AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 12 | Keputusan Nekad

WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Babak sebelum ini >Kehendak Hati<

Disember 2008
Hyun Mi POV
Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja berdering. Aku memandang skrin, terpampang nama Won Bin di situ. Lantas aku memicit butang untuk menjawab panggilan dan melekapkan telefon ke telingaku.
"Yeoboseyo, Hyun Mi ahh."
Suara Won Bin kedengaran di hujung talian.
"Yeoboseyo, ya Won Bin. Ada apa?"
Tanyaku.
"Tak ada apa, saya saja je call awak. Busy ke?"
Won Bin bertanya.
"Tak pun. Just preparing for Christmas night only. Awak buat apa je?"
Aku bertanya kembali.
"Oh malam ni, malam Krismas. Saya duduk lepas tu teringat kat awak. Hehehe."
Usik Won Bin.
Entah dia bergurau ataupun serius aku tak tahu.
"Eleh, teringat kat saya konon. Eh awak kat mana? Malam ni tak sambut Krismas dengan family ke?"
Tanyaku.
"Saya kat rumah family saya la ni. Err awak, saya nak minta sesuatu dari awak boleh?"
Ujar Won Bin.
"Minta sesuatu? Erkkk apa dia? Tengok la kalau saya boleh tunaikan."
Jawabku.
"Saya nak awak keluar dengan saya esok. Itu pun kalau awak nak. Saya tak paksa."
Pinta Won Bin.
"Esok? Boleh boleh. Saya pun ada benda nak bagitahu awak."
Aku bersetuju dengan permintaannya.
Kami berbual untuk seketika sebelum menamatkan panggilan.

