami kelihatan lebih serius berbanding sebelum ini.
“Tak. Bukan Luhan. Tapi Jimin.”
Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Sehun tetapi ianya masih menimbulkan tanda tanya pada kotak fikiranku.
“Ermmm kenapa dengan Jimin pula?”
Anak mata dibulatkan menandakan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Perlahan Sehun mencapai tanganku. Digenggam erat tangan ini.
“Saya sayangkan awak, Jimin. Saya terlalu menyayangi awak lebih daripada saya sayang diri saya sendiri. Saya tak sanggup tapi saya tak mampu.”
Terkejut aku mendengar pengakuan Sehun. Mengapa harus sekarang? Mengapa pada waktu ini juga Sehun meluahkan kata-kata itu kepadaku. Aku yakin bahawa aku menyayangi Luhan. Dan Sehun pula? Jika aku perlu memilih diantara Sehun dan juga Luhan, pasti aku akan memilih Sehun. Sehun adalah segala-galanya buatku.
“Sehun, apa yang awak cakap ni? Saya tak faham,” ucapku lalu mengalihkan tangannya.
“Saya sayangkan awak lebih daripada segala-galanya. And I think it’s love. I really love you, Jimin. I think, you should choose between me or him. Tak perlu bagi jawapan sekarang. Saya boleh tunggu,”ucap Sehun.
“Sehun... Saya pun sayang awak. Tapi... Tapi kita tak boleh. Saya keliru. Dari awal lagi mama suruh saya anggap awak seperti seorang abang. Tak mungkin....”
“Tapi saya bukan abang awak. I’m NOT, Jimin! Awak sendiri pun tidak pernah memanggil saya dengan gelaran abang. Jimin, saya dah tak nak menipu diri saya sendiri. Hampir setiap hari saya melihat awak dengan Luhan. Hati saya sakit. Saya cuba untuk tidak mempedulikannya, but I can’t!” ucap Sehun sambil menggoncang tubuhku.
Aku merenung ke dalam matanya.
Berkaca.
Ya, aku dapat merasakan dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya.
“Jimin, saya tak akan paksa awak. Saya nak awak tahu, saya tak boleh hidup tanpa awak. Tapi jika bukan saya pilihan awak, saya akur. Mungkin saya akan keluar dari rumah ni. Saya tak akan pernah ganggu kehidupan awak lagi lepas ni.”
Aku mengetap bibir bawah. Entah mengapa hatiku terasa seperti dihiris apabila Sehun mengatakan yang dia akan berpindah keluar. Berat hatiku untuk melepaskan Sehun, tapi aku tidak mahu melukai hati Luhan. Adakah aku begitu mementingkan diri sendiri jika memiliki kedua-dua mereka?

********

Sudah hampir seminggu aku tidak melihat Sehun. Walaupun kami tinggal sebumbung, Sehun sering menyibukkan dirinya dengan hal-hal kuliah. Dia sering pulang lewat pada waktu malam dan masih lagi tidur ketika aku ke sekolah. Kadang-kala dia tidak pulang langsung ke rumah. Jelas sudah Sehun telah berubah. Dia bukan lagi Sehun yang mementingkanku seperti dahulu.
Mama, Sehun mana? Hari ni pun Jimin tak nampak dia,” tanyaku.
“Sehun dah keluar awal pagi tadi. Dia ada hal la tu,” balas Mama sambil menyapu jem pada roti.
“Sehun pelik la mama sejak dua menjak ni. Macam orang busy. Susah sangat nak jumpa dia. Padahal duduk satu rumah je pun,” rungutku.
Mama tak rasa macam tu pun. Tiap-tiap hari mama tengok muka Sehun tu. Kamu tu yang bangun lambat sangat. Cuba jadi macam Sehun tu. Bangun awal, tolong mama sediakan sarapan. Siap boleh belikan barang dapur lagi,” mama menaburkan pujiannya terhadap Sehun.
“Eh mama ni! Mana satu anak mama ni? Jimin ke Sehun tu? Kalau sayang sangat kat Sehun tu, bagi je nama keluarga kita kat dia,” aku menghentakkan kaki tanda geram sebelum beredar ke sekolah.
Mama menggelengkan kepalanya mendengar keluhanku.
“Jimin, makan dulu sayang,” jerit mama.
“Dah kenyang!”
Geram pula aku bila mama berkata sedemikian. Bukan geram kerana mama melebihkan Sehun tetapi geram kerana Sehun mengelak daripadaku walhal dengan mama boleh saja dia beramah mesra. Tanpa sedar aku menghentakkan kaki membawa langkahku menuju ke sekolah.

