AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 15 | Pertemuan Semula


WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Hong Ki
Song Seung Hyun
Choi Min Hwan
Lee Jae Jin
Babak sebelum ini >Hati Yang Kau Sakiti<

November 2010
Seoul, Korea
Hyun Mi POV
Genap setahun aku tidak mengetahui khabar berita mengenai Jong Hoon semenjak aku mendapat e-mail daripadanya. Aku berputus untuk melupakannya. Akhirnya aku pulang juga ke Korea, tanah air yang dicintai. Ingatan aku yang telah lama kosong tanpa Jong Hoon kembali diisi setibanya aku di Seoul. Ini yang dikatakan perasaan tidak boleh ditipu. Jika bukan kerana e-mail yang dihantar Jong Hoon, sudah tentu aku akan sentiasa mengingatinya. Ada benarnya apa yang dikatakan Jong Hoon dalam e-mailnya itu. Hampir setiap hari aku akan membaca e-mail tersebut berulang kali. Mencari sebab untuk membalasnya tetapi aku tetap tidak tahu bagaimana untuk membalas apa yang dinyatakan Jong Hoon.

Hyun Mi,
Awak ingat saya lagi tak? Tak apa kalau awak dah lupakan saya. Awak macam mana sekarang. Saya dengar awak berada di Itali. Harap awak dapat fokus dengan pembelajaran awak. Saya pun dah biasa dengan kehidupan saya sekarang ni. Maaf kerana saya mengambil masa yang lama untuk berhubung dengan awak. Saya tak tahu macam mana nak bercakap dengan awak, maksud saya kita ni dah macam orang asing. Tak tahu la kalau bagi awak macam mana pula. Tapi memang itu yang saya rasa. Jujur saya katakan, saya memang dah cuba melupakan awak. Tapi kenangan kita tetap bersama dengan saya selamanya. Saya dapat merasakan bahawa tindakan saya ni memang mementingkan diri sendiri. Tapi ini semua saya lakukan untuk kebaikan kita berdua. Mungkin ramai lagi yang mampu menyayangi dan menghargai awak, Won Bin contohnya. Dia sentiasa mengingati awak. Saya selalu merasakan yang saya ni memang tak layak untuk memiliki awak. Saya tak pandai menghargai awak sebelum ni. Mungkin semuanya salah saya sebab saya memang tak pandai dalam hal-hal macam ni. Saya tak boleh nak bertindak macam lelaki lain. Bila saya dah sedar semua tu, saya tahu saya benar-benar dah terlambat. Hyun Mi, saya rela lepaskan awak walaupun kita memang tiada ikatan. Saya tak mahu awak sentiasa memikirkan saya. Agaknya awak pun dah memang lupakan saya. Jika seseorang itu benar-benar kita cintai, kita harus merelakan dia pergi kerana sekiranya jodoh itu ada, saya percaya yang awak akan kembali pada saya dan andai kata awak sememangnya bukan milik saya, saya tetap merelakannya. Semoga awak sentiasa bahagia tanpa saya. Terima kasih untuk segala kenangan indah kita bersama selama ini.
Jong Hoon

Jika memang itu yang diingini, aku turut akur dengan keputusan Jong Hoon. Sekiranya kami ditakdirkan bersama, tentu waktu itu akan muncul suatu hari nanti. 

Ringg...ringgg...ringgg..
Telefon bimbit yang berada dalam genggamanku berbunyi.
Aku menyentuh skrin telefon bimbit tersebut untuk menjawab panggilan itu sebelum melekapkannya ke cuping telingaku.
"Yeoboseyo, Hyun Mi!"
Suara Won Bin kedengaran di hujung talian.
"Ehh, Won Bin! Dah lama tak dengar suara awak. Ada apa call saya ni?"
Tanyaku.
"Awak dah balik Korea tapi tak bagitahu saya pun kan. Ni pun saya tahu lepas nampak Me2Day awak."
Dia bernada hampa.
"Alaaa, sorry la Won Bin. Saya busy sikit hari tu. Lagipun baru dua hari saya balik sini. Ingatkan nak call awak malam nanti."
Terangku.
"Tak apa, sekarang saya dah call. Awak kat mana? Jom keluar. Rindu la. Dah lama tak jumpa awak."
Pinta Won Bin.
"Bila? Sekarang ke?"
Tanyaku.
"Ya, sekarang. Awak siap-siap cepat. Saya nak bawa awak pergi satu tempat. Kejap lagi saya datang jemput awak. Cepat siap. Okay, jumpa nanti. Bye."

