-------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih lanjut mengenai pengenalan, watak dan perwatakan klik >sini<
-------------------------------------------------------------------------------------------
“Jimin, mulai sekarang Sehun akan
tinggal dengan kita.”
“Nama awak siapa?” tanya Sehun pada
kanak-kanak yang berada di hadapannya itu.
“Jimin. Shin Jimin.”
Sehun meletakkan tangannya di atas
kepala Jimin sebelum menyelerakkan rambut kanak-kanak itu.
“Oh Sehun,” dia memperkenalkan dirinya.
********
Cahaya mentari pagi menerobosi ruang
jendela membuatkan seluruh ruang genap bilikku kelihatan lebih cerah. Jelas
kedengaran kicauan burung di atas pepohon sedang menyanyi riang. Namun hatiku
gundah tidak seperti suasana yang digambarkan. Aku baru sahaja bertengkar
dengan Sehun malam tadi. Sejak dua-menjak ini ada saja perbuatanku yang tidak
kena di mata Sehun.
Aku hanya sekadar baring di atas
katilnya sahaja. Ditengkingnya aku secara tiba-tiba. Hati siapa yang tidak
sedih apabila dimarah tanpa alasan yang munasabah.
Tok.. tok..
Mama menjengulkan
kepala di muka pintu.
“Jimin-ah, Luhan datang tu,” ujar mama
sambil menunjuk ke arah pintu hadapan.
“Luhan dah datang? Awalnya dia.”
Aku menyambut Luhan di pintu hadapan dan
menjemputnya masuk. Kami telah berjanji untuk berkunjung ke pameran akuaria
bersama-sama pada petang ini. Tak tahu pula aku yang Luhan akan ke sini
sebegini awal.
“Jimin, Sehun mana?” tanya Luhan.
“Tak tahu. Dekat bilik dia kot.”
Tanpa melihat sama ada Sehun berada di
bilik ataupun tidak, aku terus memberikan jawapan. Geram apabila memikirkan
kejadian malam tadi. Luhan cuba untuk mencari Sehun.
“Tak ada pun,” ucap Luhan setelah ke
bilik Sehun.
“Dah pergi kampus agaknya,” jawabku acuh
tak acuh.
“Selalunya bukan ke awak tahu setiap
benda yang Sehun buat. Bergaduh ke?” tanya Luhan.
“Mana ada. Tak ada masa saya nak
bergaduh ni okay.”
Aku menjeling Luhan sebelum kembali
semula ke bilikku.
“Tunggu kejap, saya nak salin pakaian,”
pintaku.
Pada awalnya, kami bertiga telah pun berjanji
untuk ke pameran akuaria tersebut bersama-sama tetapi memandangkan Sehun
bersikap dingin terhadapku, lebih baik aku lupakan sahaja niat tersebut.
********
“Sehun, I just feel like I’d fall in
love!” akhirnya aku memberitahu Sehun mengenai perasaanku terhadap Luhan.
“Fall in love? Siapa lelaki yang malang
tu?” tanya Sehun.
“Guess who? It’s Luhan,” aku membalas.
Matanya masih lagi menatap buku yang
sedang dibacanya sedari tadi. Pantas aku memeluknya dari arah belakang. Kaku.
Sehun langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Tubuhnya masih lagi kekal di
atas kerusi itu. Pertama kali aku terasa diabaikan. Buku di atas meja itu aku
tarik.
“Jimin, apa ni kacau orang. Kan saya
tengah baca buku ni.”
Lidah dijelirkan sebelum melarikan diri
daripada Sehun. Buku itu masih lagi berada di tanganku. Perkara yang paling
pantang dalam hidupku adalah jika ada orang mengabaikanku lebih-lebih lagi
apabila aku sedang bercakap.
“Bagi balik buku tu.”
Bilik Sehun menjadi riuh seketika apabila
aku menjerit-jerit sambil melarikan diri daripada ditangkap oleh Sehun. Dek
kerana ketinggian Sehun, adegan perebutan hanya berlangsung sekitar kurang lima
minit sahaja. Setelah mengambil kembali buku tersebut, dia kembali semula ke
meja belajarnya. Aku menghentakkan kaki menuju ke arah Sehun. Geram. Wajah Sehun aku tarik rapat ke arah mukaku.
“Sehun! Lain kali kalau Jimin tengah
cakap, tolong la bagi perhatian,” ujarku lalu merenung ke dalam anak mata
Sehun.
Pandangan kami bertaut.
Lama.
“Jimin....”
Perlahan tangan aku dialihkan.
“I got an exam tomorrow. Sorry.”
Pantas Sehun berdiri lalu menolak
perlahan tubuhku ke muka pintu. Aku sekadar mampu menganggukkan kepala sebelum
beredar kembali ke bilikku.
********
“Mulai sekarang Shin Jimin adalah isteri
Oh Sehun.”
Kata-kata tersebut masih lagi jelas
terlekat di dalam fikiranku walaupun ayat itu diungkapkan ketika aku dan Sehun
sama-sama berada di alam kanak-kanak. Mungkin aku sahaja yang masih
mengingatinya.