********

Praaanng!
Bingkai gambar yang berada di tanganku terlepas lalu berderai di atas lantai.
“Jimin! Cepat! Kita kena pergi hospital sekarang. Sehun kecelakaan,” ucap Luhan termengah-mengah.
Tubuhku menjadi lemah setelah mendengar kata-kata Luhan. Pantas Luhan menarik tanganku dan menuju terus ke hospital. Pelbagai persoalan yang bermain di minda.
‘Bagaimana keadaan Sehun?’
‘Terukkah dia?’
‘Macam mana dengan aku jika Sehun tiada?’
‘Pada siapa lagi harus aku luahkan masalah jika terjadi apa-apa pada Sehun?’
Dan aku pula masih lagi tidak memberikan jawapan kepadanya.

********

Langkah dibuka seluas-luasnya apabila Sehun cuba untuk mengejarku dari arah belakang tanpa mengendahkan rerumpun hijau yang meninggi. Sesekali aku menoleh untuk melihat dan mengenalpasti jarak antara aku dan juga Sehun.
Kedebuk.
Dek kerana tersadung batu, aku terjelepok di atas kawasan lapangan yang menghijau tersebut. Tangan kecil ini membersihkan rumput-rumput yang terlekat pada kaki. Memandangkan aku hanyalah seorang kanak-kanak perempuan yang membawa definisi lemah dan perlu dijaga, kesakitannya amat aku rasai.
“Jimin-ahh!” jerit Sehun.
“Sehun! Kaki Jimin berdarah!” aku menjerit memberitahu Sehun setelah melihat darah pada lututku.
Dengan pantas Sehun mendapatkanku. Dia meniup-niup lukaku dengan harapan ianya akan sembuh. Aku pula tidak mampu untuk memberhentikan terjunan air mata yang semakin merisaukan Sehun. Tangannya membantu untuk menghapus air mataku.
“Sehun, sakit sangat ni. Nanti mama mesti marah kalau tahu,” ucapku sambil mengesat air mata.
“Tak apa, nanti Sehun tolong cakap dekat mama. Jimin jangan nangis lagi ya,” pinta Sehun lalu memelukku.
Sehun mengendongku di belakang badannya untuk membawaku pulang ke rumah. Walaupun dia hanya berumur dua belas tahun pada ketika itu, aku tetap dapat merasai perasaan dilindungi dan selamat apabila bersama dengannya.