Klik.
Talian dimatikan.

Aku terpaksa menurut kehendak Won Bin. Tak sanggup pula menghampakannya. Telefon bimbit diletakkan di atas meja sebelum melangkah ke wardrobe. Satu persatu pakaianku dibelek. Baju apa yang hendak dipakai? Setelah lama membelek, aku memilih dress biru untuk dipakai. Solekan nipis dikenakan pada wajahku. Ke mana agaknya Won Bin ingin membawaku? Dia suka memberi kejutan. Tak dapat diduga apa yang ingin dilakukannya.
********

Author POV
"Aku dah pilih lima Primadonna bertuah untuk dinner dengan kita malam ni."
Kata Hong Ki.
Keempat-empat pasang mata tertumpu pada dia ketika ini.
"Eh asal korang pandang aku macam tu? Aku dah pilih dah. Ikut macam yang aku suka. Aku pilih cerita yang best semuanya. Jangan risau. Semua perempuan. Hahahahaaa."
Terburai ketawa Hong Ki ketika itu.
"Hyung, ada cerita yang sedih tak?"
Tanya Seung Hyun.
Hong Ki mengangguk.
"Cerita sedih macam mana tu? Mesti nangis-nangis baca kan?"
Tanya Jae Jin pula.
Hong Ki menganguk-angguk perlahan.
Yang lain masih tertanya-tanya.
"Kau kenapa Hong Ki? Boleh nak main teka-teki pula. Cerita sedih tu macam mana?"
Tambah pula soalan dari Jong Hoon.
"Hehehee. Rahsia. Siapa suruh korang malas check inbox e-mail kita. Nasib la korang tak tahu."
Hong Ki menunjukkan sengihnya.
"Tak apa, boleh baca sekarang."
Min Hwan mencelah.
"Takkan boleh sebab aku dah delete. Semua yang terpilih tu aku dah print penyertaan dengan cerita diorang. Nanti masa fan meeting baru korang boleh tahu ceritanya."
Jawab Hong Ki.
Dia membiarkan yang lain tertanya-tanya tentang cerita sedih yang dimaksudkan. Mereka segera menyiapkan diri untuk fan meeting yang akan diadakan beberapa jam sahaja lagi.

********

Won Bin POV
Kereta yang dipandu sedari tadi berhenti tepat di hadapan rumah Hyun Mi. Aku menaip message untuk memaklumkan Hyun Mi bahawa aku telah berada di hadapan rumahnya. Selepas tiga empat minit berlalu, Hyun Mi muncul di muka pintu. Dia melambai ke arahku. Aku segera keluar dari perut kereta untuk menyambut Hyun Mi. Pintu kereta di bahagian tempat duduk sebelah pemandu dibuka untuknya. Hyun Mi kelihatan cantik walaupun pakaiannya tampak ringkas dan bersahaja. 
Pasti Hyun Mi tak mampu menduga kejutan yang bakal aku berikan malam nanti.
"Kita nak ke mana?"
Tanya Hyun Mi.
"Sekarang macam awal lagi. Kita pergi jalan-jalan dulu nak?"
Jawabku.
Aku sempat mengerling jam tanganku. Masih awal untukku membawa Hyun Mi ke situ. Dua jam lagi sebelum ianya bermula. Baik aku membawa Hyun Mi ke tempat lain dahulu.
"Won Bin, saya lupa nak ucap sesuatu."
Kata Hyun Mi tiba-tiba.
"Huh? Ucap sesuatu? Apa dia?"
Hyun Mi membuatku tertanya-tanya pula.
"Ucap tahniah la. Dah seminggu awak debut kan. Akhirnya jadi juga awak artis solo. Saya ada dengar lagu awak tu. Best! Saya suka."
Senyuman lebar terpancar pada wajahnya.
"Oh. Gomawo Hyun Mi. Baru seminggu je pun. Hehee."
Mataku masih tertumpu pada jalan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