“Jimin, awak termenungkan apa tu?” tanya
Luhan yang baru sahaja muncul di belakangku.
“Tak ada apa pun,” ucapku.
Di tangannya terdapat beberapa buah buku
yang perlu di bawa ke kelas. Pasti dia baru sahaja keluar daripada pejabat
guru. Aku menghulurkan bantuan untuk membawa sedikit buku tersebut tanpa
dipinta.
“Awak fikirkan Sehun ke? Kebelakangan ni
dia kelihatan dingin dengan awak,” Luhan cuba untuk membuatkan aku bercerita.
“Erm, tak adalah. Tapi, macam mana awak
tahu?” tanyaku.
“Saya mengenali awak, Jimin. Cukup kenal
untuk tahu apa yang awak fikirkan. Lagi pun awak hanya akan murung macam ini apabila
mempunyai masalah dengan Sehun. Saya tahu awak macam mana. Saya kan boyfriend
awak,” jelas Luhan menunjukkan sengihnya.
Apa yang dikatakan oleh Luhan ada
benarnya. Sejak akhir-akhir ini Sehun seperti mahu mengelakkan diri daripadaku.
Dia tidak pernah bersikap dingin seperti itu. Apabila aku mahu bertanya sesuatu
dan datang ke biliknya, Sehun memberikan alasan bahawa dia sibuk, letih, dan
juga mengantuk. Ada sahaja jawapan yang diberi agar aku tidak lagi
mengganggunya.
“Saya tak marah kalau awak rapat dengan
Sehun memandangkan awak dengan dia membesar bersama. Tapi kenapa saya rasa
cemburu ni?” Luhan memuncungkan bibirnya.
“Awak ni Luhan, janganlah fikir yang
bukan-bukan,” balasku lalu menyinggung pinggang Luhan.
********
Anak mataku melilau mencari kelibat
Sehun. Aku ke kelasnya tadi. Rakan sekelasnya memberitahuku bahawa dia mungkin
berada di atas bumbung sekolah. Sudah menjadi kebiasaannya berada di sana pada
setiap kali waktu peralihan dan juga waktu rehat.
“Sehun!” jeritku setelah melihat Sehun
yang sedang berbaring di atas kerusi panjang.
Senyap.
Aku sudah biasa dengan sikapnya yang
tidak mengendahkan persekitaran itu. Pantas aku menuju ke arahnya. Aku tatap
wajah itu. Matanya dipejamkan sedari tadi. Tidurkah dia? Atau Sehun hanya
sekadar merehatkan matanya sahaja? Wajah itu aku usap perlahan. Rambutnya aku
rapikan.
Tapp.
Tanganku disentap Sehun.
“Yah Oh Sehun!” jeritku.
Matanya masih lagi dipejamkan.
“Jangan usik la,” arah Sehun.
“Cehh! Bila pula orang usik dia,” ucapku
lalu duduk bersebelahan pembaringannya.
“Tahun depan mesti bosan. Sebab kat
sekolah ni dah tak ada Oh Sehun,” nada ku hampa.
“Luhan kan ada,” balas Sehun pendek.
“Tapi ada Luhan tak sama macam ada
Sehun.”
“Apa yang tak sama?” tanya Sehun.
“He’s Luhan and not Sehun. Sehun is
Sehun, Luhan is Luhan. Mana sama,” ucapku tegas.
“Alaaaa kan kita boleh jumpa dekat
rumah. Bukannya langsung tak jumpa,” balas Sehun.
“Dah la! Malas dah nak cakap!”
Aku menghentakkan kaki lantas berdiri
untuk beredar. Pantas Sehun menarik tanganku.
“Jimin, jangan macam tu. Kan saya dah
janji untuk jaga awak sampai bila-bila.”
Entah mengapa hatiku tersentuh setelah
mendengar perucapan Sehun itu.
“Tak payah susahkan diri awak tu. Luhan
kan ada. Dia boleh jaga saya,” ucapku tanpa menoleh ke arah Sehun.
Langkah diatur laju menuju ke arah
tangga. Biarkan Sehun tahu bahawa aku sedang merajuk dengannya. Sering sahaja
dia meletakkan Luhan dalam perbualan kami. Memang benar Luhan adalah teman
lelakiku tetapi Sehun lebih istimewa jika mahu dibandingkan dengan Sehun.
********
“Jimin, nanti Sehun nak jadi doktor.
Jadi doktor best. Papa Sehun dulu kerja doktor. Boleh selamatkan ramai orang. Bila
dah besar nanti Jimin nak jadi apa?” tanya Sehun.
“Kan kita dah janji. Shin Jimin akan
jadi isteri Oh Sehun. Bila besar nanti Jimin nak jadi isteri Sehun.”
********
Buku latihan matematik masih lagi berada
di tangan. Aku berkira-kira untuk bertanya Sehun ataupun tidak. Takut juga jika
aku dimarahi secara tiba-tiba seperti tempoh hari. Perlahan aku menghendap
perbuatan Sehun. Dia sedang tekun membaca dan mencari bahan rujukan daripada
buku teks.
