AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 3 | Derita Atau Bahagia


Babak sebelum ini >Drama Swasta<

Jaejin POV
"Menangislah. Lepaskan apa yang terpendam tu. Lepaskan semuanya."
Aku mengemaskan pelukanku. 
Membiarkan sahaja Nana menangis semahunya. Seluruh badannya terasa menggigil. Mungkin kerana dia menahan kegeraman, kemarahan, dan kesedihannya sekaligus. Pastinya dia bersedih. Aku faham perasaannya walaupun aku belum pernah bercinta selama ini. Kekasih sendiri curang di hadapan matanya. Aku menggosok-gosok belakang badannya dengan telapak tanganku.
Entah mengapa aku tidak berasa simpati tetapi lebih kepada ingin mempertahankannya. Lelaki tersebut tidak layak memilik Nana dengan sikapnya seperti itu. 
"Mianhae. Saya dah basahkan baju awak."
Ucap Nana.
Dia mendongak memandang wajahku. Tubuhnya digerakkan ke belakang sedikit. Aku melepaskan pelukanku.
"Tak apa. Baju ni boleh kering. Lagipun lepas ni saya balik, saya akan basuh juga baju ni."
Balasku sambil tersenyum.
Air matanya masih tersisa. Aku mengeluarkan sehelai sapu tangan dari kocek seluarku lalu menghulurkannya pada Nana. Dia mengambil lalu menyapu sisa air matanya.
"Mesti muka saya hodoh gila sekarang ni. Malunya saya."
Nana berkata lalu menundukkan sedikit mukanya.
Wajahnya terdapat tompokan hitam kesan daripada maskara yang cair akibat tangisannya yang lebat itu. Aku mengambil sapu tangan yang berada dalam genggamannya lalu mengelap tompokan hitam pada wajahnya itu. 
"Tak hodoh pun. Masih nampak macam Kim Nana."
Ucapku lalu tertawa.
"Awak ke sini naik apa? Mari saya hantar awak pulang."
Tambahku.
"Saya drive sendiri. Tak apa, saya boleh balik sendiri."
Jawab Nana.
"Awak punya emosi kurang stabil ni. Tak apa, rumah saya area sini je. Apa kata saya bawa awak ke suatu tempat. Mesti kesedihan awak akan hilang. Kereta awak biar je kat sini dulu. Jom."
Ajakku.
Nana mengangguk. Aku berjalan menuju ke tempat di mana aku meletakkan keretaku. Nana mengikuti dari arah belakang. Aku membuka pintu kereta untuknya. Dia memuatkan dirinya ke dalam kereta, aku pula masuk dan duduk di tempat pemandu.
"Kita nak pergi mana ni?"
Tanya Nana.
"Tempat yang paling tinggi kat Seoul. Orang kata, kalau nak lepaskan tension elok pergi tempat tingi-tinggi."
Balasku.
"Biar senang nak terjun ke?"
Tergelak aku mendengar pertanyaan Nana.
"Tak adalah sampai terjun. Hahaha."
Aku menghidupkan enjin kereta lalu bergerak menuju ke Namsan Tower.

********

"Wah, cantiknya pemandangan malam dari atas ni."
Ucap Nana dengan penuh kagum.
Dia mendepakan tangannya lalu menghirup udara malam. 
"Aaaaaaaaaaaahhhhhhhhh."
Jerit Nana tiba-tiba.
Terkejut aku ketika itu. Kemudian dia menoleh ke arahku lalu berkata,
"Terima kasih sebab bawa saya ke sini. Saya dah rasa lega sikit."
Aku mengangguk lalu tersenyum.
Nana kembali mengalihkan pandangannya ke arah cahaya lampu nun di bawah sana, kembali menikmati pemandangan malam. Mungkin fikirannya lebih tenang sekarang. Aku berasa selesa bersama dengannya. Sebagaimana aku selesa ketika bersama Soojin noona. Ada dua persamaan diantara mereka, senyuman yang tak pernah lekang dari bibir dan juga sikap yang sedikit kelam-kabut. 
Tiba-tiba perutku terasa pedih seperti dicucuk-cucuk. Ini mesti gara-gara tidak makan sedari pagi. Ubat gastrik pun aku tidak bawa. Sakitnya tidak terhingga, sehinggakan lututku terasa lemah. Tangan kiriku menekan bahagian perut manakala sebelah tanganku menggenggam seluar dengan kuat untuk menahan kesakitan.