********

Untuk membiarkan masa berlalu dengan pantas, aku membawa Hyun Mi ke pusat permainan. Pelbagai permainan komputer kami cuba. Gelak tawa Hyun Mi membuatkan hati senang melihatnya. Walaupun sudah hampir empat tahun, Hyun Mi tetap berjaya menawan hatiku. Tetapi aku tahu, bukan aku yang Hyun Mi cintai. Apa yang kami lakukan sekarang ni pun dah cukup untukku.
"Won Bin, jom duduk kat taman permainan pula nak? Dah lama saya tak main buaian. Tiba-tiba rasa nak main buaian la pula."
Permintaan Hyun Mi membuatku tergelak.
"Dah besar pun nak main buaian ke? Hahaha okay okay jom."
Jawabku.
********

Buaian itu digoyang perlahan oleh Hyun Mi. Aku hanya memerhatikannya. Tangan kanannya memegang tali buaian tersebut manakala sebelah kiri pula menadah salji. Perlakuannya seperti kanak-kanak sahaja. 
"Hyun Mi, ingat lagi tak cerita orang salji awak tu?"
Tanyaku memecah kesunyian.
"Oh cerita tu. Kenapa dengan cerita tu? Awak percaya ke dengan cerita tu?"
Dia bertanya pula.
"Eh, tak adalah. Saya saja je tanya. Macam mana la awak boleh percaya dengan cerita tu. Haishh, siapalah yang berjaya menipu awak ni. Hahahhaa."
Aku tertawa apabila teringat akan cerita orang salji yang Hyun Mi pernah cerita padaku.
Hyun Mi menghentikan hayunannya. Dia menunduk memandang salji yang memenuhi ruangan tanah. Kakinya menyepak-nyepak salji itu.
"Hyun Mi? Kenapa? Saya salah cakap ke?"
Aku bertanya.
Sepi.
Dia masih seperti itu.
"Hyun Mi?"
Aku memegang bahunya.
Cepat-cepat dia mengesat sesuatu pada pipinya. Tentu dia menangis lagi. Aku tersalah kata mungkin.
"Eh, saya tak ada apa-apa. Saya okay. Sorry."
Jawab Hyun Mi.
*********
Author POV
Stadium tertutup itu berjaya memuatkan seratus peminat FT Island yang bertuah untuk menyertai program perjumpaan bersama peminat. Segala peralatan muzik tersedia di atas pentas tersebut. Hyun Mi dan Won Bin melangkah masuk ke tempat itu. Hyun Mi masih tertanya-tanya apakah ini. Bagaimana dia boleh dibenarkan masuk sedangkan hanya mereka yang menerima jemputan dan juga staff FNC sahaja yang boleh masuk ke situ. 
"Won Bin, kenapa awak bawa saya ke sini?"
Dia bertanya.
"Jangan risau, awak memang layak berada di sini. Inilah kejutan yang saya katakan tadi."
Won Bin menghulurkan sekeping pas masuk yang tertera nama Hyun Mi di situ.
"Biar betul ni. Macam mana awak dapatkan pas ni? Bukan ke penyertaan 100 terawal je boleh dapat?"
Hyun Mi bertanya lagi.
"Awak tak perlu tahu. Just enjoy yourself tonight as well okay. Dah nak start dah pun ni."
Won Bin tersenyum lalu menarik tangan Hyun Mi ke tempat duduk mereka.
Seluruh stadium itu menjadi gelap gelita secara tiba-tiba. Selepas beberapa saat, lampu pentas pula dinyalakan. Kelima-lima ahli kumpulan FT Island telah pun berada di atas pentas. Sorakan gemuruh jelas kedengaran. Hong Ki memperkenalkan ahli kumpulannya kemudian menyanyikan beberapa buah lagu. Oleh kerana bilangan Primadonna yang dijemput hanya seramai 100 orang sahaja, FT Island dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada peminat mereka. Kesemua ahli tidak berada di atas pentas sahaja, bahkan mereka turut turun untuk berada dekat dengan peminat. 

