AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

C R U S H | Pengenalan , Watak dan Perwatakan

Tajuk Cerita: C R U S H
Genre: Romance, Slice of life
Jenis Cerita: One-Shot
Pengarang: Darla Carolina
Status: Diterbitkan pada 7 April 2012

RINGKASAN CERITA
                           Cinta pertama Kim Soyoung, Lee Joon telah meninggalkannya akibat kemalangan jalan raya. Lee Joon tidak dapat diselamatkan dan akhirnya meninggalkan Kim Soyoung buat selama-lamanya. Choi Minhwan pula mengalami masalah jantung semenjak dari kecil lagi. Dia sering menderita kerana masalah jantungnya yang tidak boleh berfungsi normal seperti jantung orang lain. Oleh kerana itu, dia tidak boleh melakukan pelbagai perkara yang mampu dilakukan oleh orang lain. Choi Minhwan mempunyai satu keinginan dimana dia memerlukan jantung yang sihat untuk mencapai keinginannya itu. Tanpa disangka-sangka, dia berjaya menjumpai penderma jantung yang sesuai dengannya dan jantung tersebut adalah milik Lee Joon. Kim Soyoung yang menderita dan remuk hatinya kerana kehilangan Lee Joon membawa diri ke Paris untuk menyambung pelajarannya dalam bidang muzik. Setelah tiga tahun Choi Minhwan menjalani kehidupan normal seperti orang lain dan Kim Soyoung pula akhirnya pulang ke Korea setelah tamat pengajiannya, mereka dipertemukan oleh takdir dan jantung yang dimiliki Choi Minhwan (asalnya milik Lee Joon) berdegup dengan lajunya. Semenjak kali pertama dia bertemu Kim Soyoung, dia yakin bahawa dia benar-benar telah jatuh hati terhadap Kim Soyoung. Setiap kali Choi Minhwan berada berhampiran Kim Soyoung, jantungnya akan berdegup kencang seperti tidak mampu dikawal. Tetapi adakah benar bahawa Choi Minhwan sebenarnya yang terpaut akan Kim Soyoung ataupun ia adalah kerana jantung tersebut pada asalnya milik Lee Joon? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Adakah Choi Minhwan akan meluahkan rasa cintanya ataupun dia akhirnya akan menyedari bahawa bukan dia yang menyukai Kim Soyoung tetapi jantung yang dimilikinya? Bagaimana pula jika dia sememangnya benar menyukai Kim Soyoung? 
Segalanya bakal terjawab dalam "C R U S H"

PREFACE
                           Asalnya idea untuk mengarang cerita ini terhasil ketika menonton filem "Virgin Snow". Cerita yang mengisarkan kehidupan seorang lelaki yang jatuh cinta terhadap seorang perempuan pada pandangan pertama. Setelah menyusun plot cerita, saya merasakan cerita yang bakal dihasilkan itu seolah-olah akan menjadi satu cerita yang kosong, tanpa 'jiwa'. Oleh kerana itu, saya memilih idea asal "Summer Scent" dan menjadikannya sebagai satu babak permulaan yang penting dimana cerita ini akan bermula. Tetapi, jalan cerita dan olahannya tidak akan sama seperti filem dan juga drama yang telah dinyatakan. Bagaimana saya akan mengolah cerita tersebut? Nantikan "C R U S H" pastinya di Imaginasi Tertinggi, akan datang.
 

WATAK DAN PERWATAKAN
Choi Minhwan
Berusia 21 tahun, pelajar bidang muzik, pemain dram, pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung, mencintai Kim Soyoung semenjak pandangan pertama, sentiasa ikhlas dengan kata-katanya.
 
Kim Soyoung
Berusia 24 tahun, graduan muzik major dalam bidang piano, pernah mengalami kecederaan hati yang teruk setelah kehilangan cinta pertamanya, gemar tersenyum demi menyembunyikan perasaan sebenar, sukar bergaul dengan orang lain. 
 Lee Joon
Telah meninggal dunia ketika berusia 23 tahun pada tiga tahun yang lalu (jika masih hidup-berusia 26 tahun), teman lelaki serta cinta pertama Kim Soyoung dan sentiasa berada dalam ingatannya, memiliki senyuman memikat, semasa hidupnya sering meluangkan masa bersama Kim Soyoung.


//Credit - Zafyra Iskandar kerana mencadangkan lagu tersebut. Dan yang lain juga kerana turut mencadangkan lagu tetapi lagu yang ni macam paling sesuai. Terima kasih daun keladi.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

HanaZaid said...

CANT WAIT FOR THISSSSSSS !!!

anishiya にズき said...

kalau hidup 26 tahun -.-"

darla carolina said...

@HanaZaid - thankssss and patiently wait yaaa ~ ngeeeee ><

darla carolina said...

@anishiya - abes tuh -.- kaw na dy bape tahun. okayy wut 26 tahun klaw hidup HAHAHHA ke tua sgt ? LOL :D