AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 5 | Hanya Kau Untukku

  




WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Hong Ki
Choi Min Hwan
Lee Jae Jin

Babak sebelum ini >Rahsia Hati<

Januari 2007
Hyun Mi POV
Won Bin memegang bahuku dan memimpinku berjalan . Jong Hoon hanya mengekori kami di belakang . Ada kegelisahan di wajah Jong Hoon . Aku masih tidak mampu bersuara . Won Bin ! Kehadirannya benar-benar mengejutkanku . Katanya tidak sihat . Mengapa dia berada di sini . Adakah Won Bin tahu apa yang terjadi sebenarnya . Ini semua salah Jong Hoon . Dalam hati , aku memarahi Jong Hoon kerana bertindak sesuka hatinya walaupun aku tidak tahu untu siapa lagu itu ditujukan . Perasaanku amat yakin dan hati ini sendiri mengiakan lagu tersebut adalah untukku . Tapi kenapa sekarang ? Kenapa di waktu ini . Aku memandang wajah Won Bin yang pucat kelesuan itu . Kasihan dia . Memimpin dan menghantarku pulang ke rumah meskipun dirinya sendiri tidak sihat . 
'Won Bin , telah banyak awak berkorban untuk saya'
Desis hatiku.
Dia meredupkan pandangannya dan tersenyum padaku . Lesung pipit tetap kelihatan disebalik wajah pucat itu . Entah mengapa kakiku terasa letih dan kaku sedari tadi sehinggakan berjalan perlu dipimpin . Jikalau tidak , tidak sanggup aku hendak membiarkan Won Bin yang pucat lesu itu mengatur langkahku . Jong Hoon mengiringi kami sehingga ke rumahku .
"Hyun Mi , awak nak saya teman awak buat seketika ke?"
Won Bin bertanya padaku .
Senyap
Pertanyaan Won Bin ku biarkan berlalu pergi .
Aku melihat Jong Hoon yang sedang menjengah dan menunjukkan begku yang berada di pegangannya . Won Bin menyambut beg tersebut . Lalu dia menghulurkannya padaku . 
"Jong Hoon , kau balik dululah . Aku nak teman Hyun Mi kejap . Lagipun aku ada hal nak cakap sikit dengan dia ni."
Pinta Won Bin pada Jong Hoon .
"Haaa . Uhmm . Okey , aku balik dululah kalau macam tu . Ada apa-apa nanti kau call je aku ."
Jong Hoon akur dengan permintaan tersebut .
Mataku disorotkan ke arah Jong Hoon untuk menghantarnya pergi .  Jong Hoon sempat melambai sesaat dua . Hari ini boleh dikatakan hari yang agak lama aku berada bersama Jong Hoon semenjak aku menjadi teman wanita Won Bin . Dan kerana hari ini jugalah aku berdepan dengan situasi begini .

Jong Hoon POV
Aku melangkah pergi dari rumah Hyun Mi . Won Bin mahu aku memberi mereka ruang untuk bersendirian . Hal apakah yang ingin dikatakan kepada Hyun Mi ? Tahukah dia tentang kejadian di sekolah tadi ? Aku yang bersalah sekiranya Won Bin terluka di atas perbuatanku itu . 
'Mungkin Won Bin tidak tahu .'
Aku bermonolog.
Hatiku yakin tentang itu . Mungkin Won Bin sampai ketika aku telah selesai membuat persembahan . Hal lain agaknya yang ingin dia katakan pada Hyun Mi .

