AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Oppa Nae Nampyeon | PROLOG

Lebih lanjut mengenai Oppa Nae Nampyeon klik >sini<
------------------------------------------------------------------------------------

Cuaca yang cerah pada hari itu memberikan satu petanda yang baik buat keluarga Song. Awal pagi lagi keluarga mereka telah dikunjungi tetamu. Kelihatan seorang kanak-kanak berusia lingkungan lapan tahun sedang asyik mengayuh basikal sambil membonceng seorang lagi kanak-kanak di belakangnya. Bunyi kicauan burung diselang-selikan dengan hilai tawa mereka.

"Seunghyun, Hwana, mari masuk. Datuk kamu panggil tu."
Jerit ibu Seughyun sambil melambai ke arah mereka.
Segera Seunghyun memberhentikan kayuhannya lalu memandang ke arah suara yang didengarinya itu.
"Hwana dengar tak apa yang omma cakap tadi tu? Oppa tak dengar la."
Tanya Seunghyun pada kanak-kanak yang diboncengnya.
Dia hanya menggeleng lalu tersenyum. Rambutnya yang diikat kiri dan kanan menyerlahkan lagi seri wajah kanak-kanaknya itu.
"Jom la kita pergi sana. Nanti omma marah pula."
Ajak Seunghyun.

Mereka berjalan seiringan menuju masuk ke dalam rumah keluarga Song. Kedua-dua mereka menunjukkan wajah yang ceria sambil bergandingan tangan serta menghayunkannya ke udara. Di dalam rumah pula, kelihatan beberapa orang dewasa sedang berbual serta bergelak ketawa.
"Hwana, mari sini. Sampai berpeluh dah main tu. Main dengan Seunghyun ya tu sampai seronok sangat."
Ujar datuk Hwana yang sedang duduk ruang tamu bersama orang tua Seunghyun.
Hwana melepaskan genggaman tangan Seunghyun lalu berlari ke arah datuknya. Pada masa yang sama, Seunghyun pula berlari mendapatkan ibunya.
"Hwana main basikal dengan oppa. Seronooooookkkkk."
Balas anak kecil itu lalu menunjukkan ibu jarinya.
Datuknya itu tersengih melihat telatah cucunya yang mencuit hati.

"Minumlah air tu."
Pelawa datuk Seunghyun.
Kedua-dua datuk mereka itu merupakan kawan baik sejak zaman persekolahan lagi. Hubungan mereka sangat akrab sehinggakan setelah mereka berkahwin, mereka pernah bercadang untuk mengahwinkan anak mereka. Tetapi tidak semua perkara yang dirancang itu akan berlaku seperti yang dikehendaki. Kedua-dua mereka dikurniakan anak lelaki (iaitu ayah Seunghyun dan juga ayah Hwana).

Dan pertemuan mereka kali ini pula adalah untuk menyambung hasrat mereka yang tidak kesampaian itu. Datuk Hwana sering berkunjung ke rumah keluarga Song dan begitu juga sebaliknya. Kebetulan pula dia mempunyai cucu perempuan dan cucunya yang satu itu sahajalah yang menjadi penemannya semenjak anak lelaki serta menantunya terlibat dalam kejadian nahas jalan raya. Maka segala keputusan untuk Hwana terletak pada tangannya dan dia juga menginginkan yang terbaik untuk cucu tunggalnya itu.

"Abeoji, saya tak kisah kalau kita nak satukan mereka ni. Kalau mereka dah dewasa nanti, dan Seunghyun tiada pilihan hati, saya tak akan membantah."
Ucap ibu Seunghyun.
Ayah Seunghyun pula membantah pada mulanya kerana bagi dirinya perkahwinan seperti itu adalah kolot dan tak mungkin terjadi pada zaman yang semakin berkembang maju.
"Suka hati la. Saya membantah pun bukan boleh buat apa. Bila budak tu dah besar nanti, tahulah dia yang mana satu dia nak ikut. Kalau masa tu nanti, Seunghyun sendiri pun setuju, saya ikut sahaja. Sekarang ni pun mereka masih budak-budak lagi."
Balas ayah Seunghyun.
"Tak apa, nanti bila mereka dah dewasa nanti, kita satukan."
Ujar datuk Seunghyun.

Sedang mereka berbincang tentang perkara tersebut, kedua-dua anak kecil yang tidak mengerti perihal yang dijadikan topik itu berlari berpegangan tangan menuju ke luar rumah.
"Oppa selalu main dekat belakang rumah bila bosan. Hwana nak tengok tempat oppa selalu main tu tak?"
Tanya Seunghyun.
Kanak-kanak itu membalas dengan anggukan.
"Dekat mana oppa selalu main?"
Tanya Hwana pula.
"Dekat belakang. Kat belakang rumah oppa kan ada satu pokok besar. Dekat situ ada satu pondok kecil. Jom ikut oppa."
Jawab Seunghyun lalu menarik Hwana untuk mengikutinya.

Pondok yang dimaksudkan itu berada di atas pokok dan memerlukan mereka untuk memanjatnya terlebih dahulu. Dengan penuh kesungguhan, Seunghyun membantu Hwana untuk memanjat pokok tersebut.
"Wahh cantiknya pondok ni, oppa. Selalunya oppa main seorang-seorang ke kat sini?"
Tanya Hwana.
Seunghyun mengangguk berulang kali.
"Selalunya oppa datang sini petang-petang. Tak ada siapa pernah naik sini selain Hwana dengan oppa. Ini rahsia tau. Jangan bagitahu orang lain."
Pinta Seunghyun.
"Okay, Hwana tak kan bagitahu orang lain. Tapi oppa kena janji dengan Hwana, lain kali kena ajak Hwana kalau nak main dekat sini."
Ucap Hwana.
"Tapi macam mana nak ajak Hwana main lagi lepas ni? Bukan ke minggu depan Hwana dengan harabeoji pindah ke Jeolla-do? Lepas ni tak boleh la kita main sama-sama lagi."
Keluh Seunghyun.
"Aah la. Tapi bukannya lama pun. Nanti kan Hwana balik sini lagi."
Balas Hwana.
"Kalau macam tu, lepas Hwana balik semula, kita main lagi okay."
Ucap Seunghyun.

Tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang, kedua-dua mereka bermain dengan gembira walaupun terpaksa berpisah jua pada kemudiannya.


------------------------------------------------------------------------------------------

//Kesalahan ejaan sila diabaikan. Untouchable Memory tu nanti akan di update. Nak buat cerita ni sekali serentak. Harap-harap boleh je la jalan dua cerita serentak. Yang mana belum tahu lagi, cerita ni kesinambungan fanfic one-shot Call Me Oppa. Kalau belum baca, boleh klik >sini


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

5 comments:

Wana said...

AAAAAAAAAAAAAA SAMBUNGGG SAMBUNG :D

Wana said...

eh prolog tu ape e_e #forevernoob

darla carolina said...

@Wana - Prolog tade sambungan. Prolog ni macam pendedahan kepada pendahuluan jalan cerita. Macam tu la kiranya. Errr HAHAHAHHA

My Bias said...

akak, lagu apa guna?

darla carolina said...

@My Bias - Slr, jarang on blog. Lagu Like A Dream by Fatcat