Nana POV
Pemandangan dari atas Namsan Tower kelihatan sungguh indah. Ini adalah merupakan kali pertamaku menyaksikan pemandangan malam dari sini. Aku memanfaatkan masa yang ada ini untuk melepaskan diriku dari segala kekusutan yang terperap di dalam mindaku. 
"Tskkk... Aahhh..Nanaaaa...."
Suara Jaejin tersekat-sekat mengusik gegendang telingaku.
Aku segera menoleh. Peluh membasahi wajah pucat miliknya. Dia telah terduduk di situ. Tangannya menekan-nekan perut dan sebelah lagi digapai ke arahku. 
Panik.
Segera aku mendapatkannya. Tadi dia kelihatan baik sahaja, bagaimana boleh berubah jadi seperti ini sekelip mata? Aku mengelap peluhnya dengan hujung lengan bajuku.
"Awak okay ke ni?"
Tanyaku.
Dia mengangguk.
"Saya... okay.... Ni...cuma gastrik... Saya tak... bawa ubat saya... Soojin noona....Soojin.. noona..."
Suaranya tersekat-sekat.
Soojin noona?
Siapa perempuan yang dimaksudkan? Kakaknya mungkin. Aku menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Tanganku pantas menekan-nekan skrin untuk mencari nombor telefon Soojin noona yang dimaksudkan.
Jumpa!
Punat berwarna hijau segera ditekan lalu aku menekapkan telefon ke telingaku. Suara perempuan kedengaran dihujung talian.
"Yeoboseyo, Soojin-ssi ? Saya kawan Jaejin. Dia ada dengan saya sekarang. Jaejin tak bawa ubat gastrik dia. Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa. Dia sebut nama Soojin-ssi saja dari tadi."
Ucapku tanpa lengah lagi.
"Kamu berdua dekat mana tu? Boleh bawa dia ke Hankuk Hospital tak? Saya ada di sini sekarang."
Jawabnya.
"Boleh boleh. Saya bawa dia sekarang ke sana."
Balasku sebelum menamatkan panggilan.
Telefon bimbit Jaejin dimasukkan kembali ke dalam poket seluarnya lalu aku berusaha untuk membuatkan Jaejin berdiri. Aku meletakkan sebelah tangannya pada bahuku untuk menyokong tubuhnya. Aku membantu Jaejin untuk berjalan menuju ke keretanya.
"Sabar ya, Jaejin."
Ucapku untuk menenangkan Jaejin dan juga diriku sendiri.
Aku meraba-raba poket seluarnya untuk mencari kunci kereta. Dapat. Aku membuka pintu di bahagian tempat duduk belakang lalu membaringkan Jaejin di situ sebelum kembali ke tempat pemandu.
"Sekejap, awak bertahan ya. Saya dah call Soojin-ssi. Nanti dia tolong awak."
Kataku sebelum bergerak menuju ke Hankuk Hospital.

********

Author POV
Soojin menyuntik pelali ke dalam badan Jaejin untuk membiarkan Jaejin berehat daripada merasai kesakitannya. Jaejin masih lagi berada di dalam wad. Sedang lena dan asyik dibuai mimpi setelah diberikan ubat pelali. Nana pula setia menanti di ruang menunggu. Soojin yang baru sahaja keluar dari ruang biliknya, berjalan menuju ke arah Nana.
"Maaf, cik. Awak yang hantar Jaejin tadi kan. Minta tolong sign kat sini ya. Sebagai procedure."
Arah Soojin.
Nana akur lalu menurunkan tandatangannya.
"Macam mana dengan Jaejin? Dia dah okay?"
Tanya Nana.
Soojin menganggukan kepalanya.
"Setakat ni dia masih okay. Sebenarnya dia memang selalu macam tu. Biasalah, gastrik dia dah sampai. Tapi kali ni macam lebih serius sebab sebelum ni dia tak pernah sampai macam tu sekali. Tak apa, awak boleh balik dulu kalau awak nak. Lagipun dah lewat malam ni. Biar saya sahaja yang jaga Jaejin. Mungkin dia akan tinggal di sini untuk sehari dua sebab esok kami perlu jalankan pemeriksaan lebih lanjut."
Terang Soojin.
Nana mendengar dengan tekun.
"Oh, risau juga saya tadi. By the way, awak dengan Jaejin siapa ya?"
Nana bertanya lagi.
"Saya kakak angkat dia. Anak angkat kepada keluarga dia. Awak tak perlu risau. Saya akan maklumkan pada keluarganya jika ada apa-apa berlaku padanya nanti."
Balas Soojin.
"Okay, saya balik dulu. Ni kunci kereta Jaejin. Saya dah parking kereta dia kat depan sana tu. Nanti sampaikan salam saya padanya bila dia dah sedar ya." 
Ucap Nana sebelum meminta izin untuk pergi.