********

Won Bin POV
Aku melambai setelah melihat kelibat Hyun Mi yang mencari seseorang. Mungkin dia tidak mengecamku kerana pakaian yang aku kenakan hampir menutup seluruh tubuhku. Snowcap di kepala, cermin mata hitam, penutup mulut, scarf yang dilingkarkan pada tengkukku, segala-galanya hanya untuk melarikan diri dari dikejar wartawan. Hyun Mi membalas lambaianku lalu berjalan ke arahku.
"Won Bin ke ni? Kenapa dah macam hantu bungkus dah ni? Hahaha."
Dia tertawa kecil melihat penampilanku.
"Err saya takut terserempak dengan wartawan la Hyun Mi."
Balasku.
Aku mengajak Hyun Mi ke suatu tempat. Kami berjalan seiringan menuju ke kereta yang aku bawa. Aku sempat meminjam kereta emakku tadi pagi. Nasib baik moodnya baik untuk meminjamkannya padaku. Hyun Mi mengikuti langkahku sehingga ke kereta. Aku menghidupkan enjin kereta. Membiarkannya untuk seketika sebelum memulakan perjalanan.
"Kita nak pergi mana ni Won Bin?"
Hyun Mi bertanya padaku.
"Adalah, rahsia. Nanti dah sampai awak tahu la."
Aku cuba berahsia dengannya.
"Alaaahhh, tu pun nak rahsia. Nanti saya tahu juga kan. Sama je kalau awak bagitahu sekarang."
Dia memujukku.
"Tak boleh. Rahsia rahsia rahsia. Kalau saya bagitahu nanti tak surprise la."
Aku tertawa dihujung kata.
Hyun Mi memandangku dengan wajah kecewanya.
"Tak nak bagitahu sudah. Surprise la sangat kononnya."
Merajuknya dipanjangkan.
Sudah lama aku tak melihat wajahnya yang sebegitu.
Aku memandu kereta tersebut menghala ke Youngdeungpo-Gu di mana terletaknya studio rakaman dan tempat kami berlatih muzik. Hyun Mi memandang ke luar tingkap. Salji yang gugur dari atas langit diperhatikan. 
"Won Bin, awak nak tahu satu cerita tak?"
Hyun Mi bertanya padaku tetapi matanya masih memerhati pemandangan di luar tingkap.
"Cerita apa?"
Tanyaku.
Pandanganku pula hanya tertumpu pada jalan yang sedang dilewati.
"Cerita orang salji. Awak tahu tak kalau kita buat orang salji dengan penuh kasih sayang, nanti orang salji tu boleh jadi orang betul?"
Hyun Mi mahu bercerita kisah dongengkah?
"Maksud awak? Orang yang kita buat tu ke?"
Tanyaku kehairanan.
"Yupp, orang yang kita buat guna salji tu la. Kalau kita tengah kesunyian, kita berhajat la supaya ada orang temankan kita. Lepas tu, kita buat orang salji tu dengan penuh keikhlasan dan harapan supaya dia temankan kita semasa Hari Krismas."
Jelas Hyun Mi.
"Betul ke? Siapa cerita kat awak? Hahaha"
Aku bertanya.
Tergelak mendengar cerita Hyun Mi. Tak sangka dia mempercayai cerita seperti itu.
"Tak betul pun. Tahun lepas saya buat orang salji tapi tak jadi orang betul pun."
Nadanya sedih.
"Awak buat? Kenapa awak buat orang salji tu? Memang awak nak dia jadi orang betul ke?"
Aku semakin kehairanan.
"Saya tahu orang betul memang tak mungkin muncul. Tapi tak salah kalau saya cuba kan. Mana tahu tiba-tiba betul ada orang muncul dari orang salji tu."
Ujar Hyun Mi.
Tergelak besar aku mendengar pengakuannya. Siapalah yang memberitahunya cerita itu. Sangat menggelikan hatiku.
"Okay okay, tak salah pun nak cuba. Tapi kenapa awak buat orang salji tu? Maksud saya, awak rasa sunyi ke?"
Tanyaku lagi.
"Ahh awak abaikan jelah cerita tu. Menyesal saya bagitahu awak. Ada ke patut ketawakan saya pula. Hissshh awak ni Won Bin. Geram saya tahu!"
Dia merajuk lagi.
Bibirnya dimuncungkan. Aku menjeling sebentar padanya. Gaya rambutnya itu menampakkan seluruh wajahnya. Tidak pernah aku melihatnya mengikat rambut seperti itu. Dia kelihatan seperti kanak-kanak, ditambah dengan wajah muncungnya yang sedang merajuk itu. Aku benar-benar merindukannya. Tapi wajah Jong Hoon serta-merta muncul dalam ingatanku. Aku tidak boleh merebut Hyun Mi sekali lagi daripadanya. Ya, aku tidak boleh! 

