AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 23 | Keluarga Jaejin

Babak sebelum ini >Perubahan Drastik<
Nana POV
Aku memeluk erat tubuh Jaejin. Air mata yang tidak ku duga telah pun tumpah menyembah bumi. Aku memerlukan seseorang untuk meluahkan segala-galanya.
"Sayang, cuba cerita apa yang terjadi."
Ucap Jaejin sambil mengangkat perlahan wajahku.
Wajahnya ku tenung sedalam-dalamnya.
"Apa yang dah jadi ni? Tadi pagi saya tengok elok je semuanya."
Tambah Jaejin perlahan.
Dia mengusap lembut pipiku. Air mata yang jatuh diseka menggunakan ibu jarinya.

"Papa...papa saya... papa kejam! Jaejin, saya tak nak... susahkan awak.."
Sebutir demi sebutir perkataan keluar dari mulutku.
"Saya..dah tak ada.. apa-apa lagi.."
Ujarku meneruskan kata.
"Dah dah dah. Jangan nangis macam ni. Masalah semua boleh selesai. Walau apapun yang papa awak buat, awak tetap anak dia."
Pujuk Jaejin.
"Tapi...papa ... dah buang saya... Sanggup dia.. buat macam ni ... dekat saya..."
Ucapku.
"Dah, tak ada apa-apa la."
Lantas Jaejin membenamkan wajahku perlahan ke dalam dadanya.
Tangannya mengelus lembut rambutku membuatkan aku berasa tenang seketika diperlakukan seperti itu.

********

Setelah aku kembali tenang, kami berdua duduk di ruang tamu sambil menceritakan segala-galanya yang terjadi. Bermula dari hal pertunanganku, makan malam antara keluargaku dan juga Byunghun, sehinggalah kejadian pagi tadi. Tetapi tidak pula aku memaklumkan Jaejin tentang ugutan Myungsoo kerana bimbang dia akan mengambil tindakan terhadap Myungsoo pula. Badan Jaejin tidaklah sekuat mana. Baru sahaja dia berjaya mengembalikan tenaganya, entah apa akan terjadi jika dia bertemu dengan Myungsoo.

"Maafkan saya, Nana. Disebabkan saya awak terpaksa menanggung semua ini."
Ucap Jaejin.
"Tak, ini bukan salah awak. Memang dari mula lagi saya tak pernah bersetuju untuk bertunang dengan Byunghun. Lagi pun masa tu saya sendiri tak jelas akan perasaan saya terhadap awak."
Balasku.
Jaejin menggenggam erat tanganku. Aku membalas genggamannya.
"Gomawo."
Lafaz Jaejin sambil merenung ke dalam mataku.
"Untuk apa?"
Tanyaku.
"Sebab awak memilih untuk mencintai saya sedangkan saya tidaklah sesempurna insan lain."
Balas Jaejin lemah.
"Saya yang patut berterima kasih dengan awak sebab hadir dalam hidup saya."
Ucapku sambil menguntumkan senyuman buatnya.
Jaejin membalas senyumanku lalu mengusap lembut atas kepalaku membiarkan rambutku kelihatan sedikit kusut.
"Macam ni la, kita balik rumah saya je. Buat masa ni awak duduk je kat rumah saya dulu. Lagi pun kat rumah tu bukannya ada sesiapa pun. Omma pun jarang-jarang ada di rumah."
Cadang Jaejin.
"Boleh ke? Apa awak nak cakap dengan omma awak?"
Aku bertanya.
"Tahu la saya macam mana nak cakap dengan omma. Tak perlu risau, sayang. Tu kan omma saya."
Balas Jaejin.

Akhirnya aku bersetuju untuk mengikut Jaejin pulang ke rumahnya untuk menginap di sana buat sehari dua. Untuk tinggal lama, aku pula yang berasa betah. Sementara cuti boleh la aku duduk di rumahnya, tapi jika sudah bekerja nanti pastinya berasa segan bila asyik berulang-alik dari pejabatku. Nanti sahaja aku tanyakan Jojo jikalau dia boleh memberi sebarang idea bernas.

