AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 11 | Kehendak Hati


WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Park Min Ji
Lee Hong Ki
Choi Min Hwan 
Lee Jae Jin
Babak sebelum ini >Aku Merinduimu<

Setahun kemudian...
Disember 2008
Jong Hoon POV
Aku menggalas beg dan berjalan menuju ke ruangan menunggu di balai ketibaan Lapangan Terbang Incheon. Letih setelah lama berada di dalam kapal terbang. Wajah Hong Ki jelas tergambar keletihan. Mana tidaknya, konsert lagi, rakaman lagi, sesi fotografi lagi, temuramah pula lain cerita. Kerana keaktifannya itulah yang menyebabkan dia kelesuan. Won Bin, Min Hwan dan juga Jae Jin turut keletihan. Memang kami terlalu sibuk dalam setahun ni. Banyak masa dan tenaga kami dihabiskan di Jepun. Pengurus kami berjalan mendapatkanku setelah melihat kami berjalan menuju ke ruangan menunggu.
"Kereta dah sampai. Jom balik. Beg semua staff dah ambil. Aigoo, semua nampak letih. Kita pergi minum dulu nak?"
Dia memberikan idea.
"Idea yang bagus tu hyung."
Jawab Jae Jin.
"Yaaaaa! Tak reti penat ke? Aku dah nak mati dah ni. Kau boleh ada perasaan nak seronok pula ya Jae Jin."
Marah Hong Ki.
"Hyung aahhh."
Jae Jin mencebik.
"Tak apalah hyung. Hantar saya dengan Hong Ki balik dulu. Kalau yang lain nak pergi minum, pergilah. Saya pun dah letih sangat ni."
Aku memberikan idea.
"Saya nak pergi minum."
Ujar Min Hwan sambil mengangkat tangan kanannya.
"Okay, yang mana nak balik, kita hantar dulu. Lepas tu siapa yang nak pergi minum boleh ikut hyung."
Kata pengurus kami sebagai keputusan akhir.
Langkah perlahan diatur menuju ke kenderaan yang tersedia menunggu. Peminat berasak-asak ingin mendapatkan kami setelah melihat kami keluar dari balai ketibaan. Mujur ada beberapa orang staff yang menahan peminat daripada menyerbu kami. 