Hyun Mi POV
Pandangan ku biarkan sahaja ke luar tingkap. Won Bin mentertawakanku kerana menantikan orang betul muncul dari orang salji rekaanku. Huhh, menyesal pula aku cerita padanya. Ingatanku dilontarkan pada Jong Hoon.
"Hyun Mi, awak tahu tak kalau kita buat orang salji ni dengan penuh kasih sayang dia boleh jadi orang betul tahu."
Kata Jong Hoon sambil mengepal-ngepal salji menggunakan tangannya.
Dia menambah salji tersebut pada orang salji di hadapannya. Aku turut melakukan perkara yang sama.
"Boleh ke orang salji ni jadi orang betul?"
Aku tidak percaya dengan kata-katanya.
Jong Hoon mengutip ranting kayu yang diletakkan di atas longgokan salji lalu mematahkannya. Dia menjadikan ranting tersebut sebagai tangan orang salji itu. 
"Betullah. Takkan saya nak tipu awak pula. Tak percaya saya ke?"
Wajah lelaki berusia lima belas tahun itu aku tenung.
"Huhh siapa nak percaya! Ni orang salji. Buat pun dari salji. Mana boleh jadi orang betul."
Aku berkata padanya lalu melemparkan kepalan salji padanya.
Jong Hoon tidak sempat mengelak. Kepalan salji tadi tepat disasarkan pada mukanya. Dia membersihkan mukanya.
"Hoi! Apa ni main baling-baling!"
Jerit Jong Hoon. 
Dia turut melemparkan kepalan salji padaku. Dengan pantas aku berlari. Laju dia mengejarku. Aku mengutip salji lalu mengepalnya sebelum melontarkan ke arah Jong Hoon. Tersasar. Aku berlari mengelilingi taman permainan tersebut. Jong Hoon tidak berhenti melontarkan kepalan salji padaku. Aku berlari semahunya untuk mengelak daripada lontaran tersebut. Puas satu taman permainan itu aku pusing. Sambil berlari sambil menoleh pada Jong Hoon.
Bamm.
Aku terlanggar orang salji yang telah dibina tadi.
Habis musnah tidak meninggalkan rupa. Jong Hoon turut memberhentikan lariannya.
"Hyun Mi! Apa awak ni! Habis orang salji saya! Penat tahu tak buat tu!"
Jong Hoon memarahiku.
"Eh bukan orang salji awak je! Saya buat sekali tahu tak!"
Aku turut memarahinya.
"Habis sekarang macam mana orang betul nak muncul? Awak ni lah kan! Eeeeee."
Dia masih menyalahkanku.
"Eh awak yang kejar saya. Awaklah yang salah. Alaaah bukan ada pun orang betul nak muncul."
Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku.
Jong Hoon membuat satu kepalan besar menggunakan salji lalu melontarkannya padaku.
Lontarannya laju dan tepat pada dahiku.
"Hey sakitlah!"
Jeritku.
"Yeahh dapat pun! Hhahahahaha."
Dia tergelak besar lalu berlari setelah melihat aku mahu mengejarnya.
"Hyun Mi, kita dah sampailah."
Suara Won Bin membuatku kembali ke alam nyata. 
Wajah Jong Hoon juga hilang serta merta. Aku menoleh pada Won Bin yang sedang menanggalkan tali pinggang keselamatannya. Aku turut menanggalkan tali pinggang keselamatan yang melilit tubuhku supaya melekat pada tempat duduk penumpang itu. Won Bin melangkah keluar lalu membukakan pintu untukku. Tangannya dihulurkan lalu aku menyambutnya. 
"Jom ikut saya."
Kata Won Bin lalu menyuruhku mengikutinya.
Mata diperhatikan pada sekeliling kawasan tersebut. Sudah lama aku tidak ke sini. Kakiku menuruni anak tangga melintasi taman permainan yang dipenuhi salji. Won Bin melangkah masuk ke dalam gelanggang bola keranjang yang pernah menjadi kenangan kami suatu ketika dahulu.
"Awak ingat lagi tak tempat ni?"
Tanya Won Bin lalu mendepakan tangannya.
Aku memandang sekeliling gelanggang tersebut. Sunyi. Tiada seorang pun di situ pada Hari Krismas seperti ini. Yang ada hanyalah sebiji bola dan juga kami berdua. Salji masih turun tetapi tidak terlalu lebat. Kaki ku hampir ditenggelami salji. Aku melangkah ke arah Won Bin. 
"Mestilah ingat. Tapi kenapa awak bawa saya ke sini?"
Tanyaku padanya.
Langkahku diperlahankan apabila melihat Won Bin mengundur setapak demi setapak. 
"Won Bin, apa awak nak buat tu? Haish nak pergi mana?"
Tanyaku lagi.
Won Bin masih tidak menjawab. Langkahnya diundurkan lagi semakin menjauh daripadaku. Aku melangkah semula untuk mendekatinya.
"Berhenti. Awak tunggu kat situ. Jangan datang sini."
Jerit Won Bin.
Aku bingung dengan perbuatannya. Apa yang hendak dilakukan Won Bin?