********

Jaejin POV
Nasib baik aku sudah menyuruh Seunghyun menghantar keretaku awal-awal lagi. Tidak pernah aku menyangka papa Nana akan bertindak sedemikian. Mungkin sudah tiba masanya aku perlu berhadapan dengan papa Nana untuk menceritakan hal sebenar dan meminta agar dia merestui hubungan kami. Tidak sanggup aku melihat kehidupan Nana seperti itu.

"Jaejin, awak nak cakap apa nanti dengan omma awak?"
Pertanyaan Nana membuatkan fikiranku kembali pada jalan yang sedang kami lalui.
"Hurmm omma tu benda mudah je. Nanti saya pandai-pandai la. Awak tak perlu risau la."
Balasku.
Lampu isyarat berwarna merah membuatkanku menekan brek secara perlahan.
"Awak tak rasa ke omma awak patut tahu?"
Nana bertanya lagi.
"Omma patut tahu? Tentang apa?"
Aku menoleh ke arah Nana.
"Tentang keadaan awak la. Awak tak patut rahsiakan daripada dia. Kan dia tu omma awak sendiri."
Jawab Nana.
Aku kembali memandang ke arah jalan sementara menanti lampu isyarat kembali hijau.
"Saya belum bersedia lagi."
Balasku pendek.
"Tapi..."
Belum sempat Nana menghabiskan ayatnya, aku terus mencelah.
"Cuba awak tengok dalam tu."
Aku mengacukan jari pada dashboard. 
Nana akur dengan arahanku. Dia mengambil bungkusan yang berisi album idola kegemaranku dan juga sampul surat yang berada di dalamnya.

"Sampul surat ni apa pula?"
Tanya Nana.
"Haaa awak buka la."
Arahku.
Nana membuka sampul surat tersebut lalu mengeluarkan dua keping pas masuk untuk ke fan meeting Brown Eyed Girls yang bakal diadakan tiga hari lagi.
"Oh I see. We have a fan boy here. Awak pun ada masa juga ya layan benda macam ni."
Dia mengusikku.
"Hahahaaa saya kalau boleh memang nak sangat jumpa Gain tu. Dia comel."
Aku membalas.
"Apa ni, puji perempuan lain depan kekasih sendiri."
Nana memanjangkan muncungnya.
"Dia memang comel tapi dia tak berada di hati saya. Dan di mata saya hanya awak seorang je yang paling cantik dan comel. Yang lain-lain tu sekadar comel je."
Ucapku lalu mencubit pipi kirinya.
"Awak ni ada-ada je la Jaejin."
Balas Nana.
"Nanti awak temankan saya ya. Bole la saya tunjuk dekat Gain yang awak ni lagi cantik daripada dia."
Aku terus mengusik.
"Jaejin, awak ni.."
Nana menampar paha kananku.

Sepanjang perjalanan Nana lebih banyak berceloteh mengenai ibuku. Pelbagai jenis soalan dilontarkan sehingga naik bingung aku menjawabnya. Alasannya agar dia dapat membiasakan diri dengan omma apabila sampai nanti. Dan jauh di benak hatiku, aku memang terlintas untuk memberitahu omma hal sebenar. Tapi mungkin apabila aku sudah bersedia. Hari ini, esok ataupun lusa, semuanya bergantung pada keyakinanku. Aku juga memerlukan kekuatan untuk meluahkannya. Tidak mungkin aku mampu untuk melihat wajah ibuku yang sentiasa ceria itu ditemani air mata hanya kerana diriku.

********

Aku meletakkan kereta di hadapan halaman rumahku. Kelihatan lengang sahaja. Mana pula omma pergi petang-petang begini. Aku mengambil bagasi yang diletakkan di but kereta untuk di bawa masuk ke dalam rumah.
"Mana omma awak, Jaejin? Senyap je rumah ni."
Tanya Nana.
"Tak apa, kita masuk dulu. Nanti saya cuba call omma."
Balasku.