********

"Okay, masa yang dinantikan telah pun tiba, saya akan membacakan lima penyertaan yang terpilih untuk menemani kami semua makan malam sebentar lagi. Saya sendiri yang memilih kelima-lima cerita ini."
Ujar Hong Ki.
Sorakan dan tepukan kedengaran lagi.
"Okay saya akan baca cerita pertama. Primadonna yang bertuah adalah Song Hyun Na-ssi."
Hong Ki membacakan cerita yang telah dipilihnya. 
Empat Primadonna bertuah telah pun diumumkan. Cerita mereka pun telah dibaca oleh Hong Ki. Kini hanya tinggal seorang sahaja lagi.
"Yang tadi tu akan menjadi pasangan saya. Dan sekarang masa untuk cerita terakhir. Saya paling suka penyertaan yang ini. Sebab cerita dia cukup menyentuh hati saya. Tinggal Jong Hoon je yang belum ada pasangan. Siapa yang akan menjadi pasangan leader kita ni?"
Kesemua peminat yang hadir menjerit-jerit untuk menjadi pasangan Jong Hoon.
"Sabar sabar sabar. Saya akan baca ceritanya dahulu. Nama akan saya maklumkan kemudian."
Ujar Hong Ki.
Saya mempunyai seorang kawan baik sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Dia sangat gemar muzik. Saya juga menyukai segala muzik yang terhasil daripadanya. Suatu hari, dia memperkenalkan kawannya kepada saya dan kami menjadi rapat. Semenjak itu, hubungan saya dengan kawan baik saya itu seperti orang asing. Kami jarang meluangkan masa bersama. Dia juga seperti mengelak daripada saya. Setelah saya bersama dengan rakannya, barulah saya menyedari yang saya menyintainya. Tapi kami masing-masing tidak mahu mengaku perasaan kami sehinggakan jarak telah memisahkan kami. Dia pun telah bergelar artis sekarang. Kami semakin berjauhan tapi saya sentiasa mengingati dia. Pelbagai cara yang telah saya cuba tetapi tidak berhasil. Kenangan kami terlalu banyak. Pelbagai suka duka pernah kami lalui bersama. Kerana dia jugalah saya sentiasa mengikuti perkembangan FT Island. Itu kerana saya akan sentiasa mengingatinya setiap kali saya mendengar lagu-lagu FT Island.
Hong Ki menamatkan cerita itu dengan senyuman.
Sorakan yang benar-benar gemuruh memenuhi seluruh stadium tertutup itu.
"Jang Hyun Mi-ssi, awak berada di sini tak?"
Tanya Hong Ki selepas habis membaca cerita tersebut.
Hyun Mi yang berada di tempat duduknya tersentak. Dia tidak mengetahui apa-apa pun. Bukan dia yang menghantar penyertaan itu. Mana mungkin dia mampu dipilih jika dia sendiri tidak pernah menghantarnya. Won Bin yang berada di sebelah Hyun Mi mengangkat tangan Hyun Mi ke atas. Serta-merta lampu disorotkan pada Hyun Mi. 
"Jang Hyun Mi-ssi, sila berdiri. Saya ada sesuatu nak tanya dengan awak."
Pinta Hong Ki.
Hyun Mi yang masih tertanya-tanya berdiri dengan perlahan.
"Adakah orang yang dimaksudkan tu berada di sini?"
Tanya Hong Ki.
Microphone dihulurkan kepada Hyun Mi untuk menjawab pertanyaan tersebut. Hyun Mi terkebil-kebil dengan soalan Hong Ki. Dia memandang Won Bin yang berada di tempat duduknya. Won Bin hanya mengangkat bahunya sahaja.
"Err, saya tak faham. Maksud awak orang yang mana satu? Yang kawan baik saya ataupun rakannya?"
Hyun Mi membalas dengan pertanyaan.
"Maksud saya kawan baik awak tu."
Jawab Hong Ki.
Dia saja berpura-pura seperti tidak mengenali Hyun Mi. Jong Hoon pula memandang tepat ke arah Hyun Mi. Dia langsung tidak tahu bahawa Hyun Mi berada di sini pada malam ini. Hong Ki pula bertanyakan sesuatu yang tidak masuk akal. Bagaimana jika Hyun Mi mengiakan pertanyaan Hong Ki? Pasti Jong Hoon akan diserbu dengan pelbagai soalan oleh peminatnya.
"Dia ada di sini. Saya rasa saya tak perlu jawab soalan yang selebihnya. Cukup sekadar itu. Biarlah ianya dijadikan rahsia."
Ujar Hyun Mi.
"Oh, tak apalah kalau begitu. Kamsahamnida (terima kasih), jangan lupa makan malam bersama kami selepas ini ya."
Hong Ki hampa dengan jawapan Hyun Mi.
Hyun Mi segera duduk kembali. Dia bertanya pada Won Bin gurauan apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Won Bin memberikan penjelasan yang pendek sahaja iaitu ingin membuat Hyun Mi gembira tetapi dia tidak menyangka cerita tu akan dibacakan seperti yang terjadi tadi. 