Jong Hoon POV
Hari Krismas yang bosan tahun ini diluangkan di studio sahaja. Ibubapaku bercuti di London. Mereka menyangkakan aku tidak akan pulang ke Korea untuk menyambut Krismas bersama. Inilah nasibku menjadi anak tunggal. Keyboard di hadapanku ditekan-tekan. Aku menconteng pada kertas yang berisi not muzik. Menggubah lagu seperti biasa pada masa lapang. Hong Ki, Won Bin , Jae Jin dan juga Min Hwan pulang ke rumah masing-masing untuk menyambut Krismas bersama keluarga mereka. Aku pula pulang ke sini semula setelah melihat rumahku kosong tanpa penghuni. 
Sumpah memang aku bosan menghadap benda tak bernyawa sepanjang hari. Not muzik yang berselerakan di atas meja disusun rapi lalu aku masukkan ke dalam fail. Jikalau tahun-tahun yang lalu, aku pasti akan bersama Hyun Mi pada hari Krismas. Tapi sekarang tidak lagi. Hanya penyepit rambutnya sahaja yang mampu menemaniku. Hendak ke rumahnya, aku langsung tidak mengetahui alamat Hyun Mi. Langkah diatur menuju ke pantry. Peti ais dibuka. Hampa. Kosong sahaja. Perutku yang berkeroncong dipegang. Peti ais ditutup kembali. Aku bercadang untuk mendapatkan makanan daripada kedai serbaneka berdekatan sahaja.
Aku melewati gelanggang bola keranjang untuk menuju ke kedai serbaneka. Mataku menangkap kelibat Won Bin yang sedang mengundurkan dirinya di tengah gelanggang tersebut. Belum sempat aku menjerit padanya, mataku menangkap satu lagi susuk tubuh yang berada dekat dengan pintu gelanggang tersebut.
"Won Bin dengan perempuan? Siapa perempuan tu?"
Tanyaku pada diri sendiri.
Aku melihat susuk perempuan tersebut. Hanya dapat melihat dari pandangan belakang sahaja. Won Bin berhenti di penghujung gelanggang sebelah lagi. Aku kehairanan melihatnya. Apa yang Won Bin buat tu? Kenapa mereka berada pada jarak yang jauh? Teman wanita Won Bin ke tu? Banyak pula persoalan yang timbul di benak fikiranku.
"Hyun Mi, saya rindukan awak."
Jerit Won Bin tiba-tiba.
Mataku dibuntangkan ke arah permpuan tersebut.
Hyun Mi?
Jang Hyun Mi?
Benarkah apa yang aku dengar? Hyun Mi ? Tapi kenapa Won Bin? Erghh tak sangka Won Bin merahsiakan sesuatu daripadaku. Dengan cepat aku beredar menuju ke kedai serbaneka.
"Selamat datang."
Pekerja kedai tersebut mengucap selamat padaku. Aku turut menunduk sedikit membalas ucapannya. Langkah dilajukan menuju ke peti ais yang penuh berisi pelbagai jenis minuman. Dua tin soda dicapai lalu aku berlalu ke tempat duduk yang disediakan di dalam kedai tersebut.