“Sehun...” panggilku perlahan.
“I’m busy right now. Please,”
ucap Sehun tanpa menoleh ke arahku.
Aku hanya mampu mencebik. Tanpa bergerak
walaupun seinci, aku kekal setia berdiri di muka pintu bilik Sehun.
“Jimin nak apa?” tanya Sehun masih tidak
menoleh.
“Nak suruh tolong buatkan kerja ni,”
balasku.
“Masuklah,” arah Sehun.
Dengan hati yang berbunga-bunga, aku
melangkah masuk ke dalam bilik Sehun dan terus menuju ke arahnya. Pantas aku
meletakkan buku yang dipegang sedari tadi ke atas meja.
“Yang ini, ini, ini, ini, dengan yang
ini.”
Aku menunjukkan masalah yang tidak mampu
diselesaikan pada Sehun. Dia menganggukan kepalanya lalu mengambil sehelai
kertas untuk menunjukkan penyelesaiannya kepadaku.
“Benda mudah macam ni pun tak boleh buat
ke, Shin Jimin?”
Pertanyaan Sehun lebih kepada memerliku.
Aku hanya menjadi pemerhati yang tekun di sebelahnya. Pantas sungguh dia
menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Nah, dah siap,” Sehun menghulurkan
jawapan tersebut padaku.
“Aaaaaaaaa terima kasih!” ucapku lalu
mengucup pipi Sehun.
Sehun tergamam setelah aku mencium
pipinya.
“Yah, Jimin!”
“Kenapa? Kenapa? Kenapa?”
Aku mengelipkan mata berulang-ulang
kali. Tak mungkin Sehun marah kerana aku menciumnya. Ini bukan kali pertama aku
mencium pipi Sehun. Jika perbuatan itu pun menyebabkan aku dimarahi pada kali
ini, ianya memang tidak masuk akal.
“Lain kali jangan buat macam tu,” ujar
Sehun.
“Buat macam tu yang macam mana?” tanyaku
kurang pasti.
“Yang macam tadi tu la,” balas Sehun.
“Kenapa pula?” aku bertanya lagi.
“Just... please don’t do it ever
again,” jawab Sehun dengan nada perlahan.
Aku menampakkan riak muka kecewa dengan
permintaan Sehun itu. Buku latihan di atas meja aku capai sebelum berlalu untuk
beredar kembali semula ke bilikku. Langkah penuh hampa mula diatur.
“Jimin...”
Aku kembali menoleh ke arah suara itu.
“Duduk sini kejap, ada benda sikit nak
cakap ni,” pinta Sehun.
Aku hanya akur dengan arahan Sehun lalu
melangkah ke arah katilnya. Dengan tubuh yang lemah, aku menghenyakkan
punggungku di atas katil tersebut.
“Rasanya kita dah sama-sama dewasa,”
Sehun memulakan perbualan.
Wajahnya serius.
“Uhmmm... okay, yang tu Jimin dah lama
tahu. Jadi?”
“Mungkin dah sampai masanya untuk saya
cakap tentang perkara ni,” jelas Sehun.
“Jimin, saya tak nak rosakkan hubungan Jimin
dengan Luhan. Lebih baik saya berterus terang sahaja,” tambahnya lagi.
Pandangan dialihkan ke arah Sehun.
Wajahnya aku amati. Serius. Langsung tidak mengukirkan senyuman.
“Apa dia? Kenapa dengan Luhan?”
Dahi mula dikerutkan.
Kini perbualan kami kelihatan lebih
serius berbanding sebelum ini.
“Tak. Bukan Luhan. Tapi Jimin.”
Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh
Sehun tetapi ianya masih menimbulkan tanda tanya pada kotak fikiranku.
“Ermmm kenapa dengan Jimin pula?”
Anak mata dibulatkan menandakan perasaan
ingin tahu yang membuak-buak. Perlahan Sehun mencapai tanganku. Digenggam erat
tangan ini.
“Saya sayangkan awak, Jimin. Saya
terlalu menyayangi awak lebih daripada saya sayang diri saya sendiri. Saya tak
sanggup tapi saya tak mampu.”
Terkejut aku mendengar pengakuan Sehun.
Mengapa harus sekarang? Mengapa pada waktu ini juga Sehun meluahkan kata-kata
itu kepadaku. Aku yakin bahawa aku menyayangi Luhan. Dan Sehun pula? Jika aku
perlu memilih diantara Sehun dan juga Luhan, pasti aku akan memilih Sehun.
Sehun adalah segala-galanya buatku.
“Sehun, apa yang awak cakap ni? Saya tak
faham,” ucapku lalu mengalihkan tangannya.
“Saya sayangkan awak lebih daripada
segala-galanya. And I think it’s love. I really love you, Jimin. I
think, you should choose between me or him. Tak perlu bagi jawapan
sekarang. Saya boleh tunggu,”ucap Sehun.
“Sehun... Saya pun sayang awak. Tapi...