********

Doktor baru sahaja memeriksa tekanan darah Sehun. Mujur ianya telah kembali normal. Keadaannya tidaklah seteruk mana. Sehun nyaris dilanggar oleh kereta kerana ingin menyelamatkan kanak-kanak yang sedang mengutip bola di atas jalan raya. Disebabkan tindak balasnya yang agak cepat, dia hanya sekadar tercedera pada bahagian tangan dan bahu manakala kepalanya pula terhantuk di bahu jalan.
“Jimin, saya kena balik dulu. Awak nak tunggu sini ke?” tanya Luhan.
“Tak apa, awak baliklah dulu. Saya nak tunggu sampai Sehun sedar.”
Luhan mengangguk sebelum meninggalkan aku bersendirian bersama-sama Sehun. Aku telah menghubungi mama yang berada di Busan atas urusan rasmi dan memberitahunya tentang keadaan Sehun. Oleh kerana keadaan Sehun tidaklah seteruk mana, aku menyuruh mama agar tidak risau akan Sehun dan meneruskan pekerjaannya.
“Erghh..”
Aku menoleh ke wajah pucat milik Sehun.
“Jimin...” perlahan suara itu memanggilku.
“Sehun, kenapa buat saya risau. Nasib baik awak selamat,” ucapku tanpa menyedari tangisan mula menitis tanpa diundang.
Tangan kiri Sehun menampung wajahku lalu mengelap air mata yang mengalir itu dengan menggunakan ibu jarinya.
“Kan saya tak apa-apa ni. Dah, jangan risau. Jangan nangis lagi,” ujar Sehun sebelum menarikku dekat dengan tubuhnya.
Aku dapat merasakan kehangatan tubuh Sehun yang membuatkan aku berasa sangat selamat apabila berada bersama dengannya. Mungkin kerana aku telah kehilangan seorang ayah seawal usia enam tahun dan tidak lama kemudian Sehun pula hadir dalam hidupku dan sentiasa bersamaku setiap hari.
“Sehun, saya tak mungkin hidup kalau ada apa-apa berlaku pada awak. Saya tak nak awak jauh daripada saya,” ucapku.
“Jangan pindah keluar dari rumah boleh tak?” tambahku lagi.
“Tapi...”
“Saya sayangkan awak! Jangan buat macam ni lagi,” ucapku memotong percakapan Sehun.
“Jimin....”
“Sehun, saya tak boleh kehilangan awak. Tolong jangan buang saya dari hidup awak. Sehun...” pintaku.
Sehun mengusap lembut kepalaku. Teras hangat umbun kepala apabila diperlakukan sedemikian. Rambutku yang berselerak dirapi kembali oleh Sehun dan disisip ke belakang telinga.
“Saya tak suka bila awak endahkan saya. Awak ada tapi saya rasa macam awak tak ada. Janganlah buat saya macam ni, Sehun!” perlahan air mataku menitis.
“Saya minta maaf,” hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Sehun.
“Saya tak mahu lukakan hati Luhan. Tapi saya tak mahu kehilangan awak. Adakah saya terlalu mementingkan diri? Tapi, saya tak tahu...”
“Sehun....” aku merenung ke dalam anak matanya.
Wajahku ditarik rapat dengan mukanya. Dahiku dikucup lembut. Tergamam aku seketika dengan reaksi Sehun walaupun dia sering mengucupku seperti itu sebelum ini tetapi pada waktu seperti ini ia membuatkan aku berasa sedikit kekok.
“Cukup sekadar menyayangi saya. Saya tak akan minta lebih daripada kasih sayang awak,” ujar Sehun.
Aku hanya memberikan senyuman sebagai tanda puas mendengar kata-kata Sehun.

********

Aku sedia menanti Sehun di bawah pohonan rendang di hadapan kampusnya. Kami telah berjanji untuk pulang ke rumah bersama-sama pada hari ini dan memandangkan kelas Sehun habis lewat daripadaku, aku memutuskan untuk menjemputnya di sini.
“Sehun!” jeritku sambil melambai ke arahnya.
Sehun membalas lambaianku dan berjalan menuju ke arah tempatku berdiri.
“Dah lama ke tunggu?” tanya Sehun.
“Tak ada la lama sangat. Baru je ni,” balasku.
Pantas aku memaut lengannya dan berjalan seiringan dengannya.
“Tahu tak kenapa Tuhan ciptakan awan berwarna biru?” tanyaku.
“Supaya langit nampak cerah pada siang hari?” balas Sehun.
“Bukan! Sebab saya suka langit warna biru sebab tu Tuhan cipta macam tu.”
“Eh pandai-pandai je Jimin ni,” Sehun menjelingku.
“Kenapa turunkan salji dan hujan berasingan?” tanyaku lagi.
“Sebab suhu yang berbeza?” jawapan Sehun lebih kepada pertanyaan.
“Salah! Sebab saya tak suka hujan dengan salji turun serentak hahaha,” ucapku lalu tertawa.
“Dah la. Malas nak jawab dah,” rajuk Sehun.
“Alaaa last last last. Kenapa Tuhan ciptakan Sehun dulu baru Jimin? Kalau awak salah, kena belanja saya ddeokbeoki tu,” aku mengangkat-angkat kening menanti jawapan Sehun sambil menunjuk ke arah gerai di tepi jalan tersebut.
“Sebab awak yang minta supaya saya dicipta terlebih dahulu,” balas Sehun acuh tak acuh.
“Ddaeng! Salah. Jawapannya sebab Sehun kena tunggu Jimin dengan penuh sabar dan sedia berkhidmat untuknya setelah dia lahir,” jawabku selamba.
“DIA? Ceh cakap pasal diri sendiri tapi ada hati sebut dia,” Sehun menunjukkan muka tidak puas hatinya.
“Ahh tak ada, jangan banyak cakap. Cepat belanja saya ddeokbeoki tu,” arahku.
Aku menarik tangan Sehun lalu berlari menuju ke arah gerai di bahu jalan yang menjual ddeokbeoki. Senyuman jelas terukir di wajah kami berdua. Sejujurnya aku berasa bahagia apabila berada bersama Sehun.

