AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 2 | Aku , Kau , dan Dia



  
WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi

WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Kang Sae Ra

Babak sebelum ini >Peminat Rahsia<

Ogos 2006

Author POV
Dua hari telah pun berlalu sejak Won Bin bertemu dengan Hyun Mi . Dia merasakan seolah-olah dia bermimpi . Yang keluar dari mulutnya hanyalah Hyun Mi , Hyun Mi , Hyun Mi . Di dalam kelas , di kantin , sepanjang perjalanan pulang dan pergi ke sekolah , malahan ketika dia di rumah Jong Hoon , Hyun Mi tidak pernah lekang dari mulutnya . Won Bin meminta pertolongan daripada Jong Hoon untuk menyampaikan perasaannya kepada Hyun Mi dan berharap agar Jong Hoon membantunya mendapatkan Hyun Mi . Won Bin telah menyukai Hyun Mi sejak hari pertama dia masuk ke Shindongshin High School . Ketika itu dia terlihat Hyun Mi yang sedang leka membaca buku di bawah sebuah pohon di sekolah mereka . Semenjak  itu , Won Bin sering memerhatikan Hyun Mi sehinggalah mereka bertemu dua hari yang lalu .
Jong Hoon bermain dengan perasaannya sendiri . Dia tidak tahu sama ada ingin membantu Won Bin ataupun tidak . Won Bin adalah kawannya dan begitu juga Hyun Mi . Dia yakin perasaan dia terhadap Hyun Mi hanyalah sekadar kawan baik . Kerana itulah dia bersetuju untuk membantu Won Bin . Dia tidak mahu mementingkan dirinya lagi . Hyun Mi bukan untuk dirinya sahaja . Sekiranya Hyun Mi juga menyukai Won Bin , bukankah ianya perkara yang baik . Jong Hoon sering bermonolog sejak akhir-akhir ini dan semua itu kerana Hyun Mi dan juga Won Bin .

********

Jong Hoon POV
Aku telah berjanji untuk membantu Won Bin . Mungkin kerana aku yakin dengan perasaanku . Ya ! Hyun Mi hanyalah kawan baik sahaja . Tidak lebih mahupun kurang . Sudah hampir dua minggu Won Bin menunggu aku untuk bertindak demi pihaknya . Aku bukan tahu benda-benda macam ni . Aku tak pernah alaminya pun sebelum ni . Yang mampu aku lakukan hanya menyuruh Won Bin bersabar .
Petang ini kami telah berjanji untuk keluar bersama . Aku , Won Bin , Hyun Mi , dan juga kawannya Sae Ra . Won Bin yang mengatur rancangan ini dan menyuruh aku untuk mengajak mereka . Aku mengajak Sae Ra sekali supaya Hyun Mi ataupun aku tidak mereasa janggal dengan keadaan nanti . Kami akan ke Taman Hiburan . Won Bin ingin meluahkan perasaannya petang ini . Sanggupkah aku melihatnya . Tidak lama lagi , Hyun Mi akan bersama Won Bin . Itupun kalau Hyun Mi menerimanya . Ahh , tengok saja reaksi dia ketika bersama Won Bin sebelum ini . Tak ubah seperti bertemu lelaki idaman . Sudah sudah sudah . Cukuplah memikirkan tentang mereka .
Aku mencapai telefon bimbitku yang terletak cantik di atas meja belajarku . Pantas jariku mendail nombor Won Bin .
"Yeoboseyo , Won Bin . Ni aku , Jong Hoon. "
Sapa Jong Hoon setelah panggilannya dijawab .
"Haa aku tahulah kau Jong Hoon . Hahaha . Macam mana petang ni ? Kau dah bagitahu diorang belum ?"
Won Bin bertanya .
"Sudah"
Jawabku pendek .
"Okay cantik ! Pukul lima nanti aku datang rumah kau ."
Won Bin membuat keputusan .
Aku biarkan sahaja semua berlaku mengikut rancangannya .
"Okay , jumpa nanti . Bye ."
Click
Perbualan kami tamat di situ .
********