Tapi kita tak boleh. Saya keliru. Dari awal lagi mama suruh saya anggap
awak seperti seorang abang. Tak mungkin....”
“Tapi saya bukan abang awak. I’m NOT,
Jimin! Awak sendiri pun tidak pernah memanggil saya dengan gelaran abang.
Jimin, saya dah tak nak menipu diri saya sendiri. Hampir setiap hari saya
melihat awak dengan Luhan. Hati saya sakit. Saya cuba untuk tidak
mempedulikannya, but I can’t!” ucap Sehun sambil menggoncang tubuhku.
Aku merenung ke dalam matanya.
Berkaca.
Ya, aku dapat merasakan dia benar-benar
ikhlas dengan kata-katanya.
“Jimin, saya tak akan paksa awak. Saya
nak awak tahu, saya tak boleh hidup tanpa awak. Tapi jika bukan saya pilihan
awak, saya akur. Mungkin saya akan keluar dari rumah ni. Saya tak akan pernah
ganggu kehidupan awak lagi lepas ni.”
Aku mengetap bibir bawah. Entah mengapa
hatiku terasa seperti dihiris apabila Sehun mengatakan yang dia akan berpindah
keluar. Berat hatiku untuk melepaskan Sehun, tapi aku tidak mahu melukai hati
Luhan. Adakah aku begitu mementingkan diri sendiri jika memiliki kedua-dua
mereka?
********
Sudah hampir seminggu aku tidak melihat
Sehun. Walaupun kami tinggal sebumbung, Sehun sering menyibukkan dirinya dengan
hal-hal kuliah. Dia sering pulang lewat pada waktu malam dan masih lagi tidur
ketika aku ke sekolah. Kadang-kala dia tidak pulang langsung ke rumah. Jelas
sudah Sehun telah berubah. Dia bukan lagi Sehun yang mementingkanku seperti
dahulu.
“Mama, Sehun mana? Hari ni pun
Jimin tak nampak dia,” tanyaku.
“Sehun dah keluar awal pagi tadi. Dia
ada hal la tu,” balas Mama sambil menyapu jem pada roti.
“Sehun pelik la mama sejak dua
menjak ni. Macam orang busy. Susah sangat nak jumpa dia. Padahal duduk
satu rumah je pun,” rungutku.
“Mama tak rasa macam tu pun. Tiap-tiap
hari mama tengok muka Sehun tu. Kamu tu yang bangun lambat sangat. Cuba
jadi macam Sehun tu. Bangun awal, tolong mama sediakan sarapan. Siap
boleh belikan barang dapur lagi,” mama menaburkan pujiannya terhadap
Sehun.
“Eh mama ni! Mana satu anak mama
ni? Jimin ke Sehun tu? Kalau sayang sangat kat Sehun tu, bagi je nama keluarga
kita kat dia,” aku menghentakkan kaki tanda geram sebelum beredar ke sekolah.
Mama menggelengkan
kepalanya mendengar keluhanku.
“Jimin, makan dulu sayang,” jerit
mama.
“Dah kenyang!”
Geram pula aku bila mama berkata
sedemikian. Bukan geram kerana mama melebihkan Sehun tetapi geram kerana
Sehun mengelak daripadaku walhal dengan mama boleh saja dia beramah
mesra. Tanpa sedar aku menghentakkan kaki membawa langkahku menuju ke sekolah.
********
Praaanng!
Bingkai gambar yang berada di tanganku
terlepas lalu berderai di atas lantai.
“Jimin! Cepat! Kita kena pergi hospital
sekarang. Sehun kecelakaan,” ucap Luhan termengah-mengah.
Tubuhku menjadi lemah setelah mendengar
kata-kata Luhan. Pantas Luhan menarik tanganku dan menuju terus ke hospital.
Pelbagai persoalan yang bermain di minda.
‘Bagaimana keadaan Sehun?’
‘Terukkah dia?’
‘Macam mana dengan aku jika Sehun
tiada?’
‘Pada siapa lagi harus aku luahkan
masalah jika terjadi apa-apa pada Sehun?’
Dan aku pula masih lagi tidak memberikan
jawapan kepadanya.
********
Langkah dibuka seluas-luasnya apabila
Sehun cuba untuk mengejarku dari arah belakang tanpa mengendahkan rerumpun
hijau yang meninggi. Sesekali aku menoleh untuk melihat dan mengenalpasti jarak
antara aku dan juga Sehun.
Kedebuk.
Dek kerana tersadung batu, aku
terjelepok di atas kawasan lapangan yang menghijau tersebut. Tangan kecil ini
membersihkan rumput-rumput yang terlekat pada kaki. Memandangkan aku hanyalah
seorang kanak-kanak perempuan yang membawa definisi lemah dan perlu dijaga,
kesakitannya amat aku rasai.
“Jimin-ahh!” jerit Sehun.
“Sehun! Kaki Jimin berdarah!” aku
menjerit memberitahu Sehun setelah melihat darah pada lututku.