*******

“Jimin, tunggu saya!” jerit seseorang dari arah belakang.
Aku menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Kelihatan Luhan lari termengah-mengah sambil menggalas beg menuju tempat ku berdiri ketika ini.
Good morning, Luhan!” sapaku.
“Hahh hahh.. Fuhh.. Morning. Saya pergi rumah awak tadi,” ucap Luhan sambil mengambil nafas.
“Tapi saya tak ada hahaha. Awak tu yang lambat.”
Aku kembali mengatur langkah seiringan Luhan untuk menuju ke sekolah.
“Dah la semalam awak tak tunggu saya. Pelik la awak ni, Jimin. Macam ada sesuatu yang cuba awak sembunyikan daripada saya,” Luhan cuba menduga.
“Saya sembunyikan sesuatu daripada awak? Saya? Tak ada masa la saya nak berahsia ni, Luhan.”
Adakah Luhan telah mengetahui akan hubunganku dengan Sehun? Aku tidak mahu hatinya terluka tetapi ianya kejam jika aku menduakan Luhan. Adakah aku patut berterus-terang sahaja? Bagaimana pula jika Luhan tidak boleh menerimanya? Aku menggelengkan kepalaku berulang kali.
“Kenapa dengan awak ni? Apa la yang difikirkan tu,” Luhan menampakkan wajah hairannya.
“Tak ada apa-apa la. Dah cepat cepat cepat. Nanti terlambat pula.”
Aku mematikan perbualan sebelum berlari-lari anak menuju ke pintu pagar sekolah yang masih lagi kira-kira satu batu jaraknya.

********

“Sehun, Jimin penat la. Gendong Jimin boleh tak? Jimin nak kejar matahari tu,” ucapku pada kanak-kanak di sebelahku sambil menuding ke arah matahari.
“Nanti Sehun penat la kalau kena gendong Jimin sambil lari,” balas Sehun.
“Tak apa la. Lepas tu Jimin pula gendong Sehun. Boleh kan?” tanyaku.
“Kalau macam tu, kita guna rock-paper-scissor (1 2 jus) la untuk pilih siapa yang kena gendong.”
“Okay, cepat cepat cepat,” ucapku tidak sabar.