Author POV
Hyun Mi membelek-belek almari pakaian untuk mencari baju yang sesuai untuk ke taman hiburan . Dia mengenakan blaus biasa dan juga seluar pendek separas lutut . Untuk mengenakan skirt , seperti tidak bersesuaian dengan keadaan . Siap berpakaian , Hyun Mi mengenakan sedikit make-up . Pelembab bibir dioleskan ke bibir supaya bibirnya tidak kelihatan kering . Bedak padat pula disapu ke serata wajah  . Hyun Mi menambah garisan mata dan memberus bulu matanya dengan maskara . Sae Ra telah menghubungi Hyun Mi tadi dan akan menunggunya di rumah . Rumah Sae Ra lebih dekat dengan taman hiburan tersebut , jadi mereka akan terus ke taman hiburan dari rumahnya dan menunggu Jong Hoon dan Won Bin di situ . Sae Ra adalah kawan sekelas Hyun Mi . Mereka sering ke sekolah bersama setiap hari . Hyun Mi sering berkongsi suka dukanya bersama Sae Ra . Dan begitu juga Sae Ra .

Hyun Mi POV
Aku melambai ke arah Sae Ra yang sedang duduk di hadapan rumahnya .
"Sae Ra ! Dah lama ke kau tunggu aku ?"
Tanyaku sejurus mendapatkan Sae Ra .
"Tak adalah . Aku baru je keluar ni . Wah , cantiklah kau hari ni . Nampak simple tapi cute ! "
Sae Ra memujiku .
"Yakah ? Terima kasih . Haha . Aku bersiap ala kadar je ni . Kau pun apa kurangnya . Comel juga ! Hee . "
Balasku .
Kami berjalan menuju ke taman hiburan dan meneruskan perbualan .
Sekadar berbual kosong .
Setiba di taman hiburan , Won Bin dan Jong Hoon sudah setia menanti di depan pintu masuk . Senyuman manis terukir di bibir Jong Hoon . Begitu juga Won Bin . Dia melambai kegirangan ke arah kami lalu berlari ke arah ku .
"Hyun Mi , saya dah lama tunggu awak . Tengok ni ! Jom kita masuk ."
Won Bin menunjukkan empat keping tiket yang berada di tangan kanannya lalu menarikku .
Tersenyum .
Muka Won Bin tidak ubah seperti kanak-kanak kegirangan yang mendapat gula-gula .
Merah .
Mukaku berubah merah sebaik sahaja Won Bin menggenggam erat tanganku . Aku hanya mengikuti langkah Won Bin . Sae Ra dan Jong Hoon turut mengikuti kami . Sudah lebih dua minggu aku berkenalan dengan Won Bin . Kami mula rapat sejak Jong Hoon membawanya ke rumahku . Kerana Jong Hoon jugalah hasratku untuk bertemu Won Bin tercapai . Tetapi kadang kala Jong Hoon kelihatan tidak senang dengan kemesraan kami . Mungkin dia tidak suka aku berkawan dengan Won Bin . Itu cuma andaianku . Mungkin dia fikir aku ingin merampas teman baiknya pula nanti .

Jong Hoon POV
Aku menjeling jam yang tersimpul rapi di tangan kiriku . Oh masih awal . Kami sampai di sini lebih awal daripada waktu yang dijanjikan . Ini semua gara-gara Won Bin yang tidak boleh bersabar . Takut terlambat katanya . Dia tidak ingin membiarkan Hyun Mi menunggu . Kerana itu jugalah aku berdiri seperti tunggul di sini selama hampir lima belas minit . Aku menoleh ke arah Won Bin yang tidak senang duduk . Dia mundar-mandir ke kiri dan kanan . Sekejap dia memandang jam tangannya . Sekejap dia melompat-lompat . Sekejap dia berlari-lari anak . Aku tidak pernah melihat perbuatan dia yang sebegitu rupa . Mungkin dia gementar .
"Eh diorang dah sampai !"
Suara Won Bin mengejutkanku .
Won Bin melambai-lambai ke arah Hyun Mi dan Sae Ra .
Mukanya penuh dengan wajah yang ceria .
Tersenyum .
Aku juga turut mengukir senyuman .
'Cantik'
Detik hatiku .
Hyun Mi mengenakan blaus moden berwarna merah hati dan berseluar pendek biru muda . Nampak ringkas tetapi femininnya tetap ada .
Won Bin berlari ke arah mereka . Aku hanya memerhatikannya dari tempat aku berdiri . Mereka berbual sebentar . Butirannya tidak jelas . Mungkin kerana jarak ataupun hingar-bingar di taman hiburan ini . Aku melihat Won Bin menayangkan empat keping tiket yang aku dapatkan di kaunter tadi kepada Hyun Mi . Dan tiba-tiba perbuatan Won Bin memeranjatkanku
Won Bin menggenggam tangan Hyun Mi dan menariknya ke dalam taman hiburan .
Jantungku seakan-akan berheti berdegup
Kosong
Anak mataku hanya tertumpu kepada mereka berdua
Kenapa hatiku sakit melihat mereka . Walaupun sekadar berpimpin tangan , aku seolah-olah tidak dapat menerima apa yang mereka lakukan . Ahh pedulikan sahaja . Hyun Mi bukan milikku seorang .