Dengan pantas Sehun mendapatkanku. Dia
meniup-niup lukaku dengan harapan ianya akan sembuh. Aku pula tidak mampu untuk
memberhentikan terjunan air mata yang semakin merisaukan Sehun. Tangannya
membantu untuk menghapus air mataku.
“Sehun, sakit sangat ni. Nanti mama
mesti marah kalau tahu,” ucapku sambil mengesat air mata.
“Tak apa, nanti Sehun tolong cakap dekat
mama. Jimin jangan nangis lagi ya,” pinta Sehun lalu memelukku.
Sehun mengendongku di belakang badannya
untuk membawaku pulang ke rumah. Walaupun dia hanya berumur dua belas tahun
pada ketika itu, aku tetap dapat merasai perasaan dilindungi dan selamat
apabila bersama dengannya.
********
Doktor baru sahaja memeriksa tekanan
darah Sehun. Mujur ianya telah kembali normal. Keadaannya tidaklah seteruk
mana. Sehun nyaris dilanggar oleh kereta kerana ingin menyelamatkan kanak-kanak
yang sedang mengutip bola di atas jalan raya. Disebabkan tindak balasnya yang
agak cepat, dia hanya sekadar tercedera pada bahagian tangan dan bahu manakala
kepalanya pula terhantuk di bahu jalan.
“Jimin, saya kena balik dulu. Awak nak
tunggu sini ke?” tanya Luhan.
“Tak apa, awak baliklah dulu. Saya nak
tunggu sampai Sehun sedar.”
Luhan mengangguk sebelum meninggalkan
aku bersendirian bersama-sama Sehun. Aku telah menghubungi mama yang
berada di Busan atas urusan rasmi dan memberitahunya tentang keadaan
Sehun. Oleh kerana keadaan Sehun tidaklah seteruk mana, aku menyuruh mama agar
tidak risau akan Sehun dan meneruskan pekerjaannya.
“Erghh..”
Aku menoleh ke wajah pucat milik Sehun.
“Jimin...” perlahan suara itu
memanggilku.
“Sehun, kenapa buat saya risau. Nasib
baik awak selamat,” ucapku tanpa menyedari tangisan mula menitis tanpa
diundang.
Tangan kiri Sehun menampung wajahku lalu
mengelap air mata yang mengalir itu dengan menggunakan ibu jarinya.
“Kan saya tak apa-apa ni. Dah, jangan
risau. Jangan nangis lagi,” ujar Sehun sebelum menarikku dekat dengan tubuhnya.
Aku dapat merasakan kehangatan tubuh
Sehun yang membuatkan aku berasa sangat selamat apabila berada bersama
dengannya. Mungkin kerana aku telah kehilangan seorang ayah seawal usia enam
tahun dan tidak lama kemudian Sehun pula hadir dalam hidupku dan sentiasa
bersamaku setiap hari.
“Sehun, saya tak mungkin hidup kalau ada
apa-apa berlaku pada awak. Saya tak nak awak jauh daripada saya,” ucapku.
“Jangan pindah keluar dari rumah boleh
tak?” tambahku lagi.
“Tapi...”
“Saya sayangkan awak! Jangan buat macam
ni lagi,” ucapku memotong percakapan Sehun.
“Jimin....”
“Sehun, saya tak boleh kehilangan awak.
Tolong jangan buang saya dari hidup awak. Sehun...” pintaku.
Sehun mengusap lembut kepalaku. Teras
hangat umbun kepala apabila diperlakukan sedemikian. Rambutku yang berselerak
dirapi kembali oleh Sehun dan disisip ke belakang telinga.
“Saya tak suka bila awak endahkan saya.
Awak ada tapi saya rasa macam awak tak ada. Janganlah buat saya macam ni,
Sehun!” perlahan air mataku menitis.
“Saya minta maaf,” hanya itu sahaja yang
keluar daripada mulut Sehun.
“Saya tak mahu lukakan hati Luhan. Tapi
saya tak mahu kehilangan awak. Adakah saya terlalu mementingkan diri? Tapi,
saya tak tahu...”
“Sehun....” aku merenung ke dalam anak
matanya.
Wajahku ditarik rapat dengan mukanya.
Dahiku dikucup lembut. Tergamam aku seketika dengan reaksi Sehun walaupun dia
sering mengucupku seperti itu sebelum ini tetapi pada waktu seperti ini ia
membuatkan aku berasa sedikit kekok.
“Cukup sekadar menyayangi saya. Saya tak
akan minta lebih daripada kasih sayang awak,” ujar Sehun.
Aku hanya memberikan senyuman sebagai
tanda puas mendengar kata-kata Sehun.
********
Aku sedia menanti Sehun di bawah pohonan
rendang di hadapan kampusnya. Kami telah berjanji untuk pulang ke rumah
bersama-sama pada hari ini dan memandangkan kelas Sehun habis lewat daripadaku,
aku memutuskan untuk menjemputnya di sini.
“Sehun!” jeritku sambil melambai ke
arahnya.
Sehun membalas lambaianku dan berjalan
menuju ke arah tempatku berdiri.