*******
Aku memandang ke luar tingkap. Sudah lama tidak menghirup udara malam Seoul. Salji tidak turun malam ini. Aku mengeluarkan telefon bimbit lalu memasangkan lagu "Can I Love You" yang dinyanyikan oleh Yurisangja. Walaupun lagu ini sudah lama, tapi ianya sangat bermakna bagi diriku. Kami telah dibenarkan untuk mengguna telefon bimbit sejak tiga bulan yang lalu. Aku meletakkan telefon bimbit itu di atas meja dan membiarkan sahaja lagu itu dimainkan. 
"Woi, kau tengok apa tu?"
Tanya Won Bin secara tiba-tiba.
Terkejut aku dibuatnya.
Entah bila dia berada di dalam bilik ini pun aku tak tahu. Dia berjalan ke arahku lalu melontar setin bir. Aku menyambut pantas. Dapat. Lantas aku buka dan menghirup minuman tersebut.
"Ahhhh. Lega. Aku rindu Seoul la. Esok jom keluar jalan-jalan."
Aku memberikan idea.
"Esok? Tak nak la. Aku nak rehat. Aku penat gila."
Jawab Won Bin.
"Alaaaaah kau ni. Penat apa entah. Chill la. Jalan sini-sini je. Ambil angin baru. Hahaa."
Kataku.
"Hahahaaa angin baru kepala kau. Apa yang barunya?"
Won Bin bertanya.
Kedua-dua belah keningnya diangkat-angkat sementara menunggu jawapan dariku.
"Entah. Elehh sekali-sekala je pun. Minggu depan dah busy. Nanti lagi tak ada masa nak jalan-jalan."
Aku memujuk Won Bin.
"Yalah yalah. Esok kita jalan-jalan. Aku ikut je kau nak pergi mana."
Akhirnya Won Bin akur.
"Macam tulah kawan aku."
Aku menepuk-nepuk bahunya.
Kemudian aku melangkah menuju ke meja tulis lalu membuka laci untuk mengeluarkan buku nota yang sering aku gunakan sedari dulu. Aku akan menggubah lagu sekiranya ada masa terluang. Lampu meja dinyalakan. Aku duduk dan mencapai gitar elektrik yang disandarkan pada dinding. Buku nota diselak perlahan. Mataku tertumpu pada satu nota lagu Confession. Teringat pula saat ketika aku sedang menggubah lirik lagu tersebut.
"Awak tulis apa tu Jong Hoon?"
Tanya Hyun Mi yang datang dari arah belakang.
Cepat-cepat aku menutup buku nota tersebut.
"Tak ada buat apa-apa. Mana ada."
Bohongku.
"Eleh tipu. Bak sini nak tengok."
Pinta Hyun Mi.
"Mana boleh tengok barang orang."
Aku menyembunyikan buku tersebut dibelakangku.
Hyun Mi berkeras untuk melihat isi kandungan buku itu. Aku bangun lalu berlari mengelilingi meja di pondok bacaan itu. Hyun Mi mengejarku semahu mungkin. Aku tertawa dengan sifat ingin tahu Hyun Mi itu. 
"Haahhhh. Penat penat. Dah la malas dah nak tahu apa yang awak tulis."
Akhirnya Hyun Mi berputus asa.
"Nanti sampai masanya saya bagitahu awak okay."
Pujukku sambil menggosok kepalanya.
Aku tersenyum mengingatkan kembali waktu dulu. Sewaktu aku sering bersama Hyun Mi. Kalaulah dia tahu betapa aku merindui saat-saat itu. Alangkah bahagianya kalau semuanya seperti dulu. Ya, seperti waktu hanya ada aku dan Hyun Mi. Tapi ianya sekadar 'kalau' dan tidak mungkin akan terjadi. Senyuman yang terukir sedari tadi hilang tiba-tiba.

********
Aku mengenakan cermin mata berbingkai bulat dan bersaiz besar supaya orang lain tidak mengecam wajahku. Won Bin pula mengenakan topi untuk menutup sedikit mukanya. Dari segi pakaian pula, kami sekadar memakai baju yang kelihatan biasa dan tidak menarik perhatian. Bimbang juga jika diserbu peminat nanti.
"Kau dah siap ke?"
Tanya Won Bin.
Aku mengangguk.
"Jom."
Kataku sebelum melangkah keluar daripada bilik.
Jae Jin tiba-tiba muncul di muka pintu.
"Eh hyung. Nak pergi mana ni? Won Bin hyung pun sama. Dua-dua pakai macam ni mesti nak keluar punya ni."
Ujar Jae Jin.
"Yaaahh hyung! Nak ikut boleh? Bosanlah duduk main game je dari semalam."
Tanya Min Hwan yang sedang tekun melayan permainan PlayStation 2.
Hong Ki turut bermain bersamanya.
"Ah Min Hwan! Kau duduk sini je teman aku main game!"
Pinta Hong Ki.
"Err kitorang nak pergi jalan kejap. Kau tak payah sibuk nak ikut. Makin ramai makin senang pula nanti orang nak cam."
Jawabku.
"Betul tu. Korang duduk rumah je."
Won Bin mengiakan jawapanku.
"Jom pergi."
Tambah Won Bin lalu menolak bahuku sehingga ke pintu apartmen kediaman kami. 
Kami membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Sekiranya hendak ke mana-mana, kami akan mengambil teksi kemudian. 