********

Author POV
Jong Hoon dan Won Bin setia menunggu kedatangan Hyun Mi dan Sae Ra dua puluh minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan mereka . Won Bin cukup gembira tetapi dia agak gementar kerana dia akan meluahkan perasaannya kepada Hyun Mi sebentar lagi . Dia telah membuat persediaan yang rapi . Dia akan meluahkan perasaannya di atas Roda Ferris nanti . Won Bin mahu segalanya berjalan lancar . Dia telah menyusun dari permulaan hingga pengakhiran . Permainan terakhir yang akan mereka naiki adalah Roda Ferris dan ketika itu , langit juga sudah menjadi gelap . Luahannya akan ditemani bintang-bintang malam .
Setelah puas bermain pelbagai jenis permainan yang disediakan di taman hiburan itu , mereka akan menaiki Roda Ferris pula sebagai permainan terakhir . Selepas itu mereka akan terus pulang ke rumah masing-masing . Won Bin memberikan isyarat kepada Jong Hoon ketika Hyun Mi melangkah masuk ke dalam Roda Ferris . Jong Hoon mengangguk dan terus menarik siku Sae Ra . Sae Ra yang tidak tahu-menahu terkejut lalu memandang ke arah Jong Hoon . Jong Hoon membisikkan sesuatu di telinga Sae Ra .
"Awak ikut je apa yang saya cakap . Saya cuma nak bantu Won Bin . "
Sae Ra mengangguk .

Won Bin POV
Dah tiba masa untuk aku meluahkan perasaan kepada Hyun Mi . Fuhh , aku cukup gementar . Sekarang Roda Ferris benar-benar dihadapanku . Hyun Mi melangkah masuk ke dalam Roda Ferris tersebut dan aku mengikutinya di belakang . Aku terus memberikan isyarat kepada Jong Hoon agar tidak menaikinya bersama kami . Dia hanya mengangguk tanda faham .
"Eh kenapa Jong Hoon dengan Sae Ra tak naik sekali ?"
Pertanyaan Hyun Mi secara tiba-tiba membuatkan aku kaget .
"Oh , Jong Hoon minta Sae Ra teman dia ke restoran makanan segera."
Aku mencari alasan .
"Lah , kenapa tak cakap awal-awal . Kita tak ikut sekali ke?"
Soalan lagi .
Apa pula hendak aku jawab kali ini .
"Dia kata tak nak kita terganggu sebab dia . Kebetulan Sae Ra pun lapar juga."
Alasan selamat .
"Kalau macam tu , kita berdua je lah ni?"
Aku hanya mengangguk sebagai jawapan .
Di atas Roda Ferris itu . Aku merasa gelisah dan kaku . Hyun Mi tidak bersuara . Apa yang harus aku mulakan . Aku memandang Hyun Mi yang sedang asyik melihat pemandangan malam . Dia menlukis sesuatu di langit dengan menggunakan jari telunjuknya . Aku tersenyum sendirian . Wajahnya tetap cantik walaupun hanya dalam cahaya malam .
"Cantik"
Perkataan tersebut keluar dari mulutku tanpa sedar.
"Apa?"
Hyun Mi menoleh ke arahku dan bertanya .
Dia tidak mendengar .
Nasib baik
Aku hanya menggeleng .
Dia membalas dengan senyuman .
Tiba-tiba Roda Ferris berheti ketika kami sedang berada di bahagian atas sekali .
'Masanya telah tiba'
Aku bermonolog sendirian .