********

Jong Hoon POV
"Won Bin, saya tak nak la join dinner tu. Jom la balik. Tak pun pergi tempat lain."
Aku terdengar suara seakan-akan milik Hyun Mi.
"Awak ni, join je la. Bukan selalu pun. Lagipun awak kan dah lama tak jumpa Jong Hoon. Mungkin ni peluang awak."
Pasti itu Won Bin.
Aku seperti seorang pencuri pula. Berdiri di sebalik dinding hanya untuk mendengar perbualan mereka.

Ringg..ringg...ringgg..
Telefon bimbitku berbunyi tanpa disangka. Cepat-cepat aku matikan panggilan itu. Tetapi Won Bin terlebih dahulu mengesanku.
"Jong Hoon, kau ke tu?"
Aku terpaksa menunjukkan diriku kerana dia terlebih dahulu perasan kehadiranku di situ.
"Annyeong."
Aku melambai pada mereka. Senyuman mesra dihulur. Hyun Mi hanya memandangku tanpa kata. Dia kaku sahaja. 
"Hyun Mi, saya tunggu awak kat kereta. Ada apa-apa call saya okay."
Kata Won Bin pada Hyun Mi.
"Aku tinggalkan korang berdua. Boraklah dulu. Bye."
Ujar Won Bin lagi sebelum beredar.
Aku berasa kekok secara tiba-tiba. Mungkin kerana telah lama kami tidak berjumpa. Keadaan yang sepi itu aku usir pergi dengan pertanyaan.
"Bila awak balik sini?"
Tanyaku ringkas.
"Dua hari lepas."
Jawab Hyun Mi
Juga ringkas.
"Kenapa awak tak balas e-mail saya?"
Tanyaku lagi.
"Saya tak tahu macam mana nak balas."
Jawapan yang menghampakan.
"Oh. Errr, cerita tadi tu betul ke?"
Soalku ingin tahu.
"Cerita tadi? Eh mana ada. Saya tak ada hantar pun cerita tu. Macam mana entah Hong Ki boleh baca cerita tu. Tak apalah, saya ada hal ni, maaf saya tak dapat join makan malam tu. Saya pergi dulu."
Ujar Hyun Mi lalu segera melangkah untuk berlalu pergi.
Aku cepat menarik tangannya.
"Hyun Mi, saya cintakan awak."
Entah bagaimana ayat itu terpacul dari mulutku.
Hyun Mi tidak menoleh. Dia masih berdiri di situ. Tetap berdegil mahu beredar agaknya.
"Hyun Mi, mungkin saya salah selama ini. Tapi saya betul-betul mencintai awak. Tolonglah beri satu peluang untuk kita. Please."
Aku merayu.
Hyun Mi membisu.
Aku menggoncang tangannya.
"Hyung, kat sini rupanya. Dari tadi call tak dapat. Cepat cepat cepat. Dah nak start dah ni. Eh, Hyun Mi-ssi pun ada? Korang kenal ke? Tak kisah la. Jom la pergi sekali. Masa untuk dinner dah sampai."
Ujar Seung Hyun yang muncul tiba-tiba.
"Kau pergi dulu, nanti aku tahulah nak pergi sana."
Ujarku.
Mata Seung Hyun memandang tepat ke arah tanganku yang erat menggengam tangan Hyun Mi. Mungkin kerana pandangan itu, Hyun Mi menyentap tangannya. Dia melangkah laju meninggalkan aku dan Seung Hyun. 
"Hyun Mi, awak nak ke mana tu? Hyun Mi!"
Aku menjerit.
Kaki cuba untuk mengejarnya tetapi Seung Hyun menghalangku. 
"Hyung, kenapa ni? Kenal ke dia tu? Jom la, kita dah nak start dah ni."
Kata Seung Hyun lalu menarik-narik Jong Hoon.
"Eh, kau ni boleh ke tepi tak. Aku bukan nak main-main ni."
Aku menolak Seung Hyun ke tepi lalu mengejar Hyun Mi yang masih kelihatan.
Seung Hyun turut mengikutiku.
"Hyun Mi, tunggu saya."
Jeritku. 
Dia masih tidak mempedulikanku lalu berlari keluar dari stadium tertutup menuju ke arah tempat meletak kenderaan.