Won Bin POV
Sedari tadi aku berasa seolah-olah ada mata yang memerhatikan gerak-geri kami. Aku dan Jong Hoon melangkah masuk ke sebuah kedai yang menjual peralatan sukan. Kami memilih beberapa peralatan yang diingini. Sesudah habis membeli, Jong Hoon beredar seketika untuk ke tandas. Aku hanya menunggunya di kerusi yang tersedia di setiap level pasaraya ini. Tiba-tiba seorang insan yang telah lama tidak aku temui muncul di depan mata. Dia melambai sambil menguntumkan senyuman.
Hyun Mi.
Jang Hyun Mi!
Dia berada di depan mataku ketika ini.
"Won Bin? Ingat saya lagi tak?"
Dia bertanya padaku. 
Serta-merta aku berdiri. Mataku tidak berkelip memandangnya. 
"Hyun Mi, awak ke ni? Lama tak jumpa awak. Rindunya saya."
Tanpa berlengah aku terus memeluknya.
"Ya, sayalah ni. Saya pun rindu awak Won Bin."
Pelukan itu dileraikan. Mukanya tidak lekang dengan senyuman. 
"Nanti Krismas ni jangan lupa datang rumah saya ya."
Sambungnya lagi.
Dia mengambil telefon bimbitku yang digenggam sedari tadi.
"Nah, saya dah save nombor saya. Nanti apa-apa call la ya."
Angguk.
Aku sekadar mengangguk dan tidak berkata apa. Hanya memerhati perlakuannya. 
"Hyun Mi! Cepat!"
Suara seorang perempuan dari sebuah kedai yang jaraknya berselang sebanyak empat buah kedai dari tempat aku berdiri lantang kedengaran.
"Kejap!"
Jerit Hyun Mi kepadanya.
"Saya pergi dulu. Harap boleh jumpa awak lagi lepas ni. Bye."
Sambung Hyun Mi sebelum melangkah pergi ke arah kawannya.
"Nanti saya call awak!"
Jeritku.
Hyun Mi menoleh dan menunduk lalu mempercepatkan lagi langkahnya.

Hyun Mi POV
Min Ji mengajak aku menemaninya membeli-belah hari ini. Ikutkan hati memang aku malas untuk menemaninya, tapi kebetulan pula aku ingin membeli sesuatu maka aku akur dengan permintaannya. Tak sangka pula boleh bertemu dengan Won Bin. Mereka berpakaian sedikit aneh untuk menyembunyikan identiti mereka. Pasti mereka fikir dengan memakai seperti itu, peminat tidak dapat mengenali mereka. Tetapi mereka lebih kelihatan pelik daripada orang biasa. Aku menggeleng sendiri. 
"Kau kenapa tersengih ni?"
Tanya Min Ji.
"Haa? Tak ada apalah."
Jawabku.
"Eh tadi tu siapa? Yang pakai topi dengan sweater tu? Pelik je aku tengok. Dengan seluar pendek, snickers, cap, lepas tu pakai sweater lagi. Sumpah memang pelik."
Pertanyaan Hyun Mi hampir membuatkanku tergelak.
"Tu kawan lama aku dulu. Satu sekolah. Dia memang pelik. Musim sejuk macam ni pakai seluar pendek. Aneh kan. Kawan aku memang aneh-aneh. Macam kau juga."
Aku menjawab sambil mentertawakannya.
Min Ji membulatkan anak matanya. Spontan tawaku terburai lagi.
Sebenarnya aku ingin berjumpa dengan Jong Hoon. Tapi entah mengapa aku seakan-akan tidak mampu melangkah untuk berhadapan dengannya. Apa yang perlu aku katakan padanya? Pasti semuanya akan kelihatan janggal. Kerana itulah aku mengambil peluang menegur Won Bin ketika dia bersendirian.