********

Laporan pemeriksaan telah pun dikeluarkan. Soojin sangat terkejut melihat laporan itu. Dia segera memanggil Jaejin untuk ke ruangan biliknya. Jaejin yang berpakaian pesakit melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Wajahnya masih sedikit pucat tetapi senyuman tetap diberikan.
"Noona-ahhh. Bila Jaejin boleh keluar ni? Bosan la dah tiga hari kat sini."
Tanya Jaejin lalu duduk di hadapan Soojin.
Soojin hanya mempamerkan wajah yang serius. Dia berperanan sebagai doktor pada ketika itu dan bukannya sebagai seorang kakak.
"Lee Jaejin. Boleh serius untuk seketika tak?"
Pinta Soojin.
"Wae? Noona nampak pelik je. Apa tu? Laporan pemeriksaan Jaejin ya? Kalau dah tak ada apa-apa boleh la Jaejin keluar hospital hari ini kan?"
Tanya Jaejin.
Soojin mengeluarkan lembaran x-ray lalu meletakkannya pada skrin yang berlampu untuk menerangkan sesuatu pada Jaejin.
"Noona, kenapa ni? Jaejin cuma gastrik je kan? Kenapa mesti serius macam ni?"
Tanya Jaejin semakin hairan melihat kelakuan Soojin.
"Jinnie-ah, noona harap Jaejin bersedia mendengar penjelasan noona. Mula-mula sekali, noona nak minta maaf sebab lambat mengesan benda ni."
Ucap Soojin.
Riak wajah Jaejin berubah serta-merta. Dia memandang wajah Soojin dengan penuh perhatian dan tanda tanya. Dia benar-benar tidak tahu apa yang sedang diperkatakan oleh Soojin.
"Kenapa ni noona?"
Tanya Jaejin sekali lagi.
Soojin menunjukkan lembaran x-ray yang telah dilekatkan di skrin berlampu itu. 
"Gastrik yang disangka pada awalnya tu bukanlah gastrik. Maafkan noona sebab tak dapat mengesan perkara ni lebih awal. Jaejin sebenarnya menghidapi kanser perut peringkat keempat. Ia disebut sebagai Diffusely Infiltrative Carcinoma."
Terang Soojin.
Jaejin tidak berkelip memandang wajah Soojin.
"You can't be serious! Sejak bila pula Jaejin ada kanser perut apa nama entah tu. Explain this to me right now."
Jaejin meminta penjelasan.
"Ya, betul la. Takkan noona nak bergurau dalam hal ni. Memang kanser perut ni sukar untuk dikesan. Bila sudah sampai ditahap kritikal seperti ini baru ia menampakkan tanda-tanda yang drastik. Noona tak tahu pula sebelum ni yang Jaejin sering sakit perut disebabkan tumor yang merebak tu. Maafkan noona, Jaejin."
Ucap Soojin.
"No! No! You can't be serious! Kenapa baru sekarang nak bagitahu? Kenapa tak kesan sakit ni sebelum ni? Kenapa mesti sekarang?"
Nada Jaejin semakin meninggi.
"Sabar Jaejin, noona tak tahu ianya akan jadi macam ni. Kebiasaannya memang susah nak kesan ketumbuhan tersebut. Mungkin sebab Jaejin sendiri pun dah jarang datang buat pemeriksaan, jadi noona cuma ingat yang Jaejin gastrik biasa je. Sebelum ni ada tak Jaejin rasa kurang selesa, letih, ataupun berat badan berkurang? Kalau ada, itu memang salah satu simptomnya."
Tambah Soojin.
Jaejin cuba untuk menenangkan dirinya.
"Jaejin tak nak ambil tahu semua tu. Just tell me, how much time left for me now?"
Tanya Jaejin.
"Err...Mungkin dalam empat bulan."
Jawapan Soojin membuatkan Jaejin terdiam.
Dia berdiri lalu berjalan perlahan menuju ke muka pintu. Wajahnya semakin pucat. Perasaan terkejutnya membuatkan dia tidak mampu untuk berfikir.
"Jaejin! Jaejin! Jinnie-ahh."
Panggil Soojin.
Saat itu juga Jaejin sudah pun berada di atas lantai dan tidak sedarkan diri.

---------------------------------------------------------------------------------------

//Sorry, susah nak buat scene sakit-sakit but I'd tried my best >< Aaaaaaa~ Kalau ada misspelling tu faham-faham la, mengantuk -.-


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

nanajoe said...

hohhhhhh aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa unnnnieeee sambungggg TT__TT

darla carolina said...

@Nana L.Joe - Aaaaaaaaa~ nnti unnie sambung ~

Wana said...

TT__________________________TT kanser perut apa ntah tu TT_TT sambung

darla carolina said...

@Wana - kanser perut apa ntah tuh HAHAHA :D nnti eden sambung ~

anishiya にズき said...

jinnie aaaaaahhhhhhh . don't worry ! I'll be there for you hhehe ^^

darla carolina said...

@Anishiya - Erkkk -..-" pehliss lha ~ jinnie tuh tanak kaw ade ngn dy pown HAHA :DD