“Dah lama ke tunggu?” tanya Sehun.
“Tak ada la lama sangat. Baru je ni,” balasku.
Pantas aku memaut lengannya dan berjalan
seiringan dengannya.
“Tahu tak kenapa Tuhan ciptakan awan
berwarna biru?” tanyaku.
“Supaya langit nampak cerah pada siang
hari?” balas Sehun.
“Bukan! Sebab saya suka langit warna
biru sebab tu Tuhan cipta macam tu.”
“Eh pandai-pandai je Jimin ni,” Sehun
menjelingku.
“Kenapa turunkan salji dan hujan
berasingan?” tanyaku lagi.
“Sebab suhu yang berbeza?” jawapan Sehun
lebih kepada pertanyaan.
“Salah! Sebab saya tak suka hujan dengan
salji turun serentak hahaha,” ucapku lalu tertawa.
“Dah la. Malas nak jawab dah,” rajuk
Sehun.
“Alaaa last last last. Kenapa
Tuhan ciptakan Sehun dulu baru Jimin? Kalau awak salah, kena belanja saya
ddeokbeoki tu,” aku mengangkat-angkat kening menanti jawapan Sehun sambil
menunjuk ke arah gerai di tepi jalan tersebut.
“Sebab awak yang minta supaya saya
dicipta terlebih dahulu,” balas Sehun acuh tak acuh.
“Ddaeng! Salah. Jawapannya sebab Sehun
kena tunggu Jimin dengan penuh sabar dan sedia berkhidmat untuknya setelah dia
lahir,” jawabku selamba.
“DIA? Ceh cakap pasal diri sendiri tapi
ada hati sebut dia,” Sehun menunjukkan muka tidak puas hatinya.
“Ahh tak ada, jangan banyak cakap. Cepat
belanja saya ddeokbeoki tu,” arahku.
Aku menarik tangan Sehun lalu berlari
menuju ke arah gerai di bahu jalan yang menjual ddeokbeoki. Senyuman jelas
terukir di wajah kami berdua. Sejujurnya aku berasa bahagia apabila berada
bersama Sehun.
********
“Jimin, tunggu saya!” jerit seseorang
dari arah belakang.
Aku menoleh ke arah datangnya suara
tersebut. Kelihatan Luhan lari termengah-mengah sambil menggalas beg menuju
tempat ku berdiri ketika ini.
“Good morning, Luhan!” sapaku.
“Hahh hahh.. Fuhh.. Morning. Saya
pergi rumah awak tadi,” ucap Luhan sambil mengambil nafas.
“Tapi saya tak ada hahaha. Awak tu yang
lambat.”
Aku kembali mengatur langkah seiringan
Luhan untuk menuju ke sekolah.
“Dah la semalam awak tak tunggu saya.
Pelik la awak ni, Jimin. Macam ada sesuatu yang cuba awak sembunyikan daripada
saya,” Luhan cuba menduga.
“Saya sembunyikan sesuatu daripada awak?
Saya? Tak ada masa la saya nak berahsia ni, Luhan.”
Adakah Luhan telah mengetahui akan
hubunganku dengan Sehun? Aku tidak mahu hatinya terluka tetapi ianya kejam jika
aku menduakan Luhan. Adakah aku patut berterus-terang sahaja? Bagaimana pula
jika Luhan tidak boleh menerimanya? Aku menggelengkan kepalaku berulang kali.
“Kenapa dengan awak ni? Apa la yang
difikirkan tu,” Luhan menampakkan wajah hairannya.
“Tak ada apa-apa la. Dah cepat cepat
cepat. Nanti terlambat pula.”
Aku mematikan perbualan sebelum
berlari-lari anak menuju ke pintu pagar sekolah yang masih lagi kira-kira satu
batu jaraknya.
********
“Sehun, Jimin penat la. Gendong Jimin
boleh tak? Jimin nak kejar matahari tu,” ucapku pada kanak-kanak di sebelahku sambil
menuding ke arah matahari.
“Nanti Sehun penat la kalau kena gendong
Jimin sambil lari,” balas Sehun.
“Tak apa la. Lepas tu Jimin pula gendong
Sehun. Boleh kan?” tanyaku.
“Kalau macam tu, kita guna
rock-paper-scissor (1 2 jus) la untuk pilih siapa yang kena gendong.”
“Okay, cepat cepat cepat,” ucapku tidak
sabar.
********
Seperti biasa, mama akan menghidangkan
makanan di atas meja makan sebelum jam tujuh. Sehun turut berada di dapur dan
menyambut huluran mama sebelum meletakkan hidangan ke atas meja. Aku turut
membantu apabila melihat kewujudan Sehun di situ.
“Apa mimpi anak mama yang seorang
ni datang tolong juga?” perli mama.
“Orang tolong salah, tak tolong pun
salah,” jawabku mencebik
“Dah siap dah semua. Jom makan,” pelawa
Sehun.
Cepat-cepat aku duduk bersebelahan Sehun
lalu menarik mangkuk nasi yang berada di hadapanku. Aku meletakkan lauk ke
dalam mangkuk nasi Sehun dan dia turut melakukan perkara yang sama untukku.