Won Bin POV
"Hyun Mi! Hyun Mi!"
Suara jeritan Jong Hoon kedengaran.
Aku menoleh ke arah dimana datangnya suara tersebut. Hyun Mi sedang berlari keluar menuju ke arahku. Aku turut terlihat Jong Hoon yang sedang mengejarnya. Seung Hyun turut mengejarnya juga. Apa yang sedang berlaku? 
Hyun Mi berlari tanpa menoleh ke kiri mahupun kanan. Pada masa yang sama, sebuah kereta muncul dengan kelajuan yang tinggi. 
"Hyun Mi!"
Aku menjerit lalu berlari ke arahnya.
Baaammmmm.
Satu hentaman yang kuat berlaku di depan mataku. Hyun Mi jatuh menyembah bumi. Aku tak sempat menyelamatkannya. Serta-merta aku berlari ke arah Hyun Mi yang sedang terbaring berlumuran darah. Kepalanya dipenuhi dengan darah. Begitu juga dengan salji yang semakin menukar warnanya dari putih ke warna kemerahan. Aku menggigil. Seluruh badan Hyun Mi digoncang kuat olehku.
"Hyun Mi!"
Jong Hoon turut mendekati Hyun Mi.
Aku memandangnya dengan air mata yang laju membasahi pipi. 
"Ni semua salah kau!"
Jeritku.
Jong Hoon yang cuba memegang Hyun Mi aku tolak jauh. Tak sudi aku membiarkan dia menyentuh Hyun Mi walaupun aku tak tahu apa yang berlaku. Seung Hyun pula memerhatikan kami tanpa sebarang kata.
"Seung Hyun, kau call ambulance. Sekarang!"
Pinta Jong Hoon.
Aku tidak mempedulikan apa yang ingin mereka lakukan. Aku dapat merasakan degupan jantung Hyun Mi. Nafasnya turut kedengaran. Air mata yang deras mengalir aku biarkan sahaja. 
"Hyun Mi, bertahan. Saya tahu awak kuat. Bersabar. Kejap lagi ambulance sampai. Bertahan Hyun Mi. Bertahan."
Aku mendakap erat tubuh Hyun Mi yang seperti hampir kehilangan nyawa itu. Oh Tuhanku, kau selamatkanlah Hyun Mi. Aku sanggup menggantikan nyawaku dengannya jika itu yang Kau mahu. Ketika itu juga siren ambulance kedengaran. Bunyi siren itu bersilih ganti bunyinya dengan deruan nafas Hyun Mi serta esakanku.
---------------------------------------------------------------------------------
Dapatkah Hyun Mi bertahan? Bagaimana pula dengan Jong Hoon? Adakah Hyun Mi mahu menerimanya setelah apa yang terjadi. Segalanya bakal terjawab dalam babak akan datang.

//Cerita ni dah nak habis ><


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

Wana said...

seunghyun tu kacau je -_- lol . AAAAAAA sambung sambung ><

ddhil said...

Sambung lagi -.- LOL

darla carolina said...

@wanawoohyunie - erkk seunghyun punca :D HAHA

darla carolina said...

@Dhilah_Woohyun - okayyyy nnti eden sambung lagi :D

anishiya にズき said...

Aaaaaaahhh ape yang seunghyun aku telah lakukan -//-"

darla carolina said...

@Anishiya - seunghyun kaw punce dhooolll -.-