Serta-merta aku menjadi penunjuk arah dan membawa Nana ke dalam rumah. Lazimnya omma akan duduk di rumah pada waktu seperti ini. Paling tidak, dia akan keluar bersama rakan-rakan sosialnya. Itu pun boleh dibilang dengan jari kekerapan omma keluar bersosial.
"Awak duduk sini dulu. Saya letak beg awak kat bilik tetamu kejap."
Arahku.

Nana hanya sekadar mengangguk. Matanya masih lagi meliar memerhati setiap sudut rumahku. Apalah sangat hendak dibandingkan rumah sederhana tarafnya dengan banglo milik keluarga Nana. Lagipun siapalah yang mahu tinggal di dalam rumah yang begitu besar sedangkan hanya aku dan omma sahaja yang tinggal di sini.

Bagasi Nana yang dijinjit sedari tadi aku letakkan di atas katil bilik tetamu. Bilik ini memang sentiasa bersih dan dikemaskan. Kadang-kala Soojin noona yang tinggal di bilik ini jika dia bermalam di rumah kami. Aku kembali mengatur langkah ke arah dapur untuk mengambil minuman. Dua gelas jus oren aku letakkan di atas dulang lalu menatangnya dan kembali kepada Nana.
"Minum la ni dulu."
Pelawaku.
"Gomawo."
Ucap Nana sambil menyambut huluranku.
"Rasa pelik pula bila dah sampai sini."
Ujar Nana secara tiba-tiba.
"Kenapa pula? Apa yang peliknya?"
Tanyaku.
"Pelik la. Awak layan saya macam tetamu. Lepas tu, saya ni macam tengah menunggu sesuatu. Macam panggilan temuduga mungkin."
Tertawa aku mendengar jawapan yang diberi Nana.

Sedang aku dan Nana asyik bergelak ketawa, kelihatan kelibat omma dan juga Soojin noona masuk ke dalam rumah. Terdapat beberapa bungkusan pada tangan noona. Mungkin mereka keluar berbelanja agaknya. Nana yang perasan akan kehadiran ibuku lantas berdiri dan tunduk memberi hormat.

"Jaejin, anak omma. Seunghyun kata kamu kena outstation. Bila balik?"
Tanya omma.
"Huhh? Oh pagi tadi. Omma dengan noona pergi mana?"
Aku pula yang bertanya.
Omma dan juga Soojin noona melangkah menghampiri kami sebelum melabuhkan punggungnya di sofa.
"Noona bawa omma keluar shopping. Hari ni kebetulan noona off duty. Tak tahu nak buat apa, noona ajak la omma jalan-jalan. Ehh, Nana-ssi pun ada juga. Dah lama ke sampai?"
Balas noona.
"Baru juga. Tak sampai satu jam pun."
Jawabku lalu menghampiri omma.
Perlahan aku menarik tangan omma untuk membawanya ke tempat lain.
"Noona dengan Nana duduk sini dulu ya. Ada hal sikit nak cakap dengan omma."
Ujarku lalu terus mendorong omma ke salah satu bilik yang berhampiran.

"Kenapa ni, Jaejin? Apa yang kamu nak cakap tu?"
Tanya ibuku.
Aku menggenggam erat kedua-dua belah tangannya lalu merenung ke dalam mata ibuku.
"Omma, Jaejin nak omma tahu yang Jaejin sentiasa sayangkan omma."
Perlahan aku meluahkan isi hatiku.
"Ya, omma tahu. Omma pun sayang Jaejin."
Balas omma.
"Tapi, omma kena faham tak semestinya kita akan sentiasa dapat menemani orang yang kita sayang. Jaejin nak kenalkan orang yang Jaejin sayang kat omma. Yang datang dengan Jaejin tu, Kim Nana. Harap omma boleh terima dia. Mungkin dia pun boleh jaga omma nanti bila Jaejin dah tak ada."
Ucapku.

