AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 19 | Konflik Hati

Babak sebelum ini >Penerimaan dan Keputusan<

Nana POV
Seperti yang dijanjikan, Byunghun datang untuk menjemputku lebih awal. Aku akan memberitahunya tentang perihal memutuskan ikatan pertunangan kami. Menurut firasatku, Byunghun bukanlah jenis yang sukar untuk dibawa berunding. Cuma bapaku sahaja yang menjadi masalah utama sekarang ini. Jika Byunghun setuju pun, apa yang perlu aku katakan pada papa? Itulah yang perlu aku bincangkan terlebih dahulu.

"Apa yang penting sangat sampai saya kena datang awal ni?"
Tanya Byunghun setelah menarik tali pinggang keselamatannya.
"Oh saya nak minta tolong dari awak."
Balasku.
"Shall we talk about it somewhere?"
Cadang Byunghun.
"Saya tak kisah kat mana-mana pun."
Aku hanya menurut.

Byunghun mengangguk sebelum menghidupkan enjin keretanya. Tidak lama kemudian, keretanya mula meluncur di atas jalan raya. Aku masih mengatur ayat untuk diucapkan pada Byunghun. Setelah sepuluh minit memandu, akhirnya Byunghun memberhentikan keretanya di bahu jalan. Betul-betul berhadapan dengan sebuah  kedai aiskrim.
"Kita cakap dekat sini, okay?"
Tanya Byunghun.
Aku membalas dengan anggukan.

Kami berjalan seiringan memasuki ruang kedai tersebut. Byunghun menuju ke kaunter dan memilih perisa aiskrim untuk dirinya lalu memilih satu lagi perisa yang lain dan mencadangkannya untukku. Aku tidak memilih. Bukan perkara itu yang menjadi kepentingan ketika ini.

"Byunghun...."
Aku masih berkira-kira untuk meluahkannya.
Byunghun yang sedang leka menyuap aiskrim memandangku.
"Ya? Haa apa yang awak nak cakapkan tadi?"
Byunghun berwajah ingin tahu.
"Errr... boleh tak .. kalau kita batalkan ... pertunangan kita?"
Pintaku.
Wajah Byunghun tenang sahaja.
"Batal? Kenapa tiba-tiba je ni? Kita pun dah lama bertunang. Awak ada masalah ke Nana?"
Tanya Byunghun lagi.
"Bukan. Bukan masalah apa-apa pun. Cuma saya rasa, saya tak mampu nak meneruskan hubungan kita. Lagipun saya yakin yang saya tak boleh cintakan awak."
Terangku.
"Oh macam tu. Ataupun awak dah ada orang lain di hati awak tu?"
Byunghun cuba meneka.
"Byunghun, dulu masa saya setuju dengan pertunangan tu, saya sebenarnya tak yakin dengan hati saya. Tapi sekarang saya betul-betul tak boleh teruskan dengan hubungan kita ni."
Jelasku.
"Saya tak pernah memaksa awak. Kalau di hati awak memang sudah tiada ruang untuk saya, tiada gunanya lagi untuk memaksa awak. Saya faham perasaan awak. Lelaki yang memiliki hati awak amat beruntung, Nana."
Ucap Byunghun.
Terkedu aku mendengar ucapannya. Tidakkah dia tahu bahawa lelaki yang dia maksudkan itu adalah Jaejin, lelaki yang dikenalinya.
"Thanks for your understanding, Byunghun. Kalaulah papa pun macam awak, kan senang."
Balasku.
"Tapi macam mana awak nak jelaskan pada papa awak? Papa awak dah tahu ke?"
Tanya Byunghun.
"Not yet. But I'll talks to him later. Biar saya yang uruskan semua tu."
Jawabku.
"Tapi macam mana dengan dinner with my family tonight? Awak tak jadi ke nak ikut ni?"
Byunghun masih lagi dengan pertanyaan.
"Eh, tak baik kalau saya tolak. Saya akan pergi. Let's pretend that we're still in our relationship. Selagi saya belum jelaskan dengan papa, harap awak sudi kekal menjadi tunang saya."
Pintaku.
"No problem!"
Balas Byunghun dengan senyuman.

Lebih setengah jam di situ, lalu aku dan Byunghun beransur untuk ke rumah keluarganya. Aku harus mencari peluang untuk bersemuka dengan papa. Rasanya, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya perkahwinan kami dibatalkan. Bukankah kedua-dua orang tua kami berkawan rapat semenjak sebelum kelahiran kami lagi. Tidak mungkin mereka akan bertegang lidah kerana hal yang sekecil ini.