“Sejak bila pula Jimin duduk situ? Selalu
duduk sebelah mama je,” ucap mama.
“Kenapa? Jimin tak boleh duduk sebelah
Sehun ke?” tanyaku.
“Oppa. Cuba kamu panggil Sehun dengan
panggilan oppa. Kan lebih manis dengar,” pinta mama.
Terkejut aku mendengar permintaan mama.
Tidak pernah dia menyuruhku memanggil Sehun dengan panggilan abang selama
ini walaupun semenjak dari kecil lagi dia suruh aku menganggap Sehun sebagai
abang kandung.
“Oppa? Tak nak la! Dia bukan oppa Jimin
pun,” balasku.
Sehun hanya senyap sambil menyuap nasi
ke dalam mulutnya.
“Tapi dia kan lagi tua dari Jimin.”
Jawapan mama itu ada benarnya.
Tapi tak mungkin untuk aku memanggil Sehun dengan gelaran oppa setelah hampir
sepuluh tahun aku hanya memanggilnya
Sehun tanpa sebarang gelaran.
“Tak nak la, mama. Pelik je
tiba-tiba nak panggil oppa,” aku menolak permintaan tersebut.
“Mama nak sangat tengok kamu
berdua ni hidup macam dua beradik yang betul. Dengan gelaran yang betul. Ni mama
tengok kejap berkelahi, kejap berbaik. Pastu ada yang merajuk. Pelik mama
tengok. Kalah pasangan bercinta.”
Hampir tersangkut nasi yang ditelan
apabila mendengar keluhan mama. Tak mungkin mama tahu kalau aku
dan Sehun memang sedang bercinta.
“Bila pula Sehun dengan Jimin bercinta
ni, mama?” Sehun bersuara.
“Tak adalah. Mama cuma cakap je.
Mana la tahu kalau tiba-tiba betul anak mama ni bercinta. Tapi tak
mungkin kan. Jimin pun dah ada Luhan,” ujar mama.
Sehun tunduk memandang mangkuk nasinya
apabila mendengar nama Luhan muncul di bibir mama. Mungkin dia tidak
menyangka mama akan berkata seperti itu. Kenapa aku dengan Sehun tidak
boleh bersama? Mama seakan-akan menolak kenyataan bahawa aku dan Sehun
sedang bercinta.
“Tapi tak semestinya Luhan dengan Jimin
sampai bila-bila. Lagi pun Jimin ni muda lagi la ma,” balasku.
“Kenapa? Jimin ada rancang nak
tinggalkan Luhan ke? Luhan tu elok budaknya. Mama suka dia. Buat apa
Jimin nak lepaskan orang macam tu?”
“Mama, kenapa jauh sangat mama
fikir ni? Jimin tak ada fikir pun semua tu. Tapi kalau ya pun, kenapa mesti
Luhan? Kan ramai lagi orang lain. Sehun pun ada kan,” ucapku geram.
“Tak boleh! Sehun tak boleh! Mama tak
benarkan.”
“Kenapa??” aku dan Sehun serentak
bertanya.
“Sebab kamu berdua tak mungkin boleh
bersama. Mama kata tak boleh, tak boleh la maksudnya tu. Faham??!” ucap mama
tegas sebelum meninggalkan meja makan.
Aku dan juga Sehun terkejut apabila mama
meninggikan suaranya seperti itu. Tidak pernah mama memarahiku
seperti itu. Mengapa pula hubunganku dengan Sehun tiba-tiba menjadi punca
pertelagahan sedangkan selama ini semuanya baik-baik sahaja. Kenapa mama melarang
keras aku bersama Sehun?
“Jimin, biar saya yang tenangkan mama.
Awak tolong kemas meja ni boleh kan,” pinta Sehun.
Aku sekadar mengangguk lalu menghabiskan
makanan yang masih tersisa di dalam mangkuk nasiku.
*******
Pintu bilik mama yang tertutup
rapat itu aku tolak sedikit agar memberikan ruang untukku melihat keadaan di
dalamnya. Sehun duduk bersebelahan mama sambil mendakap tubuhnya erat. Sesekali
mama berkata sesuatu di dalam sendunya. Sehun pula mendengar segalanya. Apa
yang sedang berlaku? Pementasan drama apa yang sedang dipentaskan di dalam? Aku
cuba untuk mendengar perbualan mereka yang agak perlahan suaranya.
“Mama yang salah sebab rahsiakan
semuanya dari awal lagi. Maafkan mama, Sehun. Mama harap kamu
faham,” ucap mama.
Walaupun perlahan, itulah butirannya
yang dapat ku dengar.
“Tak apa. Sehun tak pernah salahkan mama.”
Apabila aku melihat Sehun seperti mahu
bangun dari katil tersebut, pantas aku meninggalkan tempat itu lalu berlari
anak ke bilikku.