Dada mula terasa sebak. Air mata yang tak pernah ku duga akhirnya datang tanpa diundang. Perlahan aku cuba melepaskan lelahanku.
"Jaejin, apa yang Jaejin cakap ni? Omma tak faham. Jaejin cuba terus-terang dengan omma. Kenapa ni?"
Omma memegang kedua-dua belah pipiku lalu menyeka air mata yang mengalir menggunakan ibu jarinya.
Dengan lembut aku mengalihkan tangan omma dan menariknya dalam dakapanku. Dakapan hangat dari seorang ibu yang sentiasa menenangkan hati seorang anak.
"Omma, appa tinggalkan kita kerana penyakit yang dia sendiri tidak menduganya. Jaejin tahu omma dah boleh terima pemergian appa walaupun appa menyembunyikan perkara sebenar daripada omma. Tapi sekarang mungkin nasib tu dah memang tertulis buat Jaejin, buat omma, buat kita sekeluarga. Darah yang mengalir dalam tubuh appa juga adalah darah yang mengalir dalam tubuh Jaejin. Jaejin harap omma faham. Maafkan Jaejin, omma...."
Akhirnya aku meluahkan juga apa yang terbuku di dalam hatiku selama ini.
"Apa maksud Jaejin ni? Cuba Jaejin terus terang, jangan cakap macam ni. Omma tak faham."
Pinta omma.
"Jaejin..keadaan Jaejin sekarang ni.. sama seperti mana appa menderita suatu ketika dulu..."
Perlahan aku melepaskannya.
"Tak, tak mungkin. Tak! Jaejin jangan nak tipu omma!"
Pantas omma meleraikan pelukan.
"Cukuplah appa kamu tinggalkan omma. Sekarang ni kamu pun nak ikut appa juga ke?! Jaejin jangan nak bohong omma."
Belum sempat aku menjelaskannya, Soojin noona tiba-tiba muncul di sebalik pintu.
"Omma, betul apa yang Jaejin katakan. Maafkan Soojin sebab merahsiakan hal ini dari pengetahuan omma."
Jelas Soojin noona.

Aku melihat air mata omma tumpah setelah sekian lama air mata itu tidak muncul di wajahnya. Satu persatu langkah kakinya mengundur sehinggalah tubuhnya tersandar di sisi meja.

"Omma..."
Aku cuba melangkah menghampiri omma tetapi ianya sudah di luar kawalan.

Tangan omma mencapai segala benda yang ada di sekelilingnya. Buku, pasu, segala kertas kini berterbangan dek kerana emosi omma yang tidak dapat dikawal. Ya, memang aku yang bersalah kerana merahsiakannya daripada omma. Tapi adakah aku juga yang bersalah kerana menghidap penyakit ini? Tidak pernah sekalipun aku terniat untuk menjadi seorang manusia yang lemah kerana mempunyai penyakit serius seperti sekarang. Aku terduduk di hadapan muka pintu melihat omma yang menangis teresak-esak disebabkan aku. Soojin noona memeluk erat omma untuk menenangkannya manakala aku hanya mampu melihat. Melihat orang yang aku sayangi menitiskan air mata keranaku. Nana yang berada di muka pintu hanya menyaksikan segala-gala yang berlaku ditemani air mata.

--------------------------------------------------------------------------------------------

// Abaikan kesalahan ejaan sebab malas nak baca balik. Fuhhhh. Lama gila tak update blog fanfic ni. Ada lagi ke pembaca? Entah apa semua dah lari dah. Minta maaf banyak-banyak sebab banyak hal yang tak dapat dielakkan sejak dua-menjak ni. Lagipun sekarang tengah sibuk dengan final exam. Dah hujung-hujung sem ni memang sibuk sikit. Tapi untuk menulis tu akan diteruskan. Selagi mana ada pembaca, selagi tu la akan terus menulis :) 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

crayon_amira said...

OMG,OMG ;_; sambung cepattt unnie :D

darla carolina said...

@crayon_amira - nae ~ nanti unnie sambung ^^ thanks for reading :)

crayon_amira said...

unnieeeeeeee kite rindu FF ni ;____; ,bila nk update??

darla carolina said...

@crayon_amira ; bukan mira je, unnie pun rndu sobs ;~; unnie baru je dpt laptop balik ni. laptotp rosak hantar repair.