*******

Author POV
Ini adalah kali pertama Nana menjejakkan kakinya ke rumah keluarga Byunghun. Sebelum ini dia sering memberikan alasan apabila orang tuanya menyuruh dia menziarah keluarga Byunghun. Dan kali ini, dia sendiri yang rela untuk berjumpa mereka.
"Here my beloved son with his fiance. Daddy dah lama tunggu kamu berdua."
Sapa ayah Byunghun setelah melihat kelibat anaknya memasuki ruang tamu.
Senyumannya semakin melebar setelah melihat bakal menantunya bergandingan tangan dengan anak lelaki yang dibanggakan itu.
"Daddy tunggu kitorang ke? It's still early right. Why did you wait for us. You should not be. Lagipun Byunghun pergi ambil Nana tadi. Mummy mana? Tak nampak pun."
Tanya Byunghun.
"Still, upstairs. Biasalah perempuan kalau bersiap."
Balas ayahnya.
Nana hanya diam membisu di sebelah Byunghun. Tidak tahu topik yang patut dibualkan. Dia lebih gemar mendiamkan diri daripada cuba beramah mesra. 
"Bersiap? Bukan ke kita nak dinner di rumah je. Kenapa mummy bersiap pula?"
Byunghun berasa hairan.
"At first, it is. But now, plan changed. We've special guest tonight. And now they're waiting for us at somewhere."
Terang ayah Byunghun.
"Really? So where it should be?"
Tanya Byunghun lagi.
"Nanti kamu akan tahu. No need to drive yourself. Kita akan pergi bersama."
Pinta ayahnya lebih kepada satu arahan.
Nana dan juga Byunghun cuma akur dengan permintaan tersebut. Tetamu istimewa yang dimaksudkan itu masih lagi menjadi tanda tanya pada Nana. Mungkin orang yang dimaksudkan itu adalah rakan perniagaan mereka kerana Byunghun kini sudah bekerja di pejabat bapanya. Dan mungkin juga dia bakal dikenalkan kepada mereka. Nana hanya mampu menduga.
Setelah ibunya selesai bersiap, mereka berempat menuju ke Blink Hotel dengan menggunakan limosin keluarga Byunghun. Nana masih lagi tidak mengetahui di mana dia bakal dibawa dan dengan siapa yang akan dia temui. Mindanya tidak mampu berfungsi dengan sempurna. Ada sahaja perkara yang bermain di fikirannya. Soal kerja, Jaejin, dan juga bapanya. Ingin mengeluh, risau pula didengar oleh orang tua Byunghun. Dia hanya mampu bersabar dan menanti makan malam itu berakhir dengan cepat.
Apabila sampai sahaja di tempat yang dimaksudkan, Nana begitu terkejut melihat bangunan Blink Hotel yang berdiri megah di hadapannya. Hotel ini milik keluarganya. Kini dia mampu meneka siapa tetamu istimewa yang dimaksudkan. Mereka berjalan menuju ke bilik khas yang telah ditempah untuk makan malam. Seperti yang dijangka, ayah dan ibu Nana berada di dalam bilik tersebut.

********

Jaejin POV
Aku jadi semakin bosan dan tidak betah untuk tinggal di hospital. Tinggal di sini selama mana pun, tetap tidak mampu mengubah kehidupanku. Berkali-kali aku meminta untuk pulang tetapi noona tetap berkeras untuk menjalankan rawatan susulan terhadapku. Katanya boleh mengurangkan kesan sampingan pembedahan yang baru aku jalani.

"Jaejin! Mengelamun apa tu? Sampai noona masuk pun tak sedar."
Sergah Soojin noona yang entah bila berada di belakangku.
"Eh noona rupanya. Terkejut Jaejin. Noona, bila Jaejin boleh keluar? Bosan la lama-lama duduk kat sini."
Rungutku.
"Nanti la. Dua tiga hari lagi. Tunggu tenaga tu cukup. Bila dah pulih nanti baru boleh balik. Lagipun bukan ada apa yang boleh dikejarkan."
Balas noona sambil menguntum sebuah senyuman.
"Noona, kenapa mesti perlu berpura-pura depan Jaejin?"
Tanyaku.

Sebenarnya aku agak terganggu dengan kelakuan Soojin noona yang seakan-akan menyembunyikan kerisauannya. Tambahan lagi apabila dia sering menunjukkan reaksi yang gembira apabila bersamaku. Apabila aku bertanya perihal kesihatanku, ada sahaja jawapan yang diberikan untuk memuaskan hatiku. Meskipun aku tahu dia hanya berbohong tetapi aku tetap mendengar segala yang diucapkannya.