Won Bin POV
"Hyun Mi , awak betul ke tak ada apa-apa? Saya tak pernah nampak awak macam ni."
Aku memulakan perbualan .
Hyun Mi memandang mukaku . Matanya merembeskan air mata secara tiba-tiba .
Panik
Apa yang aku lakukan ? Mengapa Hyun Mi tiba-tiba sahaja menangis ? Aku yang sedang duduk bersebelahannya sekadar tergamam . Aku mengeluarkan sehelai saputangan daripada kocek seluarku dan mengulurkannya pada Hyun Mi . Dia menyambutnya dan ...
Lantas Hyun Mi memelukku . 
Terkedu
Hyun Mi agak pelik pada hari ini . Dia memelukku dan menangis semahunya . Aku hanya membiarkannya sehingga tenang . Hyun Mi berkata sesuatu . Suaranya tersekat-sekat .
"Won ... Bin.... Awak... ma...afkan...saya...bo...leh?"
Dia meminta maaf daripadaku .
Aku memandang tepat ke dalam matanya . 
Tangan kananku diletakkan di pipi kirinya . Sebelah lagi tanganku memegang kedua-kedua tangan Hyun Mi yang berada di atas ribaannya .
"Hyun Mi , kenapa ni ? Awak cerita kat saya , apa yang jadi sebenarnya . Kenapa awak menangis dan apa sebenarnya semua ni ? Saya tak tahu apa-apa pun ni."
Aku meminta agar Hyun Mi menjelaskan sesuatu padaku .
Harapanku agar dia tidak menceritakan soal Jong Hoon . Aku takut untuk kehilangan Hyun Mi .
"Saya ..tak ta..hu...kenapa dengan...saya ha...ri ini..."
Suara Hyun Mi masih tersekat-sekat .
Aku memintanya agar bertenang dahulu . Sekiranya dia meneruskan perbualan dalam keadaan sebegitu , agak sukar untuk aku memahami butirannya . Aku ke dapur mengambil segelas air untuk Hyun Mi . Sesudah meminum air tersebut . Hyun Mi kelihatan agak tenang berbanding tadi . Setelah keadaannya tenang dan tiada lagi esakan , dia meneruskan percakapannya .
"Saya minta maaf ya Won Bin . Saya tak tahu kenapa dengan saya hari ini . Saya banyak susahkan awak . Awak terpaksa bersusah payah membawa saya pulang ke rumah sedangkan awak sendiri tidak sihat. Maafkan saya ya ."
Terang Hyun Mi .
Aku menarik nafas lega.
Fikirku dia ingin meminta maaf tentang hal Jong Hoon . 
"Won Bin..."
Sambungnya lagi .
Aku pantas meletakkan jari telunjukku di bibirnya supaya dia tidak meneruskan percakapan lagi . Bimbang pula untuk mendengar apa yang ingin dikatakan Hyun Mi . 
"Sudah , saya tak pernah rasa awak susahkan saya. Awak segala-galanya untuk saya . Ingat , saya sentiasa sayangkan awak."
Aku memotong percakapannya.
Hyun Mi mengangguk.
"Awak jangan tinggalkan saya ya Hyun Mi . Tak kira apa jadi , saya nak awak ada di sisi saya. Itu je yang saya inginkan."
Aku meluahkan harapanku padanya
Adakah permintaanku itu cukup tamak ? Aku hanya ingin dia berada di sisiku sahaja . Fikirku , perasaan Jong Hoon itu hanya sebelah pihak sahaja . Masakan Hyun Mi ingin bersamaku jikalau dia menyintai Jong Hoon . 

********
Februari 2007
Author POV
Hyun Mi duduk di kerusi yang berada di taman permainan sementara menunggu Won Bin dan juga Jong Hoon . Mereka telah berjanji untuk menonton wayang bersama petang ini . Oleh kerana jadual latihan Jong Hoon serta Won Bin sedikit padat akhir-akhir ini , janji tersebut terpaksa ditangguhkan ke malam hari . Hyun Mi sedia menanti kedatangan mereka . Orang ramai sibuk berpusu-pusu pulang ke rumah dari tempat kerja masing-masing . Hyun Mi sekadar menjadi pemerhati sahaja . 
Dalam kesesakan tersebut , Hyun Mi terlihat Jong Hoon dan Won Bin sedang berjalan ke arahnya . Kedua-dua mereka menggalas beg gitar berwarna hitam . Mereka berdua terus ke situ sejurus tamat latihan kerana bimbang Hyun Mi menanti lama . Hyun Mi bingkas bangun dan melambai ke arah mereka . Won Bin membalas lambaiannya . Hyun Mi melangkah laju ke hadapan dan tanpa disedarinya ....
"Hyun Mi !"
Jerit Won Bin

Jong Hoon POV
Aku melihat Hyun Mi sedang melambai-lambai . Wajahnya agak letih . Mungkin telah lama menunggu . Dia berlari ke arah kami tanpa melihat kiri dan kanan .
"Hyun Mi!"
Won Bin menjerit memanggil Hyun Mi.
Sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya .
Tetapi tindakanku lebih pantas berbanding Won Bin. Aku sempat berlari ke arah Hyun Mi dan mendakapnya sebelum kami berdua jatuh menyembah bumi . Malang tidak berbau , kepalaku terhantuk pada pembahagi jalan . Won Bin berlari mendapatkanku . Pandanganku menjadi malap . Aku sempat melihat wajah Won Bin dan juga Hyun Mi yang kerisauan . 
Segala-galanya menjadi gelap .