Hyun Mi POV
Aku hanya berduaan dengan Won Bin sahaja ketika ini . Aku tidak sanggup untuk merenung mukanya . Takut jika mukaku akan kemerahan setelah memandang Won Bin . Pandanganku dicampak jauh ke langit .
Gelap .
Yang kelihatan hanyalah bintang .
Aku terkenangkan waktu ketika aku dan Jong Hoon bermain bersama ketika kecil dulu . Kami sering melihat bintang pada waktu malam . Aku dan Jong Hoon akan melukis-melukis di langit dengan menyambung dari satu bintang ke bintang yang lain . Aku tersenyum sendiri . Indahnya ketika zaman kanak-kanak . Aku mengangkat tangan kananku dan mula melukis di langit . Won Bin dibiarkan keseorangan .
"Cantik."
Suara Won Bin memberhentikan gerak tanganku .
Menoleh
Aku memandang ke arah Won Bin lalu bertanya ,
"Apa?"
Aku rasa aku mampu mendengar dengan jelas ketika itu . Adakah dia memujiku ? Ahh mukaku hampir kemerahan . Terasa seperti ingin ku larikan wajahku ke arah lain .
Won Bin hanya menggeleng .
Aku mengukirkan senyuman .
Ketawa dalam hati .
Mungkin aku yang tersalah dengar . Masakan Won Bin ingin memujiku secara tiba-tiba . Aku teruskan kembali 'aktiviti menikmati pemandangan' yang aku lakukan tadi .
Tiba-tiba Roda Ferris yang dinaiki kami berhenti ketika ia sedang berada benar-benar di puncak .
Panik
Lantas berdiri
Aku memusingkan badanku untuk memandang Won Bin .
Terkejut
Dia berada benar-benar dihadapanku .
Kaku
Diam
Aku benar-benar terkejut . Won Bin berada dua inci sahaja di hadapanku . Dia tidak bergerak . Begitu juga denganku . Jantungku berdegup laju . Mukaku hampir kemerahan . Aku ingin mengalihkan pandanganku kerana tidak selesa bertentang mata dengan Won Bin . Setelah hampir lima belas saat kami berada dalam keadaan sebegitu , aku cepat-cepat mengalihkan pandangan dan berpusing ke belakang .
"Hyun Mi !"
Won Bin memanggilku dan menarik tanganku lembut .
Kaku
Won Bin memusingkan badannya dan bertentang mata denganku .
"Hyun Mi , sebenarnya ....."
Perlahan
"sebenarnya .... saya dah ... lama suka .."
Masih perlahan
"lama suka .. kat awak ."
Won Bin meluahkan perasaan kepadaku .
Benarkah apa yang aku dengar ni ? Adakah aku tidak tersalah dengar . Won Bin telah lama menyimpan perasaan terhadapku . Benarkah ?
"Saya dah lama suka kat awak."
Won Bin mengulanginya lagi .
Dia merenung anak mataku .
Senyap
Aku tidak memberikan apa-apa reaksi .
"Saya suka awak sejak kali pertama melihat awak ."
Aku masih tidak memberikan apa-apa jawapan .
"Sudikah awak menjadi teman wanita saya?"
Kali ini Won Bin benar-benar meminta jawapan .
Apa yang harus aku berikan padanya ? Adakah aku mahu menjadi teman wanitanya ? Won Bin memang baik . Cukup baik untuk menjadi teman lelakiku . Aku juga sukakan Won Bin . Tapi adakah perasaan suka itu membolehkan dia menjadi teman lelakiku . Oh hati , bantulah aku yang sedang dalam kecelaruan ! Adakah hati aku memang untuk Won Bin . Ya , aku memang senang berkawan dengannya . Tapi adakah aku bersedia untuk bergelar teman wanita Won Bin ? Atau hanya sekadar kawan ? Ahh terlalu banyak persoalan . Aku memandang tepat ke dalam mata Won Bin . Terdapat keikhlasan di situ . Dia menantikan jawapan daripadaku .

-----------------------------------------------------------------------------------------
Apakah yang akan dijawab oleh Hyun Mi ? Adakah Won Bin akan tersenyum mendengar jawapan Hyun Mi ? Bagaimana pula dengan Jong Hoon yang sentiasa menemani Hyun Mi sejak dari zaman kanak-kanak ? Hyun Mi , Jong Hoon , dan Won Bin . Wujudkah percintaan diantara mereka ? Segalanya bakal terjawab di babak yang seterusnya .


//Tak sanggup nak buat Jong Hoon macam tuh ~ kesian dia .


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

nanajoe said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
;~~; nak baca part seterusnya . haha XDD

darla carolina said...

bace lha sayang oi ~

MissD said...

hai.. taman hiburan yang u state tu is LotteWorld..
and i think there's no ferris wheel in lotte world.. :D i.ve been there..
and, hey! i'm a kpoppers too!~ XD

visit my blog.. :D

http://missdsstorythemory.blogspot.com/

darla carolina said...

oh this is just a fiction. I ta mention lotte world pown . so no need to tell me about ferris wheel :)btw thanks for reading.