********

Seperti biasa, mama akan menghidangkan makanan di atas meja makan sebelum jam tujuh. Sehun turut berada di dapur dan menyambut huluran mama sebelum meletakkan hidangan ke atas meja. Aku turut membantu apabila melihat kewujudan Sehun di situ.
“Apa mimpi anak mama yang seorang ni datang tolong juga?” perli mama.
“Orang tolong salah, tak tolong pun salah,” jawabku mencebik
“Dah siap dah semua. Jom makan,” pelawa Sehun.
Cepat-cepat aku duduk bersebelahan Sehun lalu menarik mangkuk nasi yang berada di hadapanku. Aku meletakkan lauk ke dalam mangkuk nasi Sehun dan dia turut melakukan perkara yang sama untukku.
“Sejak bila pula Jimin duduk situ? Selalu duduk sebelah mama je,” ucap mama.
“Kenapa? Jimin tak boleh duduk sebelah Sehun ke?” tanyaku.
“Oppa. Cuba kamu panggil Sehun dengan panggilan oppa. Kan lebih manis dengar,” pinta mama.
Terkejut aku mendengar permintaan mama. Tidak pernah dia menyuruhku memanggil Sehun dengan panggilan abang selama ini walaupun semenjak dari kecil lagi dia suruh aku menganggap Sehun sebagai abang kandung.
“Oppa? Tak nak la! Dia bukan oppa Jimin pun,” balasku.
Sehun hanya senyap sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
“Tapi dia kan lagi tua dari Jimin.”
Jawapan mama itu ada benarnya. Tapi tak mungkin untuk aku memanggil Sehun dengan gelaran oppa setelah hampir sepuluh tahun aku  hanya memanggilnya Sehun tanpa sebarang gelaran.
“Tak nak la, mama. Pelik je tiba-tiba nak panggil oppa,” aku menolak permintaan tersebut.
Mama nak sangat tengok kamu berdua ni hidup macam dua beradik yang betul. Dengan gelaran yang betul. Ni mama tengok kejap berkelahi, kejap berbaik. Pastu ada yang merajuk. Pelik mama tengok. Kalah pasangan bercinta.”
Hampir tersangkut nasi yang ditelan apabila mendengar keluhan mama. Tak mungkin mama tahu kalau aku dan Sehun memang sedang bercinta.
“Bila pula Sehun dengan Jimin bercinta ni, mama?” Sehun bersuara.
“Tak adalah. Mama cuma cakap je. Mana la tahu kalau tiba-tiba betul anak mama ni bercinta. Tapi tak mungkin kan. Jimin pun dah ada Luhan,” ujar mama.
Sehun tunduk memandang mangkuk nasinya apabila mendengar nama Luhan muncul di bibir mama. Mungkin dia tidak menyangka mama akan berkata seperti itu. Kenapa aku dengan Sehun tidak boleh bersama? Mama seakan-akan menolak kenyataan bahawa aku dan Sehun sedang bercinta.
“Tapi tak semestinya Luhan dengan Jimin sampai bila-bila. Lagi pun Jimin ni muda lagi la ma,” balasku.
“Kenapa? Jimin ada rancang nak tinggalkan Luhan ke? Luhan tu elok budaknya. Mama suka dia. Buat apa Jimin nak lepaskan orang macam tu?”
Mama, kenapa jauh sangat mama fikir ni? Jimin tak ada fikir pun semua tu. Tapi kalau ya pun, kenapa mesti Luhan? Kan ramai lagi orang lain. Sehun pun ada kan,” ucapku geram.
“Tak boleh! Sehun tak boleh! Mama tak benarkan.”
“Kenapa??” aku dan Sehun serentak bertanya.
“Sebab kamu berdua tak mungkin boleh bersama. Mama kata tak boleh, tak boleh la maksudnya tu. Faham??!” ucap mama tegas sebelum meninggalkan meja makan.
Aku dan juga Sehun terkejut apabila mama meninggikan suaranya seperti itu. Tidak pernah mama memarahiku seperti itu. Mengapa pula hubunganku dengan Sehun tiba-tiba menjadi punca pertelagahan sedangkan selama ini semuanya baik-baik sahaja. Kenapa mama melarang keras aku bersama Sehun?
“Jimin, biar saya yang tenangkan mama. Awak tolong kemas meja ni boleh kan,” pinta Sehun.
Aku sekadar mengangguk lalu menghabiskan makanan yang masih tersisa di dalam mangkuk nasiku.

*******

Pintu bilik mama yang tertutup rapat itu aku tolak sedikit agar memberikan ruang untukku melihat keadaan di dalamnya. Sehun duduk bersebelahan mama sambil mendakap tubuhnya erat. Sesekali mama berkata sesuatu di dalam sendunya. Sehun pula mendengar segalanya. Apa yang sedang berlaku? Pementasan drama apa yang sedang dipentaskan di dalam? Aku cuba untuk mendengar perbualan mereka yang agak perlahan suaranya.
Mama yang salah sebab rahsiakan semuanya dari awal lagi. Maafkan mama, Sehun. Mama harap kamu faham,” ucap mama.
Walaupun perlahan, itulah butirannya yang dapat ku dengar.
“Tak apa. Sehun tak pernah salahkan mama.
Apabila aku melihat Sehun seperti mahu bangun dari katil tersebut, pantas aku meninggalkan tempat itu lalu berlari anak ke bilikku.