Won Bin POV
"Hyun Mi, saya rindukan awak!"
Jeritku.
Hyun Mi memandangku tanpa kata. Dia hanya senyap melihat tindakanku. Seperti tidak percaya apa yang didengarinya.
"Hyun Mi, saya rindukan awak!"
Jeritku sekali lagi.
Dia memandang padaku. Masih tanpa kata. Aku mengutip bola yang berada tidak jauh dariku lalu melantunnya sambil menuju ke arah Hyun Mi. 
"Saya rindukan awak, tapi saya tahu awak mesti tak rindukan saya. Hyun Mi, saya tak berniat pun nak menakluki hati awak."
Terangku sambil melantunkan bola tersebut. 
Langkahku perlahan menuju tempat Hyun Mi berdiri. 
"Saya tahu, awak mesti sentiasa memikirkan Jong Hoon bukan. Ya, dia pun rindukan awak. Tapi saya pentingkan diri. Saya tak bagitahu dia pun yang saya ada jumpa awak. Jahat ke saya ni?"
Kini aku benar-benar dihadapan Hyun Mi. 
Bola yang dilantun tadi berada dalam peganganku.
"Err maksud awak?"
Hyun Mi tidak mengerti apa yang aku katakan.
"Maksud saya, saya sentiasa merindui awak selama ni. Awak nampak tak sejauh mana saya berusaha untuk menghilangkan rasa rindu tu tadi? Tapi saya tetap rindukan awak tak kira awak jauh ataupun dekat."
Terangku.
"Saya... errr... still can't understand it."
Wajah Hyun Mi kelihatan bingung.
"Erkk awak tak faham ke? Haisshh penat je saya berdrama tadi. Kiranya saya ni sentiasa rindukan awak walau sejauh manapun awak berada. Macam tu, faham?"
Jelasku ringkas.
"Ooohhhh. Cakap jelah macam tu. Kenapa mesti nak susah-susah bagi ayat."
Dia mengangguk-angguk mengerti dengan penjelasanku.
"Tapi selain saya ada yang lebih merindukan awak."
Tambahku lagi.
Wajahnya berubah. Dahinya berkerut setelah mendengar ayat terakhirku itu.
"Awak ni peliklah. Cuba cakap terus terang je."
Pinta Hyun Mi.
"Nah awak ambil ni, lepas tu try shoot dalam gol tu, kalau masuk baru saya bagitahu."
Arahku sambil menghulurkan bola pada Hyun Mi.
Dia pantas mengambil bola tersebut lalu berlari untuk menjaringkan gol. Cubaannya berjaya. Sungguh tidak diduga kemahirannya sudah meningkat.
"Whoaa hebat. Tak sangka awak makin hebat. Hahahaa."
Aku memujinya.
"Dah cepat bagitahu. Tak payah nak banyak permintaan sangat la kan awak ni."
Hyun Mi membuatku tergelak dengan ayatnya.
"Okay okay, saya bagitahu. Jom duduk sana dulu."
Aku berjalan seiring dengannya menuju bangku yang tersedia di situ.
"Sebenarnya Jong Hoon sentiasa mengingati awak selama ni. Saya tak tahu saya patut ke tidak cerita ni kat awak tapi saya rasa bersalah kalau berdiam diri. Sepit tu, ingat tak penyepit rambut yang awak ada bagi kat dia. Eh, haaa yang macam kat rambut awak tu. Tapi yang ni warna biru, yang tu warna merah kan. Dia tu hari-hari tenung sepit tu. Dah macam apa dah saya tengok. Saya tak tahan la tengok dia macam tu. Hari tu saya tanya dia pasal awak, dia cakap dia dah putus asa dengan awak, mungkin awak dah ada orang lain. Ahh saya tak fahamlah. Yang saya ada jumpa awak hari tu pun saya senyapkan je lepas dengar dia cakap macam tu. Ermm Saya tak fahamlah dengan korang berdua ni sebenarnya. Awak pun satu, kenapa tak jumpa Jong Hoon? Awak tahu kan dia kat mana? Jong Hoon tu bukan tahu pun mana nak cari awak. Entahlah Hyun Mi. Saya macam tak nak masuk campur. Tapi Jong Hoon tu kawan baik saya. Awak pula orang yang penting dalam hidup saya. Kalau saya senyap je, saya rasa tak sedap hati."
Jelasku panjang lebar.
Wajah Hyun Mi tenang sahaja mendengarnya.
"Won Bin, saya tak nak awak bagitahu Jong Hoon pasal pertemuan kita. Boleh?"
Dia meminta padaku.
"Huhh? Kenapa pula?"
Tanyaku kehairanan.
Permintaannya itu amat memelikkan.
"Sebab saya akan melanjutkan pelajaran ke Italy tidak lama lagi. Saya takut jika saya jumpa dia, mungkin saya tak mampu nak meninggalkan Korea. Tapi saya pergi tak lama. Lebih kurang dua tahun sahaja.Awak jangan bagitahu sesiapa ya."
Jelas Hyun Mi.
Hampir terbeliak biji mataku mendengar apa yang dikatakan Hyun Mi.
"Habis bila awak akan balik sini?"
Tanyaku ingin tahu.
"Tak pasti pula. Mungkin hujung tahun 2011 tak pun 2012. Tengoklah bila dah habis nanti."
Jawab Hyun Mi.
"Oh sebenarnya, saya pun akan tinggalkan FT Island lepas ni."
Ujarku perlahan.
"Apa? Awak nak keluar dari FT Island ke? Tapi kenapa?"
Dia pula bertanya padaku.
"Saya tak tahu nak cakap. Mereka semua tak ada masalah pun dengan saya. Diorang semua okay. Setakat ni hanya manager dengan pengarah company kami sahaja yang tahu tentang keputusan saya ni. Saya tak tahu macam mana nak cakap dengan yang lain. Saya cuma rasa genre muzik kami tak sama. Saya nak cuba bawa sesuatu yang menunjukkan diri saya sendiri. Mungkin bulan depan akan jadi bulan terakhir saya sebagai ahli rasmi FT Island. Tapi saya akan tetap berada bawah entertainment company yang sama dengan diorang."
Terangku.
Hyun Mi mengangguk tanda memahami penjelasanku. Wajahnya terdapat sedikit kesedihan.
"Eh awak tak cerita lagi pasal penyepit rambut tu."
Aku cuba menghidupkan suasana yang kian suram itu.
"Oh tak ada apa yang menarik pun pasal sepit tu. Sebenarnya Jong Hoon yang kasi saya sekali dengan penyepit yang ni."
Kata Hyun Mi sambil menujuk penyepit rambut rama-rama yang berwarna biru di atas kepalanya itu.
"By the way, rantai yang awak bagi kat saya tu, saya lupa nak bagi awak. Nanti sebelum saya ke Italy, saya pulangkan."
Tambahnya lagi.
"Eh tak payah. Awak simpan je. Saya tak nak jadi macam Jong Hoon. Nanti hari-hari tenung rantai tu macam orang tak betul."
Aku tertawa dengan ayat yang aku luahkan sendiri.