Won Bin POV
Barang yang dibeli tadi aku letakkan di tepi katil. Telefon bimbit di tangan ku renung lama. 
'Patut ke aku beritahu Jong Hoon'
Aku bertanya sendiri.
Jong Hoon duduk berhadapan meja tulisnya. Dia mengeluarkan sebuah buku nota yang sering digunakan untuk mengubah lagu. Gitar elektrik berwarna merah dicapai. Aku memerhatikannya. Dia menconteng-conteng pada buku tersebut.
"Gubah lagu ke?"
Spontan pertanyaanku keluar.
"Hurm, macam biasalah."
Jawabnya pendek.
"Jong Hoon..."
Aku memanggilnya.
"Apa?"
Dia memandangku.
"Kau tak nak jumpa Hyun Mi ke?"
Soalanku itu membuatkan perbuatannya terhenti.
Matanya dilarikan ke atas meja. Memandang penyepit rambut yang baru diletakkan tadi. 
Sepi.
Pertanyaanku tidak dijawab.
"Aku salah cakap ke?"
Tanyaku serba-salah.
Dia menggeleng.
"Tak adalah. Entah apa Hyun Mi dah lupakan aku."
Jawab Jong Hoon.
Nadanya amat menyedihkan. Dia meletakkan kembali gitarnya lalu mengambil penyepit rambut itu sebelum menuju ke katil. Langkahnya perlahan. Aku menghantarnya ke katil lewat mataku. Pasti dia sedih. Perlukah aku memberitahunya. Ke aku patut berdiam diri? Apa yang aku patut lakukan. 
"Kalau dia nak jumpa aku, mesti dia dah lama cari aku."
Kata Jong Hoon tiba-tiba.
Kaget aku mendengarnya.
"Kenapa kau cakap macam tu pula?"
Soalku ingin tahu.
"Yalah, dia tahu aku kat mana. Aku mana tahu dia kat mana. Kalau betul dia ingat aku, dia nak jumpa aku, mesti dia cari aku. Ni dia ermm entah la."
Jawab Jong Hoon hampa.
"Kau tak boleh cakap macam tu. Kita tak tahu hal sebenar. Mana tahu kalau...."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Jong Hoon telah memotong dahulu.
"Tak apalah Won Bin. Aku dengan dia cuma kenangan je. Aku tahu semua tu. Tak apalah."
Jong Hoon menarik selimut dan menutupi seluruh badannya sehingga ke kepala.
Hati kau sangat keras Jong Hoon. Kalau kau rindu, cakap saja rindu. Jika kau ingin bertemu dengannya, cakap saja yang kau memang ingin bertemu dengan Hyun Mi. Jawapan Jong Hoon menyebabkan aku hilang keinginan untuk memberitahunya tentang Hyun Mi. Biarlah, lepas sehari dua mungkin aku akan memberitahunya. 
Aku menuju ke meja tulis untuk menutup lampu meja itu. Segalanya aku rapikan dahulu. Buku nota Jong Hoon itu aku tutup dan masukkan ke dalam laci meja. Tercicir sekeping gambar yang diselitkan dalam buku tersebut. Aku tunduk untuk mengutipnya. Kelihatan dua orang remaja tersenyum gembira dalam foto tersebut. Mereka bahagia seakan-akan insan bercinta. Aku berkata di dalam hati. Aku selitkan kembali gambar itu lalu memasukkannya ke dalam laci meja. Jelas sekali dia merindui Hyun Mi. Tapi mengapa dia hanya menyembunyikan segala perasaanya itu. 

------------------------------------------------------------------------------------
Adakah Won Bin akan memberitahu Jong Hoon mengenai Hyun Mi? Bagaimana pula dengan Hyun Mi? Bersediakah dia untuk bertemu dengan Jong Hoon? Semuanya di babak akan datang.

//Tak larat nak buat panjang-panjang.

Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

anishiya にズき said...

huh ! sambung sambung cepat . ( aku dah jarang bukak blog skrg . busy sikit ade project heheh :D )

darla carolina said...

@anishiya - kaw da jrang bukak blog tpi soh aq sambung cepat -.- neyh pown tah da bpe part aq updet , kaw bru na bce . sheep -..-