*******

Sinaran mentari yang hampir menghilangkan dirinya kelihatan sangat indah. Tiba-tiba sahaja Sehun mengajakku untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Kawasan lapang sekitar bukit tempat kami selalu bermain ketika kecil menjadi pilihan Sehun. Aku terus bersetuju memandangkan sudah lama aku tidak ke sini.
“Dulu masa kecil, Jimin selalu nak kejar matahari tu. Ingat lagi tak?” tanya Sehun.
“Tentu la ingat. Tapi mana la mungkin dapat kejar kan,” balasku.
“Nak main macam dulu tak?”
“Kejar matahari? Tapi siapa yang kalah rock-paper-scissors kena gendong orang yang menang la,” cadangku seperti kebiasaan.
“Okay, rock-paper-scissors!”
Oleh kerana Sehun kalah, dia akur dan bersetuju untuk menggendongku untuk mengejar matahari seperti mana kami sering lakukan di zaman kanak-kanak. Aku mendakap erat tubuh Sehun. Belakang badannya yang hangat sekali lagi membuatkan aku berasa selamat. Perlahan Sehun mengatur langkah.
“Yah! Oh Sehun! Awak kena lari la. Bukan jalan kedek-kedek macam ni,” ucapku.
Tiba-tiba sahaja lenganku terasa panas dek titisan air mata Sehun.
“Mungkin ini takdir kita. Saya akan sentiasa menjaga awak. Seperti janji saya sejak kecil dulu.”
Aku tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Sehun. Langkahnya diberhentikan. Sehun bukan seorang yang mudah untuk mengalirkan air mata tetapi kini air matanya tumpah tanpa aku mengetahui alasannya.
“Maafkan saya kerana tidak mampu menjadikan awak sebagai isteri saya.”
Pantas aku turun daripada belakang tubuh Sehun lalu beralih menghadapnya. Wajah itu sembap akibat air mata yang terlalu banyak tumpah ke bumi. Hidungnya juga turut merah sama. Aku menampung wajah itu lalu menghapus air matanya. Perlahan tubuh itu aku peluk erat.
“Kenapa Sehun? Apa yang jadi ni?” tanyaku dalam pelukan.
“Saya tak mungkin bersama awak, Jimin. Saya hanya mampu menjaga awak seperti mana saya lakukannya semenjak kecil. Maafkan saya,” ucap Sehun dalam esakan.
“Tapi sebab apa?” tanyaku.
I’m ... your brother.. I’m your brother, Jimin. We’re the blood-related siblings...”
Terkedu aku mendengar jawapan Sehun.
“Tak mungkin. Macam mana pula awak boleh jadi abang saya? Tak!!”
“Saya abang awak, kita berlainan bapa. Mama dah bagitahu semuanya pada saya,” tambah Sehun dalam nada yang bergetar.
Lututku terasa lemah. Aku terjelepok di atas rerumpun hijau yang sering menjadi saksi kebahagiaan aku dan Sehun ketika kecil. Kebahagiaan yang tidak pernah aku jangka kesudahannya. Mungkin aku akan kehilangan seorang kekasih tetapi aku bersyukur kerana mempunyai seorang abang seperti Sehun.
Sorry for everything. I’m sorry for fall in love with you. I’ll never fall in love ever again.”

********

“Jimin, Jimin suka tak kalau ada abang?” tanya mama.
“Nak! Jimin nak ada abang. Jimin suka bila tengok orang lain pergi main dengan abang dia,” balas Jimin.
“Kalau mama bawa abang untuk Jimin tinggal dengan kita, Jimin nak tak?” mama bertanya lagi.
“Mestilah nak! Jimin nak abang! Mama janji ya bawa abang untuk Jimin. Jimin nak tinggal dengan abang dekat rumah ni. Janji ya, mama!” pinta Jimin.
“Baiklah, mama janji. Mama janji yang mama akan bawa abang Jimin suatu hari nanti untuk Jimin. Percayalah bahawa mama akan tunaikan janji mama pada Jimin.”

--- TAMAT ---



// Sorry lambat post one-shot ni. Baru je habis buat assignment bagai. Ni pun dah start final exam untuk final year. Wish me luck okay. Btw thanks for reading. Keep on supporting me please hehehe :)



Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

8 comments:

crayon_amira said...

dahhhhh bacaaaaaaaaaaa, sedih Y_Y jimin dengan sehun omg, kesian diaorang adik beradik rupanya, cinta terlarang T_T. hahaha
unnieeee besttttt ^^

darla carolina said...

@crayon_amira : haaa tu la, trlarang ._. Kesian dorg lol. Btw thnks syg kuuhhh sbb sudi baca hehe.

FatinSy said...

Best :3 !

darla carolina said...

@FatinSy - thanks :3

two moon said...

Sedih lah :'(

darla carolina said...

@two moon ; thanks baca :')

Fara more said...

Woah Y.Y

Unnie, nak tanya macam mana nak buat blog satu column macam unnie punya ni ya?

^^

darla carolina said...

Nk buat satu column ni kena edit code nya. Ni pun kawan yg tolong ajar. Tataw la ada ke tak tutorial utk buat satu column.