********

Aku kembali semula Youngdeungpo-Gu setelah menghantar Hyun Mi pulang. Lampu di bilik rakaman terang benderang. Aku kehairanan. Seluruh bilik tersebut ku tinjau. Tiada sesiapa pun di situ. Aku mematikan lampu tersebut lalu menuju ke bilik latihan. Niat hati hendak mengambil gitar yang aku tinggalkan dua hari yang lalu. Tetapi Jong Hoon yang sedang duduk di dalam bilik tersebut lebih menghairankanku. 
"Eh Jong Hoon, apa kau buat kat sini? Tak balik rumah ke?"
Soalku.
"Kau tak payah nak buat baik depan aku la Won Bin."
Nadanya keras.
"Maksud kau apa Jong Hoon?"
Tanyaku tidak mengerti.
Matanya kemerahan seperti orang yang baru lepas menangis. Adakah dia benar-benar menangis? Apa pula maksudnya itu? Ahh aku tak faham.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkah Won Bin meleraikan salah faham yang telah diciptanya sendiri? Adakah Jong Hoon boleh menerimanya? Bagaimana pula dengan FT Island setelah Won Bin keluar dari kumpulan tersebut? Ikuti sambungannya pada babak seterusnya.

//Berusaha untuk mempercepatkan jalan cerita -______________-" Lambat lagi nak 2011.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

joe. said...

Oemgee. Jongiee menangis ;_;

darla carolina said...

@Jojo - errr menangis sebab ?? Wonbin ke Hyun Mi -.- Eden pown tataw HAHA :DD

Wana said...

tsk tsk wonbin T_T

darla carolina said...

@wana - tskk tskk nape ngn wonbin -_-"

anishiya にズき said...

orang salji jadi orang betul -..-"
= orang-orang kehkehkeh :D
cepat lah sambung cerita niii . lambatnyaaaa -.-

darla carolina said...

@anishiya - entah jonghun -.- apetah org betul :3 HAHA ;lek ahh . nnt aq sambung . lek tenang .