"Maksud Jaejin?"
Tanya Soojin noona pula.
"Maksud Jaejin, kenapa noona mesti tunjuk wajah yang ceria bila berhadapan dengan Jaejin? Noona, Jaejin tak nak belas kasihan atau simpati sesiapa. Kalau dah memang penyakit Jaejin ni macam ni, biarkan. Tak perlu rahsiakan benda ni dari Jaejin. Senyuman yang ada pada wajah noona tu. Jaejin bukan baru dua tiga hari kenal noona. Jaejin tahu se...."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku, noona terus mencelah.
"Noona tak pernah berniat untuk bersimpati. Noona buat semua ni untuk kebaikan Jaejin juga. Kalau semua perkara noona terpaksa bagitahu, apalagi yang tinggal untuk noona buat Jaejin? Noona tak nak Jaejin banyak berfikir tentang sakit yang Jaejin tanggung ni. Selagi noona boleh mencuba, noona akan buat yang terbaik."
Jelas noona.

Aku tahu bahawa segala-gala yang dilakukan olehnya adalah untuk kebaikan diriku juga. Aku tidak mahu menyalahkan noona mahupun sesiapa. Tiada siapa yang patut dipersalahkan. Aku cuma mahu waktu hidupku yang tersisa ini digunakan sebaik mungkin. Dan apabila waktu itu telah tiba, aku akan pergi tanpa sebarang penyesalan.

"Tak apalah noona. Jaejin tak salahkan noona. Terima kasih banyak sebab dah banyak membantu Jaejin selama ni. Kalau boleh, Jaejin nak keluar secepat mungkin. Paling tak pun, esok pagi. Harap noona sudi mempertimbangkan permintaan Jaejin ni."
Pintaku.

Soojin noona kelihatan seperti berfikir sejenak. Melihat pada riak wajahnya itu, sudah tentu jawapan yang bakal muncul dari mulutnya adalah tidak sama sekali. Nampaknya terpaksalah aku menambah percutianku di hospital sekiranya noona menolak permintaanku.

"Esok pagi? Ermmmmm.... Boleh ... Tapi Jaejin kena bagi alasan yang munasabah dulu. Kalau tak, Jaejin kena duduk sini sampai badan tu betul-betul pulih."
Tegas Soojin noona.
"Alaaaa noona, please. Jaejin dah tak tahan dah duduk kat hospital ni. Makan pun benda yang sama je. Lagi pun Jaejin punya masa dah suntuk. Nana pun dah......"
Sekali lagi Soojin noona memotong ayatku.
"Nana? Sepanjang Jaejin dekat sini, noona tak pernah nampak pun perempuan tu datang jenguk Jaejin! Nana Nana NANA! Kenapa mesti dia yang Jaejin fikirkan?! Walaupun noona yang berada di sisi Jaejin pagi petang siang malam?! Kenapa NANA juga yang mesti Jaejin fikir? Ataupun sebenarnya memang di hati Jaejin tu tak mungkin ada ruang untuk orang lain selain dia?!"
Suara Soojin noona yang meninggi itu benar-benar membuatkanku terpempan seketika.

Aku cuba mentafsir maksud sebenar yang diluahkan oleh noona. Mengapa dia begitu marah apabila aku menimbulkan soal Nana? Selama ini tidak pernah aku dimarah sebegitu rupa. Apa pula yang dimaksudkan dengan ruang di hatiku? Soojin noona mempunyai perasaan terhadapku atau dia cuma tidak mahu aku terluka kerana Nana? Ahhh semua persoalan ini hanya membuatkan aku menjadi semakin buntu.

---------------------------------------------------------------------------------------------


//Abaikan kesalahan ejaan sekiranya ada. Pendek je chapter kali ini. Mata mengantuk -.- YT Player ni tak boleh nak pause and replay. Sorry sangat-sangat TT-TT And thanks for those yang sudi menanti sambungan fanfic penulis yang jarang update ni ==' 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

crayon_amira said...

<----budak ni da lme tunggu ff ni rindu~~ahhahaha
omg bnyk sungguh konflik ni~ahhaha
tp please jgn bg soojin noona luahkan isi hati dye kat jaejin~~~~!!!ahahah
next chapter~~

darla carolina said...

@crayon_amira - sorry lmbt TT-TT holiday time ._. ngeeee btw thanks menunggu . hehehhehe tggu je lha ape yg jadi ^^