*******
Sinaran mentari yang hampir
menghilangkan dirinya kelihatan sangat indah. Tiba-tiba sahaja Sehun mengajakku
untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Kawasan lapang sekitar bukit
tempat kami selalu bermain ketika kecil menjadi pilihan Sehun. Aku terus bersetuju
memandangkan sudah lama aku tidak ke sini.
“Dulu masa kecil, Jimin selalu nak kejar
matahari tu. Ingat lagi tak?” tanya Sehun.
“Tentu la ingat. Tapi mana la mungkin
dapat kejar kan,” balasku.
“Nak main macam dulu tak?”
“Kejar matahari? Tapi siapa yang kalah rock-paper-scissors
kena gendong orang yang menang la,” cadangku seperti kebiasaan.
“Okay, rock-paper-scissors!”
Oleh kerana Sehun kalah, dia akur dan
bersetuju untuk menggendongku untuk mengejar matahari seperti mana kami sering
lakukan di zaman kanak-kanak. Aku mendakap erat tubuh Sehun. Belakang badannya
yang hangat sekali lagi membuatkan aku berasa selamat. Perlahan Sehun mengatur
langkah.
“Yah! Oh Sehun! Awak kena lari la. Bukan
jalan kedek-kedek macam ni,” ucapku.
Tiba-tiba sahaja lenganku terasa panas
dek titisan air mata Sehun.
“Mungkin ini takdir kita. Saya akan
sentiasa menjaga awak. Seperti janji saya sejak kecil dulu.”
Aku tidak mengerti dengan apa yang
dikatakan oleh Sehun. Langkahnya diberhentikan. Sehun bukan seorang yang mudah
untuk mengalirkan air mata tetapi kini air matanya tumpah tanpa aku mengetahui
alasannya.
“Maafkan saya kerana tidak mampu
menjadikan awak sebagai isteri saya.”
Pantas aku turun daripada belakang tubuh
Sehun lalu beralih menghadapnya. Wajah itu sembap akibat air mata yang terlalu
banyak tumpah ke bumi. Hidungnya juga turut merah sama. Aku menampung wajah itu
lalu menghapus air matanya. Perlahan tubuh itu aku peluk erat.
“Kenapa Sehun? Apa yang jadi ni?”
tanyaku dalam pelukan.
“Saya tak mungkin bersama awak, Jimin.
Saya hanya mampu menjaga awak seperti mana saya lakukannya semenjak kecil.
Maafkan saya,” ucap Sehun dalam esakan.
“Tapi sebab apa?” tanyaku.
“I’m ... your brother.. I’m your
brother, Jimin. We’re the blood-related siblings...”
Terkedu aku mendengar jawapan Sehun.
“Tak mungkin. Macam mana pula awak boleh
jadi abang saya? Tak!!”
“Saya abang awak, kita berlainan bapa. Mama
dah bagitahu semuanya pada saya,” tambah Sehun dalam nada yang bergetar.
Lututku terasa lemah. Aku terjelepok di atas
rerumpun hijau yang sering menjadi saksi kebahagiaan aku dan Sehun ketika
kecil. Kebahagiaan yang tidak pernah aku jangka kesudahannya. Mungkin aku akan
kehilangan seorang kekasih tetapi aku bersyukur kerana mempunyai seorang abang
seperti Sehun.
“Sorry for everything. I’m sorry for
fall in love with you. I’ll never fall in love ever again.”
********
“Jimin, Jimin suka tak kalau ada abang?”
tanya mama.
“Nak! Jimin nak ada abang. Jimin suka
bila tengok orang lain pergi main dengan abang dia,” balas Jimin.
“Kalau mama bawa abang untuk Jimin
tinggal dengan kita, Jimin nak tak?” mama bertanya lagi.
“Mestilah nak! Jimin nak abang! Mama
janji ya bawa abang untuk Jimin. Jimin nak tinggal dengan abang dekat rumah ni.
Janji ya, mama!” pinta Jimin.
“Baiklah, mama janji. Mama janji yang
mama akan bawa abang Jimin suatu hari nanti untuk Jimin. Percayalah bahawa mama
akan tunaikan janji mama pada Jimin.”
--- TAMAT ---
// Sorry lambat post one-shot ni. Baru je habis buat assignment bagai. Ni pun dah start final exam untuk final year. Wish me luck okay. Btw thanks for reading. Keep on supporting me please hehehe :)
8 comments:
dahhhhh bacaaaaaaaaaaa, sedih Y_Y jimin dengan sehun omg, kesian diaorang adik beradik rupanya, cinta terlarang T_T. hahaha
unnieeee besttttt ^^
@crayon_amira : haaa tu la, trlarang ._. Kesian dorg lol. Btw thnks syg kuuhhh sbb sudi baca hehe.
Best :3 !
@FatinSy - thanks :3
Sedih lah :'(
@two moon ; thanks baca :')
Woah Y.Y
Unnie, nak tanya macam mana nak buat blog satu column macam unnie punya ni ya?
^^
Nk buat satu column ni kena edit code nya. Ni pun kawan yg tolong ajar. Tataw la ada ke tak tutorial utk buat satu column.
Post a Comment