********
Apabila aku tersedar , aku sudah berada di atas katil hospital . Aku memandang Hyun Mi yang sedang lena di kerusi bersebelahan katilku . Hong Ki , Jae Jin dan juga Min Hwan turut berada di situ . Mereka sedang rancak berbual . Tiada bayang Won Bin kelihatan . 
"Hyung ! Hyung dah sedar dah . Fuhh lega !"
Ujar Min Hwan apabila menyedari aku sudah sedar.
"Min Hwan , Jae Jin , Hong Ki , dah lama ke aku terbaring kat katil ni?"
Aku bertanya kepada mereka.
Hong Ki bangun dan berjalan ke arahku . 
Dia menepuk bahuku .
Kuat
"Ahh sakitlah Hong Ki !"
Aku menolak jauh tangannya.
"Kau dah terbaring macam mayat hidup kat atas katil ni dua hari kau tahu tak."
Jawapan Hong Ki membuatkanku terlopong.
Sudah dua hari ? Kecederaanku tidaklah seserius mana . Tapi mengapa aku tidak sedarkan diri sehingga dua hari ? Aku kehairanan.
"Doktor cakap , hyung tu tertekan . Sedatif tu yang buat hyung tak sedar. Tu yang sampai dua hari tu."
Min Hwan memberi penjelasan tanpa dipinta.
"Oh , macam tu rupanya . Won Bin mana ?"
Aku bertanya.
Kepalaku masih berdenyut.
Sakit .
"Dia pergi ambil gitar hyung dekat kedai ."
Jawab Jae Jin .
"Kenapa dengan gitar tu?"
Aku bertanya lagi.
"Rosaklah . Dah hero kita ni selamatkan puteri raja tanpa pandang kiri kanan sampai gitar pun jadi mangsa keadaan."
Hong Ki mengusikku .
Jawapannya menyebabkan segenap ruang wad ini dipenuhi gelak tawa mereka .
Hyun Mi tersedar dari tidurnya .
Hong Ki dan yang lain berasa bersalah kerana membuatkan dia terjaga . Nampak jelas di muka bersalah mereka itu .
"Eh , awak dah lama ke sedar?"
Hyun Mi bertanya .
"Tak adalah . Baru je ni ."
Jawabku .
"Korang berdua berborak la dulu . Aku nak pergi inform doktor yang kau dah sedar . Jae Jin , Min Hwan , let's go !"
Hong Ki bergerak keluar dari wad bersama-sama dengan yang lain . Hanya aku dan Hyun Mi sahaja dibiarkan di situ .
"Dah lama awak tunggu saya?"
Aku bertanya.
"Tak adalah . Saya datang sekejap-sekejap je."
Dia tersenyum menjawab pertanyaanku .
Hyun Mi bangun menuju ke sinki lalu membasuh mukanya . Dia mengeluarkan tuala tangan daripada beg kertas lalu mengelap seluruh wajahnya . 
'Pasti dia bermalam di sini'
Desis hatiku.
Hyun Mi membuka tirai langsir untuk membiarkan cahaya memenuhi ruang wad ini . Lalu dia membuka tingkap tersebut dan menghirup udara pagi . Matanya dipejamkan . Aku hanya merenung perbuatannya itu . Rambutnya berterbangan mengikut arah angin menampakkan seluruh wajahnya . Hatiku terdetik untuk menghampirinya . Aku merapatkan diriku ke tingkap tersebut . Hyun Mi tidak menyedari perbuatanku . 

Author POV
Hyun Mi sedang asyik menikmati angin pagi . Dia memejamkan matanya seolah-olah sedang menggambarkan satu pemandangan yang indah . Jong Hoon menghampiri Hyun Mi tanpa disedari Hyun Mi sendiri . Jong Hoon hanya merenung wajah Hyun Mi itu . Dia memandang tepat ke arah bibir merekah delima Hyun Mi . Hatinya menginginkan dia mengucup bibir itu . Jong Hoon merapatkan wajahnya pada wajah Hyun Mi . Dia menjamah mesra bibir yang kemerahan itu . Hyun Mi terkejut dan membuka matanya . Jong Hoon benar-benar di depan matanya . Dia terdiam . Menolak tidak menerima pun tidak . Tanpa disedari Hyun Mi turut memejamkan kembali kedua-dua belah matanya .
Won Bin yang sedari tadi berada di muka pintu tergamam menyaksikan perbuatan Jong Hoon . Jong Hoon sudah melangkaui tahap yang lebih daripada andaiannya . Adakah dia perlu berdiam diri seperti mana dia menyembunyikannya tempoh hari . Won Bin hanya berdiri kaku memandang ke arah dua insan yang sedang berkucupan mesra . Yang pasti , hatinya sangat sakit melihat kejadian tersebut .
-------------------------------------------------------------------------------
Apakah yang akan dilakukan Won Bin ? Bagaimana pula dengan reaksi Hyun Mi ? Dari mana pula Jong Hoon peroleh keberanian untuk berbuat sedemikian ? Apa yang akan terjadi seterusnya ? Semuanya di dalam Cinta Dua Dunia babak akan datang .

//Jong Hoon -_____-" kau cium perempuan lain ~



Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

Wana said...

aaaaa~ suka ayat hongki xD sambunggg
~~

anishiya にズき said...

seterusnya ?

nanajoe said...

wohhh O.O unnie dah majuuuuuu ~

<-------- budak ni punya kiss scene pada chapter yang ke 38/39 *angguk* unnie chapter ke 5 *angguk*

darla carolina said...

@wanawoohyunie - aaaa~ ayat hongki yg mne tuh ? HAHA ><

@anishiya - nnt aq sambung lhaaa brahhh -___-"

@nana L.Joe - da nana nye cte dorang bru kenal . unnie nye dorg da lme knal . tuh jd cpt tuh :DD HAHA jonghoon tuh yg gatal na kiss -..-" lol ><

Zafyra Iskandar said...

"kau cium perempuan lain" HAHHA XD sambung cepat~

darla carolina said...

@zafyra - appa mu gatal :3 HAHA nnt omma sambung okayyy :)